MISTERI BUDU Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai
tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Budu atau sos bilis yang berasal dari
negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli
pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai
bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh
(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini
memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi
untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan
mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner
jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian
mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare,
penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh
tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan
bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita
penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu
sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi
golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam
waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia
merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut
bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab
utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2
kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B
Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan
sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti
vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin) ,asid pantotenat, asid niasin,
vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan
oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana
Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan
dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana
kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa
(pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu
adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu
hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan
manusia dalam sehari.
Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi
merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal
kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam
jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi,kalsium dan magnesium adalah
sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga
mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C,
vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat
diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
___________________________________________________________
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from
your Internet provider. http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html