Aksi berlaga pipi Rosmah-aktor Bollywood, pandangan Mufti Perlis ditagih
Harakahdaily
Fri | Dec 29, 06 | 08:29:38 AM AKSI berlaga
pipi isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan seorang
aktor Bollywood dan sentuhan mesra Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi dibahu aktres wanita, Datuk Michele Yeoh mengundang komen pedas
pembaca Harakahdaily.
Aksi Rosmah dan aktor Bollywood itu dirakam semasa anugerah Filem India
Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember lalu yang berlangsung di Stadium Putra
Bukit Jalil yang turut menyaksikan kehadiran Abdullah dan Timbalannya, Dato'
Seri Mohd Najib Tun Razak. Rosmah yang memangku Presiden BAKTI juga bertindak
selaku penaung festival.
"Ramai juga yang menyaksikan acara gilang gemilang ini termasuk rakan saya
yang juga peminat aktor dan aktress dari Bollywood."
"Sejak jam 7.00 malam lagi program dibanjiri limpahan tetamu, dan kehadiran
orang ternama negara membayangkan program ini mendapat 'sanjungan' pemimpin
yang bernaung di bawah payung Islam Hadhari."
"Malangnya saya dikhabarkan rakan bahawa ketika sesi anugerah, isteri orang
nombor dua negara yang sememangnya peminat setia 'Bollywood' sempat berlaga
pipi dengan aktor kacak Bollywood," tulis Abang Budin Somban Duo, dalam
ruangan surat pembaca Harakahdaily.
Menurut Abang Budin, beliau pada mulanya kurang percaya dengan apa yang
dikhabarkan oleh rakannya berhubung 'aksi berani' Rosmah, namun beliau
mengakui kebenaran perkhabaran itu setelah melayari sebuah blog tempatan yang
menyiarkan gambar-gambar sepanjang program itu berlangsung.
Surat Abang Budin menerima hits antara tertinggi setakat ini.
Aksi Pak Lah memegang bahu Michele disiarkan oleh Harakah cetak keluaran 1
Januari 2007. Foto itu pada mulanya disiarkan laman web rasmi
monsooncup.com.my tetapi kemudiannya didapati hilang daripada paparan.
Bagaimanapun foto yang memaparkan pegangan Abdullah dibalas mesra Michele itu
sempat dimuat turun oleh beberapa pelayar laman itu dan dikirim ke
Harakahdaily menerusi e-mail.
Seorang pembaca, Ikmal Haziq daripada Jerantut kecewa dengan sikap tidak
prihatin Pak Lah terhadap hukum bersentuhan lelaki dan wanita yang bukan
muhrim.
"... ke manakah perginya prinsip yang dipegang oleh orang yang terkenal
memperjuangkan Islam Hadhari di dalam dan juga di luar negara ini.
"Saya juga tertanya-tanya apakah konsep akhlak Islam yang melarang lelaki
menyentuh perempuan yang bukan mahram tidak termasuk dalam konsep Islam
Hadhari yang diperkenal dan diperjuangkannya," tulisan Ikmal dalam ruangan
Surat Pembaca Harakahdaily dipetik.
Ikmal melahirkan rasa kesal dengan insiden itu kerana ia memberi impak
kepada maruah dan harga diri Islam serta berharap rakyat dapat menilai sejauh
manakah kejujuran pihak berkenaan dalam memperjuangkan konsep Islam Hadhari.
Islam Hadhari
Adalah sesuatu yang luar biasa bagi seorang isteri pemimpin negara Islam
untuk bersalaman mesra, merangkul tangan dan melaga-lagakan pipi dengan
lelaki bukan mahram apatah lagi di hadapan khalayak umum. Ditambah dengan
aksi Perdana Menteri sendiri yang tanpa segan silu menyentuh bahu aktres
wanita di hadapan umum.
Negara ini sedang rancak mempromosikan konsep Islam Hadhari dan "masyarakat
bermaruah bermula denganmu Pak Lah". Prinsip kelapan Islam Hadhari sebagai
contoh menyentuh soal 'keutuhan budaya dan moral'. Jika kedua-dua insiden di
atas boleh dijadikan ukuran, apakah keutuhan budaya dan moral yang mampu
dicapai oleh Islam Hadhari? Apatah lagi konsep Islam Hadhari diperkenalkan
"bagi menjana pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara kemajuan
duniawi dan juga persiapan ukhrawi".
Soalnya, apakah bentuk "persiapan ukhrawi" yang boleh dijadikan contoh
ikutan oleh rakyat jika kita mahu menjadikan dua insiden di atas sebagai
ukuran.
Mufti Perlis perlu tegaskan pendirian
Mungkin inilah masanya bagi Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, penyandang
jawatan Mufti termuda di negara ini memberikan pandangannya.
Dr Asri dalam beberapa siri wawancara dengan akhbar tempatan menyelar pihak
penguatkuasa jabatan agama Islam negeri-negeri yang didakwanya sering
mengaibkan pelaku-pelaku khalwat yang melakukan modus operandi mereka di
tempat-tempat sunyi termasuk di bilik hotel.
Bagi Dr Asri, pihak penguatkuasa agama sepatutnya lebih menumpukan kesalahan
yang dilakukan secara terang-terangan seperti meminum arak dan berjudi di
tempat umum.
Dalam wawancara dengan The Sunday Star, 24 Disember 2006, wartawan Zulkifli
Abdul Rahman merekodkan:
(Dr Asri said,) The Prophet didnt say we must shame another. Why are we
arresting people who commit khalwat and bringing the press along to record
the event?
Stressing that he doesnt condone sinful acts, he had said that Muslims
should address the bigger issue of amar makruf nahi mungkar (practising good,
rejecting the bad) and tackle sinful practices in the open.
He believes that this would be better than looking for sinful acts in
hidden places.
Dalam wawancara yang sama, Mufti Perlis itu juga dilaporkan The Sunday Star
sebagai berkata:
Lets tackle the bigger issue of Muslims committing sins in the open first.
How about corrupt practices which are evident to other Muslims?"
What about Muslim youths or unmarried couples hugging each other in the
open? Youths doing nothing but lepak? Or Muslims drinking alcohol openly in
restaurants or pubs?"
All these are being done in the open, in front of other Muslims, yet not
much is being done to stop them."
These are things that Muslims can see with their own eyes and the worry is
that the new generation of Muslims will no longer respect the moral limits of
their actions."
This will create an environment where Muslims are free to commit acts
against Islam in the open, thinking that their actions are acceptable, he
said.
Inilah masa yang paling sesuai untuk Dr Asri menegaskan pendiriannya apatah
lagi dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau mengakui sanggup dipecat
demi untuk menyatakan kebenaran!- tajdid
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com