salam
menarik dan tertarik
jawapan dr maza
akan tetapi
terfikir jugak dalam bab jampi air dan kismis tu
apakah benar ianya jampi atau sebenarnya doa tertentu yang dibaca
sebagai ikhtiar bukannya untuk menjadi baik dan mendapat petunjuk
semata mata dengan meminum air jampi atau buah ksimis tersebut.
tidak adakah nas dan kupasan para ulamak yang membenarkan perkara ini
sebagai satu usaha dan doa kepada Allah? semua faham akan kebathilan
sekiranya seseorang itu percaya dengan air atau kismis jampi dapat membawa
kebaikan
dan semua faham bahawa tidak bergerak sesuatu zarah itu melainkan dengan izin
Allah.
jadi kenapa jampi kepada air atau kismis perlu disalahtafsirkan sebagai tanda
untuk menjadi baik solleh dan mendapat petunjuk kerana tindakan sebegini
merupakan satu ikhtiar dalam ertikata usaha dan doa kepada Allah sabagai
tambahan kepada usaha solat hajat dan kumpulan solat ikhtiar yang
lain.sewajarnya para ilmuan Islam hari ini perlu tampil dengan penjelasan
kepada masyarakat awam agar tidak tersilap anggap dengan amalan sebegini
sebaliknya mentarbiyah mereka agar sentiasa melakukan sesuatu kearah redha
Illahi. sama seperti kes jampi air dan kismis tersebut wajar diperjelaskan
jampi yang dikataka itu serta setiap patah jampi yang dibaca. kalau jampi yang
dibaca jelas dari bacaan yang syirik ianya perlu dibenteras tetapi sekiranya
jampi yang dimaksudkan itu sebenarnya gabungan bacaan basmalah, ayat ayat
quran, doa doa tertentu yang diajar olih nabi serta selawat keatas nabi maka
sudah tentu sesiapa yang hendak meminum air dan kismis tersebut perlu juga
ikut membaca
jampi yang sama .Itulah sepatutnya tarbiyah yang perlu disampaikan kerana
sekiranya kebaikan dan petunjuk tak datang sekurangnya amalam membaca quran doa
dan selawat itu sudahpun mendatangkan kebaikan.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
on Thursday, March 16, 2006 - 07:38 AM CCT - 1302
Reads
Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang
dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang
menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak
dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi
mangsa seks bomoh.
WAWANCARA DENGAN DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN, Penyelaras Seketeriat
Falsafah Dan Sains Islam, USM, Pulau Pinang.
Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang
dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang
menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak
dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi
mangsa seks bomoh.
Soalan: Dr, timbul persoalannya di sini juga, apakah amalan perbomohan atau
jampi dibenarkan dalam Islam. Apakah syarat-syaratnya?
Jawapan: Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitan dengan membaca jampi atau
disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas
bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan
dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah
untuk beramal dengan dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam,
ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi
orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan
Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi. Termasuk menyuruh
isteri baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah,
baginda menyuruh berjampi dengan katanya Sesiapa yang dapat memanfaatkan
saudaranya maka lakukanlah . Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim:
Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang ketahui, tidak
dilarang bahkan sunnah. Syarat-syarat jampi itu hendak
pertama: aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur
syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh.
Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur
salah yang pengamalnya tidak tahu. Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi
tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini
seperti apa yang sebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata Auf bin Malik
al-Asyjai: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai
Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.:
Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada
padanya kesyirikan.
Namun, suka saya ingatkan, kita juga mengharapkan umat Islam jangan hanya
menumpukan persoalan jampi semata, kerana perubatan modern dan pengetahuan
perubatan moden juga disuruh oleh agama bahkan ianya adalah fardu kifayah.
