Alhamdullillah, 
Baguslah kalau HIZBUT TAHRIR seperti apa yang saya baca seperti dibawah,
cuma hati kecil saya ingin bertanya! Haraf maaf jikalau ada yang tak betul
nanti,,, sebab saya belum tahu sepenuhnya carta dan organisasi HT,,, Apakah
tidak boleh pimpinan HT bersama-sama bergerak di bawah satu parti iaitu
Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kita ketahui sama-sama mahu menegak amal
makruf nahi mungkar di negara Malaysia ini,, Apakah perlu lagi kita nak
menubuh parti lain,,, bagi saya lebih baik kita bersatu di bawah satu
gerakan yang  dah terbukti kemampuannya untuk menghadapi jentera Barisan
Basional. Mampus UMNO.
 

-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Behalf Of Radio Malaya
Sent: Tuesday, December 19, 2006 2:59 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] SN 100: Dakwah HIZBUT TAHRIR





Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, penghulu segala
Nabi dan pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa, juga ke atas keluarga dan
sahabat-sahabat baginda. 

Kaum Muslimin yang dimuliakan! Kali ini genaplah siri ke-100 nasyrah Sautun
Nahdhah (Suara Kebangkitan) keluaran Hizbut Tahrir Malaysia. Kami bersyukur
ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan limpah izinNya, kami
masih dapat meneruskan usaha dakwah ini. Kami sentiasa berdoa kepada Zat
Yang Maha Kuasa agar kami sentiasa istiqamah di dalam perjuangan menegakkan
agamaNya ini dan jika ada halangan-halangan yang melanda, maka kepadaNya
jualah kami memohon agar dihapuskan segala halangan tersebut. Tiada apa yang
kami harapkan dengan penulisan dan usaha dakwah ini kecuali untuk meraih
redha dan syurgaNya. Bersempena keluaran ke-100 SN kali ini, kami ingin
memaparkan sedikit penjelasan tentang dakwah Hizbut Tahrir agar
bergembiralah golongan yang inginkan kebaikan, lembutlah hati orang-orang
yang keras memfitnah sesama Islam dan gentarlah jantung orang-orang yang
memusuhi Islam. Jika pun selepas ini keluaran Sautun Nahdhah akan terhenti
atas apa sebab sekalipun, kami akan teruskan doa kepada Allah agar sentiasa
ada di luar sana hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas, yang akan
meneruskan perjuangan ini, yang tidak takut kecuali kepada Allah semata,
yang akan berusaha siang dan malam untuk memastikan hukum Allah tertegak di
muka bumi ini. 

Latar Belakang Berdirinya Hizbut Tahrir

Di sini kami hanya akan menjelaskan serba sedikit sahaja tentang Hizbut
Tahrir kerana bukanlah niat kami untuk mempromosikan HT. Para pembaca boleh
membacanya dengan lebih terperinci di dalam laman web rasmi kami (
<http://us.f516.mail.yahoo.com/dc/www.mykhilafah.com> www.mykhilafah.com)
ataupun lain-lain laman web rasmi HT di seluruh dunia. Selain penerangan di
laman web, Hizbut Tahrir Pusat ada mengeluarkan sebuah buku khusus yang
bertajuk "Hizbut Tahrir" (telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia)
yang boleh didapati di mana-mana kedai buku, khususnya di Lembah Kelang.
Bagi yang masih inginkan penjelasan, bolehlah berjumpa terus dengan
anggota-anggota kami yang boleh ditemui dengan mudah di seluruh Malaysia dan
juga lain-lain negara di mana Hizbut Tahrir bergerak di dalamnya. 

Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik
merupakan kegiatannya, dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak
di tengah-tengah umat, dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan
Islam sebagai permasalahan utamanya, serta membimbing mereka untuk
mendirikan kembali Daulah Khilafah dan menegakkan hukum yang diturunkan
Allah di dalam realiti kehidupan. Hizbut Tahrir didirikan di dalam rangka
memenuhi seruan Allah Subhanahu wa Ta’ala: 

"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru
kepada kebaikan (Islam), memerintahkan kepada yang ma'ruf dan melarang dari
yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." [TMQ Ali Imran (3):104].


