Sekadar sumbangan daripada ana yang kerdil.. untuk umat ini.. Nazri, www.ana-muslim.blogspot.com
----- Forwarded Message ---- From: wakafan <[EMAIL PROTECTED]> Sent: Saturday, January 20, 2007 11:33:53 PM Subject: Hijrah Umat Tajdid Tangisan kesyukuran kulihat Betapa hebatnya sumbangan para pendakwah Betapa hebatnya sumbangan penggerak Islam Individu mahupun berkumpulan Masing-masing dengan amalnya Masing-masing dalam bidangnya Masing-masing dengan kemahirannya Masing-masing dengan kepakarannya Saling melengkapi antara satu sama lain Dengan kefahaman Islam yang jitu Dengan keikhlasan hati yang telus Hanya mengharapkan redha Ilahi Dalam mentajdid Islam dalam konteks kerajaan JAKIM, Majlis dan Jabatan agama Islam negeri, IKIM, YADIM dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid hukum dan memerangi kebatilan Para mufti negeri-negeri dan para ulama banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid politik Islam dan memerangi sekular Parti Islam SeMalaysia banyak sumbangannya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak perlu membuktikan apa-apa telahpun menerajui model pemerintahan yang adil marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid masyarakat dan memerangi gejala sosial JIM, ABIM dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid Sunnah dan memerangi Bid'ah Dr Mohd Asri, Maulana Asri dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid muamalat Islam dan memerangi riba Ustaz Zaharuddin dan lain-lain Bank-bank Islam dan Syarikat-syarikat Takaful banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid rohani dan memerangi penyakit hati Jemaah Tabligh dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid undang-undang dan memerangi kezaliman Almarhum Ahmad Ibrahim dan lain-lain Hakim-hakim dan peguam-peguam syarie banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid ilmu, pendidikan dan memerangi kejahilan Para pensyarah, para guru dan lain-lain Universiti Islam, Kolej Islam, Sekolah Islam, Tadika Islam banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid hiburan dan memerangi kelalaian Raihan, Rabbani, Hijaz, InTeam, Wadi, Akhil Hayy dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Dalam mentajdid dakwah online dan memerangi dakyah Para pengusaha laman web, blog, email groups dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Sebenarnya setiap muslim telah melakukan tajdid untuk diri dan umatnya dan memang banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan Akan tetapi tangisan kepiluan kulihat umat tajdid bersengketa sesama sendiri sedangkan Tuhan hanyalah satu sedangkan Islam hanyalah satu Marilah eratkan ukhuwah sesama umat tajdid kerana kita semua adalah bersaudara kerana setiap tajdid melengkapi tajdid yang lain kerana setiap tajdid sangat memerlukan kepada tajdid yang lain Ya Allah Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus
