Assalamualaikum,

Dah lama saya tak online disebabkan beberapa perkara. Dapat online, buka je 
email...tu dia! - penuh sampai membuak! Jenuh nak bersihkan, banyak email dari 
individu terpaksa di delete saja. Maaf ye, kalau ada yang hantar dan saya tak 
balas.

Tapi, dalam beribu email yang ada ada satu dari seorang sahabat yang menarik 
perhatian saya: Depa minta saya gi tengok site http://www.detikdaily.net/m3/ .

Hmm...memang menarik. Jika anda ada kelapangan, lawatilah. Kat bawah ada satu 
dari berita yang dipaparkan. Insyallah bila kelapangan saya akan cuba kirim 
dari masa ke semasa...mungkin tiap hari! Selamat membaca.


Wassalam
Amir


ps...ada masa nanti saya komenkan artikel artikel itu.




PAS perlu lebih banyak bertindak di luar kelaziman
 Posted on Saturday, January 13 @ 23:40:53 CST by reformis
 Selagi kita terkurung dengan kelaziman dan kebiasaan, maka selagi itulah pihak 
pembangkang tidak berpeluang untuk melonjak lebih jauh lagi. Apa saja pemikiran 
dan angan-angan PAS sudah dapat dijangka oleh Umno, jadi mudah saja untuk 
mereka letakkan road-block di depan untuk menghalang PAS mencapai cita-citanya.

Oleh Pak Tam Mat

SAYA BELUM sempat secara teliti membaca hujah dan daleh karut-marut 
menteri-menteri Umno, khususnya Zam, dan juga yang pastinya Pengerusi SPR, Tan 
Sri Rashid Abd Rahman yang sepatutnya dipecat lebih awal, yang mengulas 
tindakan PAS dan keADILan boikot pilihan raya Batu Talam.

Masing-masing gabra dan gelabah. Mereka tidak terduga PAS boleh bertindak 
begitu, dan sepatutnya selepas ini PAS harus lebih bersedia untuk melakukan 
sesuatu yang tidak terfikir oleh Umno. Selama ini Umno selalu buat road-block 
di depan dan menghalang strategi PAS untuk berkembang lebih luas dalam 
masyarakat.

Boikot satu hal. Lebih penting ialah turun bersama rakyat, berdamping dengan 
mereka, termasuk di Batu Talam, selami masalah mereka dan jelaskan mengapa PAS 
tidak bertanding. Desak SPR boleh dan memang dialu-alukan, tetapi kita pun 
sudah tahu keputusannya nanti, yakni tidak akan ke mana-mana kalau rakyat tidak 
bersama kita menuntut perubahan atau reformasi total, sekurang-kurangnya kaedah 
celup jari pengundi bagi mengelak pengundian dua kali.




Saya suka sangat jika PAS dan parti-parti pembangkang boleh bertindak di luar 
jangkaan, seperti apa yang dibuat Anwar Ibrahim selepas dipecat pada 1998 dulu. 
Siapa sangka orang ramai berani bangkit dan demo di tengah-tengah bandar KL, 
khususnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sebelum itu, kalaupun PAS menunjuk perasaan, tumpuan hanya sekitar isu-isu 
global, dan penyokong parti Islam itu tertumpu di depan beberapa kedutaan 
asing. Saya tidak dapat mengingati apakah pernah PAS menghimpunkan puluhan ribu 
penyokongnya untuk meluahkan protes dan bantahan kepada Perdana Menteri atas 
isu-isu nasional.

Selagi kita terkurung dengan kelaziman dan kebiasaan, maka selagi itulah pihak 
pembangkang tidak berpeluang untuk melonjak lebih jauh lagi. Apa saja pemikiran 
dan angan-angan PAS sudah dapat dijangka oleh Umno, jadi mudah saja untuk 
mereka letakkan road-block di depan untuk menghalang PAS mencapai cita-citanya.

Boikot Batu Talam, bagi saya, adalah petanda baik, untuk PAS menerjah masa 
depan secara tidak terduga, tapi masih dalam ruang lingkup yang dapat diterima 
rakyat. Justeru, PAS perlukan keberanian luar biasa dan bersedia pula untuk 
menerima apa jua risiko daripada segala tindakannya itu.

Ketegasan dan komitmen pimpinan PAS hanya agak teruji selepas berani bertindak 
di luar kotak itu. Asakan media secara negatif bukan isu besar kerana sebagai 
pembangkang terbesar di negara ini sepatutnya PAS sudah mangli dengan apa saja 
tohmahan, malah berupaya menukar segala fitnah itu menjadi sesuatu yang 
produktif.

Dengan senario itu, saya begitu berminat untuk melihat rentetan tindakan PAS 
selepas ini, selain bersedia untuk mengulas pandangan Mufti Perlis khususnya 
selepas respons awal saya kepadanya menimbulkan sedikit keributan. 

                
---------------------------------
 Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...

Kirim email ke