Harian Metro 28 Dis 06. MELAKA: Mangsa banjir dalam
kawasan Air Molek dekat sini, mula kecoh dan
mempersoalkan pemberian wang ihsan didakwa diberi
kepada mereka yang tidak layak.

Malah ada di kalangan penerima terbabit rumah mereka
langsung tidak terjejas kerana tidak dinaiki air
tetapi tetap berpindah seperti diarah pihak berkuasa.

Berikutan itu, mereka juga dikira layak menerima wang
berkenaan yang diberikan RM200 untuk satu keluarga.

Seorang mangsa yang ditemui dan hanya ingin dikenali
sebagai Ani, 43, berkata, dia sekeluarga yang terjejas
akibat rumah dinaiki air minggu lalu sehingga kini
masih belum menerima wang ihsan.

Katanya, kejadian banjir terburuk dalam tempoh 11
tahun itu menyebabkan semua harta benda miliknya rosak
dan kerugian dianggarkan lebih RM10,000.

“Anak saya terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk
pulang ke rumah membantu membersihkan rumah sebaik
dibenarkan pulang.

“Habis perabot dan peralatan elektrik rosak dan tidak
lagi boleh digunakan,” katanya ketika ditemui di sini,
semalam.

Ani berkata, dia hairan kerana mereka yang tidak
terjejas dengan banjir dalam kawasan taman perumahan
sama menerima pemberian wang ihsan.  

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20061228094952/Article/indexm_html



    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke