Assalamualaikum wrt Baru balik dari kursus Dakwah pada Masyarakat Majmuk. Saya tersentuh dengan cerita dari salah seorang bekas pendakwah hindu yang kini menjadi pendakwah Islam yang hebat - Mohd Fitri namanya.
Sebelum Mohd Fitri memeluk Islam, beliau sering berjalan dan lalu ditepi masjid. Sedih sungguh mendengar bagaimana reaksi orang-orang Islam di situ.... "apa tengok-tengok" tempelak mereka. Biasakan kita lihat orang Islam kita mencemuh orang yang tak sebangsa dengan mereka. Begitulah sikap sebahagian dari umat Islam kita terhadap orang-orang yang bukan Islam. Sikap inilah juga yang boleh menjauhkan orang daripada Islam. Islam itu bukan untuk orang-orang Melayu aje... Islam itu agama dari Allah - cara hidup yang layak dihayati oleh semua bangsa di dunia ini. Sebelum Mohd Fitri berkahwin dan setelah memeluk agama Islam, beliau pernah dihubungi oleh pak ciknya yang masih beragama hindu dan berada di hospital. Pak ciknya memang anti dengan agama Islam tetapi panggilan telefon tersebut memeranjatkan Mohd Fitri. "Engkau carilah perempuan melayu dan kahwin dengannya" Mohd Fitri terkejut. Rupa-rupanya pak ciknya yang sakit terpegun dengan perwatakan seorang perempuan melayu yang bertudung. Perempuan ini begitu tekun menjaga seorang india yang sedang sakit - kebetulan rakan sebiliknya. Bila ditanya siapa perempuan itu - orang gajinya ke? Pak ciknya tadi mendapat jawapan berikut: "Dalam banyak-banyak anak dan menantu aku ... dia seorang sahajalah menantu aku yang sanggup menjaga aku. Dia kahwin dengan anak aku yang sudah memeluk Islam" Kata orang "action speaks louder than words" Lihatlah bagaimana orang mudah tersentuh dengan akhlak kita. Telitilah satu lagi curahan hati dari seorang bekas penganut agama hindu yang lain - sdr Shah Kirit. Moga ungkapan beliau ini dapat menggerakkan dhamir kita agar sentiasa mencari peluang untuk menyampaikan dakwah kepada mereka yang belum Islam. http://www.youtube.com/watch?v=yZo-v4Xyjpk Wassalam Dr Hishamuddin Alham p.s. anda ingin "download" movie yang anda lihat. Sila lihat tatacaranya di: http://ahisham2001.multiply.com/ __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com