Hizbut Tahrir berjuang untuk membangkitkan kembali umat Islam dari
kemerosotan yang amat parah, membebaskan umat dari idea-idea, undang-undang
dan hukum-hukum kufur, serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan
pengaruh negara-negara kafir. Hizbut Tahrir juga berjuang untuk membangun
kembali Daulah Khilafah Islamiyyah di muka bumi, sehingga hukum yang
diturunkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dapat dilaksanakan kembali. 

Kembali Kepada Islam Dengan Jalan Menegakkan Khilafah

Ada segelintir yang masih keliru dengan perjuangan Hizbut Tahrir beranggapan
bahawa tujuan (ghayah) Hizbut Tahrir adalah untuk menegakkan Khilafah. Di
sini kami ingin menjelaskan bahawa tujuan Hizbut Tahrir adalah untuk
mengembalikan semula kehidupan Islam (isti’naf al-hayah al-Islamiyyah),
memikul dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia dan memimpin serta mengawal
pemikiran dan perasaan masyarakat. Kita semua maklum bahawa hukum Islam
telah ditinggalkan oleh umat Islam, samada secara individu, bermasyarakat
mahupun bernegara. Oleh itu, di dalam dakwahnya, Hizbut Tahrir menyeru agar
umat Islam (termasuk pemimpin mereka) agar kembali menerapkan Islam di dalam
kehidupan. Tujuan ini bererti mengajak kaum Muslimin kembali hidup secara
Islami di dalam semua aspek. Seluruh kegiatan kehidupan hendaklah diatur
sesuai dengan hukum-hukum syara' dan pandangan hidup yang wajib dijadikan
pegangan adalah halal dan haram. 

Di samping itu, ghayah Hizbut Tahrir juga adalah untuk membangkitkan kembali
umat Islam dengan kebangkitan yang benar, melalui cara berfikir yang
cemerlang. Hizbut Tahrir berusaha untuk mengembalikan posisi umat ke masa
kejayaan dan keemasannya seperti dahulu, di mana umat Islam merupakan umat
yang sangat maju, dengan pemikiran yang sangat tinggi. Hizbut Tahrir juga
berusaha untuk mengembalikan umat Islam sehingga dapat mengambil alih
kendali negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini, dan Negara Khilafah
akan kembali menjadi negara superpower di dunia (sebagaimana pada masa
silam) serta memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam sehingga Islam
dapat menyelimuti bumi. 

Adapun thariqah (metod) Hizbut Tahrir dalam rangka merealisasikan tujuan
(ghayah) di atas adalah dengan menegakkan Daulah Khilafah dan melantik
seorang Khalifah yang akan dibai’ah oleh umat Islam untuk memerintah dengan
Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Hizbut Tahrir yakin bahawa hanya dengan
tertegaknya Daulah Khilafah, barulah keseluruhan hukum Islam dapat
dilaksanakan sepenuhnya. Khalifahlah nanti yang akan menyelamatkan umat ini
dari segala penderitaan dan kesengsaraan, menyatupadukan umat Islam di
seluruh dunia, mengisytiharkan jihad ke atas musuh-musuh Islam dan
menghancurkan segala kezaliman. Khalifah jualah yang seterusnya akan
menzahirkan Deen Allah ini di atas segala deen yang lain, sekaligus membawa
rahmat ke seluruh alam. 

