Sukan - Azalina Patut Contohi Atlet Bahrain
Ismail Ibrahim Wed | Dec 13, 06 | 04:37:31 AM Kepada Dato' Azalina Othman Said, Saya tersentuh apabila membaca laporan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12hb Disember 2006 bersamaan 21 Zulkaedah 1427 yang bertajuk Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m. Laporan tersebut berbunyi Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung. Malah katanya, dengan mengenakan pakaian lengkap wanita Islam itu telah mendorongnya berlari lebih pantas. Saya terpanggil untuk menulis surat ini adalah kerana ingin melihat atlet-atlet negara kita juga berjaya menggondol emas dengan berpakaian menutup aurat. Ini bertepatan dengan apa yang kerajaan sekarang ingin laksanakan iaitu melalui pendekatan Islam Hadhari. Persoalannya adakah pendekatan Islam Hadhari juga menitik beratkan berkenaan menutup aurat hatta dalam bersukan sekali pun? Jelas sekali dengan laporan akhbar itu tadi menggambarkan bahawa berpakaian menutup aurat tidak menghalang Ruqaya al Ghasara untuk bersukan. Malah kata beliau lagi berpakaian lengkap wanita Islam mendorongnya berlari dengan lebih pantas. Maka tiada alasan kepada Datuk untuk melengah-lengahkan memperkenalkan pakaian yang menutup aurat kepada atlet negara (lelaki dan perempuan) yang beragama Islam. Hari ini sudah genap setahun lebih dakwaan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, S. Vigneswaran bahawa perkara seperti ini sedang dalam kajian kementerian. Beliau telah berkata cadangan untuk menyediakan pakaian yang lebih menutup aurat untuk atlit wanita negara beragama Islam sedang dikaji katanya semasa menjawab pertanyaan Senator Siti Zailah Mohd Yusoff yang berpendapat pakaian atlit wanita pada masa ini tidak sesuai, mendedahkan aurat dan menjolok mata. "Walaupun negara tidak mempunyai sebarang dasar mengenai pakaian sukan ini tetapi tidak bermakna kementerian tidak ambil berat," kata S. Vigneswaran lagi. (Bernama.Com bertarikh 21 Julai 2005). - mr Persoalannya adakah kementerian Dato' benar-benar mengambil berat berkenaan dengan pakaian menutup aurat kepada atlet negara seperti yang didakwa oleh Setiausaha kementerian Datuk itu? Akhir kata saya memohon agar Dato' memberikan perhatian kepada surat ini. Segala respon baik Datuk saya ucapkan dengan ucapan jutaan terima kasih. Ismail bin Ibrahim Rakyat prihatin petikan harakahdaily --------------------------------- Want to start your own business? Learn how on Yahoo! Small Business.
