Menarik di http://www.tvpas.com/
KERAJAAN BN TEPIS RAKYAT DENGAN RUNDINGAN FTA US-MALAYSIA
Gabungan Rakyat membantah perjanjian
FTA yang akan merugikan rakyat apabila berkuatkuasa sepenuhnya diMalaysia.
NGO berhimpun bantah FTA
Nyza Ayob
Thu | Jan 11, 07 | 10:03:10 AM PETALING
JAYA , 11 Jan (Hrkh) - Dengan memakai baju 'HIV Positive , FTA Kill!' serta
membawa sepanduk bertulis 'Kami tidak mahu dimonopoli oleh US- FTA, 'Jangan
gadai hidup kami', 'Hentikan rundingan dengan Amerika', 'Stop drug price
increase', kira-kira 30 orang daripada Gabungan Rakyat Membantah FTA,
menyuarakan bantahan terhadap kesan daripada Perjanjian Perdagangan Bebas
Malaysia - Amerika Syarikat (FTA) di pintu masuk Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM) pagi tadi.
Sambil melahirkan bantahan, mereka turut mengedarkan risalah kepada orang ramai
yang mengunjungi hospital tersebut mengenai kesan perjanjian perdagangan bebas
(FTA) Amerika Syarikat - Malaysia khususnya kesan kepada rawatan dan perubatan.
Koordinator bantahan, Edward Low memberitahu orang ramai bahawa lebih banyak
ubat akan dipatenkan jika FTA ini ditandatangani. Pematenan ini akan memberi
hak eksklusif kepada sesebuah syarikat untuk monopoli dan menghasilkan serta
mengimport ciptaan baru.
" Kos ubat yang diperlukan oleh pesakit HIV akan meningkat jika FTA
ditandatangani. Pemilik paten akan menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana
tidak mempunyai persaingan,"katanya.
Sementara itu, koordinator Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sivarajan, menyatakan
mereka telah memaklumkan kepada Pegawai Perhubungan Awam PPUM, Yahaya Abdul
Hamid yang memantau perhimpunan tersebut bahawa perhimpunan tersebut bukan
untuk membantah pihak pengurusan PPUM tetapi untuk menghebahkan kegusaran
mereka kesan daripada FTA ini.
"Kami berhimpun di sini untuk menyampaikan kepada orang ramai kesan daripada
FTA ini khususnya kos rawatan serta harga ubat-ubatan akan meningkat dan bukan
bantahan kepada PPUM," katanya.
Sebelum ini pada Jun 2006, pertubuhan tersebut telah menghantar memorandum
bantahan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri
Rafidah Aziz agar menghentikan perjanjian tersebut disusuli dengan memorandum
kedua pada 30 Oktober 2006.
Pada 19 November, pertubuhan tersebut menerima surat maklum balas daripada
Rafidah yang menyatakan rundingan FTA ini tidak akan menjejaskan kepentingan
rakyat Malaysia.
Menurut mereka lagi, sehingga kini pihak kementerian gagal menjawab isu yang
diutarakan mereka serta enggan mengadakan dialog dengan wakil-wakil pertubuhan
sosial, parti politik, kesatuan sekerja serta organisasi rakyat.
Dan semalam, sekali lagi mereka menghantar memorandum bantahan kepada Perdana
Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Putrajaya.
Perundingan ke empat mengenai perundingan perjanjian FTA As- Malaysia ini
sedang berlangsung di Amerika dari 8 hingga 12 Januari ini. - mks.
---------------------------------
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from
your Internet provider.