Perjuangan Hizbut Tahrir Di seluruh Dunia

Hizbut Tahrir (HT) merupakan sebuah parti politik yang bergerak di seluruh
dunia untuk membangkitkan umat Islam melalui perubahan pemikiran. HT ada di
lebih kurang 40 buah negara di dunia, termasuk di negara kaum kafir
sekalipun. Seluruh dunia mengenali HT dan mengetahui bahawa dakwah HT adalah
secara fikriyyah (pemikiran), bukan kekerasan/fizikal. HT mengambil thariqah
dakwah Rasulullah semasa di Makkah yang tidak pernah menggunakan kekerasan
sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Secara ringkasnya, perjuangan
dakwah Rasulullah semasa di Makkah ialah melalui sira’ul fikri (pergolakan
pemikiran – pemikiran kufur vs pemikiran Islam), kifahu siyasi (perjuangan
politik) dan juga thalabun nusrah (mendapatkan perlindungan). Bagi yang
mempunyai kemudahan internet, bolehlah mengakses laman web rasmi HT di
pelbagai negara dan melihat sendiri dakwah HT di seluruh dunia. HT selalu
muncul di kaca TV di Indonesia, Britain, Australia dan lain-lain negara.
Wakil HT juga sering diwawancara di BBC [sila ke
<http://us.f516.mail.yahoo.com/dc/www.youtube.com> www.youtube.com dan taip
perkaaan " Hizbut Tahrir"]. Di Malaysia, dari masa ke semasa, TV3 dan NTV7
turut membuat liputan tentang aksi-aksi HT yang berlaku di luar negara.
Berita Harian dan Utusan Malaysia juga telah beberapa kali menyiarkan gambar
dan berita tentang aktiviti dakwah HT di seluruh dunia.

HT bergerak aktif di banyak bahagian di dunia ini, dari Timur Tengah,
Eropah, Asia Tengah hinggalah ke Asia Tenggara. HT berjuang di Palestin,
Mesir, Iraq, Jordan, Syria, Lebanon, Kuwait, UAE, Yemen, Oman, Maghribi,
Turki, Perancis, Jerman, Denmark, Belgium, Azerbaijan, Tajikistan,
Uzbekistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Algeria, Kenya, Sudan, China, Amerika,
Rusia, India, dan banyak lagi negara. HT merupakan antara gerakan Islam yang
terbesar dan menonjol di Britain, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Palestin
dan beberapa negara lain lagi. Di Palestin sebagai contoh, HT mengadakan
kuliah setiap minggu di Masjidil Aqsa selepas Solat Jumaat yang dihadiri
oleh ribuan umat Islam. Di Indonesia, kuliah dan ceramah HT diadakan di
masjid-masjid di seluruh Indonesia. Begitu juga di beberapa negara lain,
termasuk Malaysia.

Di sebalik perjuangan mulia HT untuk menyatukan umat Islam di seluruh dunia,
sememangnya HT tidak dapat lari dari tohmahan dan fitnah. Segala halangan
dan fitnah yang dilontarkan ini sebenarnya muncul dari beberapa hal:

1. Halangan dan fitnah dari Barat. Fitnah dari Barat sememangnya wajar
berlaku kerana mereka adalah musuh Islam. Barat benar-benar takut dengan
perjuangan menegakkan Khilafah kerana Negara Khilafah nanti bakal
menghancurkan segala ideologi kufur dan dominasi mereka ke atas umat Islam,
seterusnya menamatkan segala hegemoni mereka ke atas kaum Muslimin. Negara
Khilafah nanti juga akan mengisytiharkan jihad untuk melawan segala
kejahatan dan kekejaman yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam. Jadi
tidak hairanlah jika Barat menggunakan segala cara yang ada untuk
menakut-nakutkan dan menghapuskan HT dan lain-lain gerakan Islam yang tidak
sehaluan dengan mereka. Kembalinya Daulah Khilafah ke arena politik
antarabangsa merupakan mimpi ngeri dan ketakutan Barat dan InsyaAllah, hal
ini sesungguhnya akan pasti berlaku, sesuai dengan janji Allah dan RasulNya.