Bahkan saya melihat pada zaman ini tuntutan perubatan moden lebih besar jauh
berkali ganda dari kerja-kerja jampi yang tidaklah begitu utama jika dilihat
kepada syighah (bentuk unggapan) hadith. Maksudnya tuntutan mempelajari ilmu
perubatan moden adalah lebih utama untuk ditumpukan. Pada zaman baginda Nabi
s.a.w sendiri perubatan zahir ini diutamakan. Mereka yang tercedera medan-medan
perang, kebanyakannya diubati secara fizikal. Nabi s.a.w sendiri mendapatkan
khidmat al-Harith bin Kaldah seorang pakar perubatan Arab. Sekalipun dia bukan
seorang muslim. Ibn Hajar al-Asqalani menyebut dalam Al-Isabah bahawa ini
menunjukkan keharusan menggunakan khidmat bukan muslim yang tidak memusuhi
Islam. Apa yang penting ia menunjukkan kepentingan perubatan secara
lahiriah. Bukan hanya jampi sahaja yang dinamakan perubatan secara Islam,
seperti yang sesetengah golongan agama salahfahamkan orang awam.
Soalan: Apakah pula pandangan Dr tentang amalan yang giat berjalan dalam
masyarakat kita sekarang?
Jawapan : Saya percaya mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan
secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi -yang
sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam-
telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w
sendiri tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik
dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik,
suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air
atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk. Saya
sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu
mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak
menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam?. Kalau ini
benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya
apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat
baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang
menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa
saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, baginda tidak mampu
menjampinya untuk mendapat petunjuk. Firman Allah surah al-Qasas ayat 56:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk
kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah
jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah
petunjuk (kepada memeluk Islam).
Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak
jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi empangan air minuman
supaya masyarakat umum mendapat hidayah. Sebenarnya hidayah datang melalui
sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri dengan izin Allah.
Demikian juga kononnya mandi bunga boleh menyebabkan seseorang mendapat jodoh.
Jika yang dimaksudkan mereka ialah air bunga membantu proses kecantikan lalu
kecantikan itu menawan hati orang lain untuk meminangnya, itu ada lojiknya.
Namun mempercayai ia menyebabkan Allah membawa jodoh datang kepada seseorang
adalah dusta kepada Allah. Mereka akan berkata kita usaha, Allah yang akan
berikan. Kita ingin bertanya mereka: Bilakah Allah pernah berjanji perkara ini
dengan kamu? Ada dalam al-Quran? Ada dalam hadith? Tidak ada sama sekali.
Apakah pengamal perubatan ini menerima wahyu dari Allah sehingga boleh membuat
dakwaan ini?. Dosa besar dalam hal ini ialah berdusta menggunakan nama Allah.
Firman Allah dalam Surah al-Araf, ayat 33:
(maksudnya) Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan
perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar;
dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah
tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu
memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Dalam aqidah, ini juga sebenarnya dari jenis syirk asghar iaitu syirik kecil.
Walaupun namanya kecil, namun adalah syirk, dosanya amat besar yang boleh
membawa kepada syirk besar. Namun jika dia percaya bunga itu sendiri menolak
bala dan mendatangkan jodoh maka iti adalah syirik besar yang membatalkan iman.
Soalan: Dr, Apakah hukum mereka yang mempercayai ramalan-ramalan bomoh?
Jawapan: Sebenarnya, pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada tanda-tanda
zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak mengapa. Ini seperti langit mendung,
kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar malas kita ramalkan gagal dalam
peperiksaan. Namun semua itu akhirnya bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun
meramalkan dengan pasti sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir
adalah salah dan membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang
ghaib melainkan dengan kadar yang diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah
kepada baginda dalam Surah al-Araf ayat 188: (maksudnya) Katakanlah: "Aku
tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat
kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara
yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang
mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak
lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang
yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".
Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran yang boleh
membawa kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih:
Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa
yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan
kepada Muhammad. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang sahih).
Bomoh-bomoh itu sendiri tidak dapat meramalkan nasibnya. Kebanyakan ramalan
mereka hanya membawa kepada permusuhan dan pecah belah. Inilah misi syaitan.
---------------------------------
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use"
The Wall Street Journal
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com