Banjir buruk di Johor - PAS ajak rakyat solat hajat                       
     
                         
                        
                                       Mohd Rashidi  Hassan      
         Sun | Jan 14, 07 | 03:55:27 PM                         KUALA LUMPUR, 
14 Jan (Hrkh) - PAS mengajak rakyat Malaysia menunaikan solat hajat bagi 
memohon kehadrat Allah SWT agar segera meredakan hujan lebat khususnya di Johor 
kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

 
Beliau berkata, PAS amat simpati dengan rakyat Johor yang sedang dilanda banjir 
besar kali kedua yang nampaknya lebih buruk daripada banjir pertama yang 
melanda pada 18 Disember lepas.

 
Ustaz Nasharudin memberitahu pihaknya akan bertungkus lumus membantu 
mangsa-mangsa banjir khususnya bagi kerja-kerja menyelamat dan menghulurkan 
bantuan sekadar yang termampu.

 
 Beliau memaklumkan perkara demikian ketika dihubungi semasa lawatan beliau ke 
Johor hari ini.

 
Dalam pada itu Timbalan Presiden PAS menggesa semua Badan  Perhubungan PAS 
Negeri-negeri agar menggerakkan jenteranya bagi membantu PAS Johor seberapa 
segera.

 
 Jentera pemuda PAS turut dikerahkan untuk turun segera ke Johor bagi membantu 
mangsa-mangsa banjir.

 
 Berdasarkan laporan media setakat ini lebih 100 ribu mangsa banjir telah 
dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

 
Banjir juga mengakibatkan sebahagian besar daerah-daerah di negeri Johor 
terputus hubungan dan menyebabkan perniagaan lumpuh sama sekali.

 
 Banyak pejabat kerajaan, bank, pusat perniagaan dan sekolah ditutup.

 
Menurut sekretariat PAS Johor, mereka amat memerlukan makanan segera (yang 
tidak perlu dimasak) seperti roti, biskut dan minuman botol atau kotak kerana 
ketiadaan peralatan memasak.

 
 Antara barangan lain yang diperlukan seperti pakaian, selimut, lampin bayi dan 
lain-lain keperluan harian.

  
 Bantuan anda diperlukan! PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia menghulurkan 
bantuan kepada mangsa banjir melalui Tabung Kebajikan PAS Pusat (no akaun 
Maybank : 564070705537). 
 Mereka yang bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk Johor boleh hubungi 
Penyelaras bilik Gerakan Banjir Johor, Mazlan Aliman (0137130103), Mustafa 
Abdul Rahman (019-3635546), Rohaizat (013-7678474), Onn Jaafar (019-7617220) 
atau masukkan terus bantuan kewangan ke dalam akaun Bank Islam 01032010007572.  
 

                
---------------------------------
 Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...

Kirim email ke