2. Halangan dan fitnah dari penguasa kaum Muslimin. Di seluruh dunia, HT
sering difitnah dan dilabel dengan pelbagai label negatif oleh pemerintah
yang ada. Hal ini berlaku biasanya bagi negara yang pemerintahnya adalah
agen atau talibarut Barat. HT juga sering mendapat tentangan dari pemerintah
yang berpemikiran sekular yang berusaha menghapuskan HT kerana ingin
mengekalkan status quo mereka di bawah sistem sekular ciptaan penjajah. Hal
ini amat menyedihkan kerana mereka (pemerintah) sepatutnya menerapkan hukum
Islam, menjaga rakyatnya, menunaikan amanah Allah ke atas mereka, menerima
muhasabah dari rakyat dan menjadi pemerintah yang bertakwa. Malangnya mereka
menjadi golongan yang sekadar mementingkan diri sendiri dan ingin kekal
berkuasa. Tambah menyedihkan lagi, pemerintah ini mempergunakan ulama yang
digaji oleh mereka untuk memfitnah dan memburuk-burukkan HT dan juga
gerakan-gerakan Islam lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Secara sedar
atau tidak, ulama murahan yang diberi sedikit jawatan ini bersekongkol
dengan pemerintah zalim ini untuk menghambur fitnah terhadap HT. Tentang
mereka ini (pemerintah dan ulama), Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam
mengingatkan kita, 

"Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah
masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rusaklah masyarakat
itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa." [HR Abu Na’im]

"Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zhalim. Barangsiapa percaya kepada
kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan
aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk syurga." [HR Tirmizi]

Dalam hadis di atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menerangkan
bahawa penguasa itu ada yang baik dan ada pula yang buruk. Begitu pula ulama
itu ada yang baik dan ada yang buruk (ulama su‘). Lebih tegas lagi Nabi
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan dan mengingatkan kita bahawa ulama
su’ ini adalah seburuk-buruk manusia, 

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.; "Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal
lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada
Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah,
tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk
yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada
mereka fitnah ini akan kembali". [HR al-Baihaqi]

3. Dari gerakan-gerakan Islam yang lain. HT turut ditohmah dan dilempar
dengan pelbagai fitnah oleh gerakan-gerakan Islam yang tidak sehaluan
dengannya. Hal ini berlaku kerana mereka menganggap bahawa kewujudan HT akan
menggugat pengaruh dan kedudukan mereka. Juga, kerana ada di kalangan mereka
yang mendapat informasi yang salah tentang HT sehingga mereka menganggap HT
sebagai saingan atau musuh. Walaubagaimanapun, sebahagian dari mereka telah
pun bersama-sama dengan HT setelah menyedari kesilapan dan kesalahfahaman
mereka selama ini terhadap HT. Bagi yang masih termakan fitnah terhadap HT,
kami berdoa kepada Allah agar menghilangkan segala prasangka buruk yang ada
pada mereka. Kami juga berdoa semoga Allah melapangkan dada-dada mereka agar
memandang HT dan juga gerakan-gerakan Islam yang lain dengan pandangan
ukhwah, sebagaimana HT memandang mereka. 

4. Dari umat Islam. Keadaan umat Islam yang tidak memahami dakwah HT serta
tidak jelas dengan perjuangan HT menyebabkan segelintir masyarakat memandang
negatif pada HT. Walaubagaimanapun, ini hanya berlaku pada sebahagian kecil
masyarakat sahaja. Bagi golongan yang lebih ikhlas, mereka telah mendekati
HT dan mendapat gambaran yang sebenar dari sumber yang sebenar. Sebilangan
besar ingin bergabung dengan HT setelah menghadiri dan mendengar sendiri
tentang HT melalui seminar, forum dan juga dialog-dialog yang dianjurkan
oleh HT. Banyak juga permohonan yang kami terima samada secara individu,
melalui e-mail atau sms dari mereka yang menyatakan sokongan padu dan ingin
berjuang bersama-sama HT. Semoga Allah memberkati mereka dan memasukkan
mereka sebagai para pejuang di jalan kebenaran.

Wahai kaum Muslimin! HT berusaha di seluruh dunia untuk menyatukan semula
umat Islam dengan aqidah Islam. HT cuma ingin melihat umat Islam di satukan
atas dasar aqidah ini, bukannya bersatu atas dasar assabiyyah dan
wathaniyyah. HT ingin menghapuskan segala ikatan kebangsaan dan negara
bangsa demi untuk menyatukan umat Islam di seluruh dunia (sebagaimana
dahulunya) di bawah payung pemerintahan Khilafah. Oleh itu, dakwah HT di
mana-mana bahagian dunia ini adalah sama. HT berjuang untuk mengembalikan
kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah yang akan menyatukan
seluruh negeri kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan sahaja. HT yakin
bahawa hanya dengan Khilafah, barulah Deen Allah ini akan zahir di atas
segala deen yang lain dan dengannya rahmat Allah tersebar ke seluruh alam.
Tanpa Khilafah, siapakah yang akan menjadikan Islam ini superpower? Siapakah
yang akan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam?

Umat Islam Wajib Bersatu Di Bawah Khilafah

Wahai kaum Muslimin! Kami selalu menegaskan bahawa menegakkan Khilafah
adalah suatu kewajiban yang dibebankan ke atas setiap individu Muslim.
Mengembalikan semula hukum Allah ini bukannya tanggungjawsab HT semata-mata
tetapi merupakan taklif yang Allah telah tetapkan ke atas seluruh kaum
Muslimin. Hukum tentang wajibnya kaum Muslimin memiliki hanya seorang
Khalifah bukanlah di-istinbathkan oleh HT sahaja, malah ia merupakan
pandangan imam-imam dan ulama muktabar. Syeikh Abdurrahman Al Jaziri
menegaskan hal ini dalam kitabnya Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid
V, hal. 416: "Seluruh imam madzhab dan para mujtahid besar tanpa kecuali
telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini.... Para
imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) --rahimahumullah--
telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat
Islam wajib mempunyai seorang imam (Khalifah,) yang akan meninggikan
syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang
menindasnya...."

Imam Asy Syaukani dalam Nailul Authar jilid 8 hal. 265 menyatakan, "Menurut
golongan Syiah, minoriti dari Mu’tazilah, dan Asya’riyah, (Khilafah) adalah
wajib menurut syara’. Ibnu Hazm dalam Al Fashl fil Milal Wal Ahwa’ Wan Nihal
juz 4 hal. 87 mengatakan: "Telah sepakat seluruh Ahlus Sunnah, seluruh
Murji`ah, seluruh Syi’ah, dan seluruh Khawarij, mengenai wajibnya Imamah
(Khilafah). Bahawa Khilafah adalah sebuah ketentuan hukum Islam yang WAJIB
(bukan haram, radikal atau ekstrem, apalagi bid’ah) dapat kita temukan dalam
khazanah tsaqafah Islam yang sangat kaya seperti Imam Al Mawardi (Al-Ahkam
al-Shulthaniyah, hal. 5), Abu Ya’la Al Farraa’ (Al-Ahkam al-Shulthaniyah,
hal.19), Ibnu Taimiyah (As-Siyasah Asy Syar’iyah, hal. 161), Ibnu Taimiyah
(Majmu’ul Fatawa, jilid 28 hal. 62), Imam Al Ghazali (Al-Iqtishaad fil
I’tiqad, hal. 97), Ibnu Khaldun (Al-Muqaddimah, hal. 167), Imam Al-Qurthubi
(Tafsir Al-Qurthubi, juz 1 hal. 264), Ibnu Hajar A1-Asqallany (Fathul Bari,
juz 13 hal. 176), Imam An-Nawawi (Syarah Muslim, juz 12 hal. 205), Abdul
Qadir Audah (Al-Islam Wa Audla’una As Siyasiyah, hal. 124) dan banyak lagi. 

Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Khilafah bukan
hak Hizbut Tahrir, tetapi ia adalah hak umat Islam. Hizbut Tahrir hanya
berjuang untuk menegakkannya, sesuai dengan perintah Allah, yang mana kalian
juga wajib memperjuangkannya. Sistem pemerintahan Khilafah adalah sistem
pemerintahan Islam, bukan sistem pemerintahan Hizbut Tahrir. Khalifah tidak
semestinya datang dari anggota Hizbut Tahrir. Kami akan berbai’ah kepada
sesiapa sahaja yang dilantik secara sah oleh umat sebagai Khalifah, tidak
kira samada dia berasal dari Hizbut Tahrir atau tidak, selama mana Khalifah
tersebut memerintah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Justeru
itulah, Hizbut Tahrir senantiasa menyeru kepada seluruh kaum Muslimin agar
bersama-sama dengan Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah. Ia adalah
tannggungjawab dan hak kita semua. Kami sentiasa berdoa kepada Allah agar
seluruh kaum Muslimin sedar dan bangkit serta bersegera kepada tugas yang
mulia ini.

Inilah tugas Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir akan menyeru dan terus menyeru
kaum Muslimin dan pemimpin mereka agar kembali kepada hukum Islam, agar kita
sama-sama berusaha untuk mendirikan Daulah Khilafah, satu-satunya entiti
yang akan mengembalikan kemuliaan dan kekuatan kita serta menyatukan kita di
dunia ini. Hizbut Tahrir akan terus berusaha dan berusaha, tanpa mengira
penat dan lelah, siang atau malam, senang atau sukar demi untuk menegakkan
Deen ini. Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah dan RasulNya bahawa ia
akan menjadi penjaga agama Allah yang amanah. Kami akan berjuang dan terus
berjuang sehinggalah Allah memanggil kami pulang. Kami hidup hanya untuk
Islam dan kami mati hanya untuk Islam. Semoga Allah membuka hati kalian
untuk kita bersama-sama memikul kemuliaan ini, wahai saudaraku.....

Khatimah

Memandangkan taklif utama adalah terhadap para pemerintah yang sepatutnya
menggabungkan seluruh negeri kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan, kami
akhiri penulisan ini untuk bertanya kepada mereka yang berkuasa, sebelum
tibanya hari di mana hanya milik Allahlah kekuasaan itu. Demi Allah wahai
para pemimpin kaum Muslimin! Kenapakah kalian sekarang berpecah-pecah dan
tidak bergabung mewujudkan Daulah Khilafah? Apakah kalian tidak pernah
terfikir sedetik pun bahawa kalian sekarang memerintah dengan undang-undang
kufur bukannya undang-undang Allah? Apakah tidak pernah terlintas di hati
kalian bahawa kalian sekarang menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan
perkara-perkara yang dimurkai Allah? Kalian menerapkan hukum ciptaan sendiri
bukan hukum ciptaan Allah! Apakah kalian fikir bahawa segala alasan yang
kalian nyatakan untuk tidak menerapkan hukum Allah akan diterima oleh Allah?
Pernahkah Rasulullah yang sepatutnya kalian ikuti itu, memberikan alasan
kepada Allah sebagaimana alasan kalian? Atau apakah Rasulullah berusaha
bermati-matian untuk menegakkan hukum Allah tanpa sebarang alasan? Bagaimana
dengan kalian? Tidak takutkah kalian kepada murka dan azab Allah? Tidak
adakah di kalangan kalian walau seorang yang benar-benar ikhlas di dalam
menjaga agama Allah ini? Tidak adakah di kalangan kalian walau seorang pun
yang sedar akan amanah yang Allah letakkan di atas bahu kalian? Apakah
kalian tidak sedar bahawa Allah berkuasa untuk mencabut pemerintahan kalian
dengan sekelip mata? Apakah di benak kalian tidak pernah terlintas bahawa
Allah berkuasa untuk menyentap nyawa kalian dalam sesaat sahaja? Apakah
kalian tidak berfikir tentang semua itu? Takutlah kalian kepada Allah wahai
mereka yang memegang kekuasaan!! Satukanlah kami di bawah Khilafah..... amin



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 



 

Kirim email ke