hmm..tak phm2..knapa la bila org tak leh terima pendakatan perjuangan pas 
dituduh sbagai pro-mufti perlis,ada org tak buleh berjuang melaui pendekatan 
politik yg rigid dan sampi menggadaikan maruah islam itu sendiri.ada org hendak 
berjuang melalui ilmu dan cara tersendiri,tak buleh kita kata mcm2 kalo org tu 
tak sehaluan pendekatannya dgn kita,kebanyakkan org yang emosional dan selalu 
mencaci maki yg menjatuhkan maruah jemaah islam adalah mereka yg tak 
mengamalkan ilmu yg ada,tp smngat jemaah atau politik,kita buleh lihat pemimpin 
pas yg baik seperti tuan guru nik aziz,ustaz nasuruddin mat isa,harun 
din,sepanjang dgr ceramah beliau tak pnh lagi beliau kutuk secara direct atau 
kurang kutukan,tetapi memberi ilmu,tapi da segolongan tgn2 kotor dlm PAS yg 
menjatuhkan imej dan membawa fitnah sbb semangat merentasi ilmu,ilmu takde tp 
semangat lebih,kta buleh tgk ada org 2 semagat PAS ckp kuat,tp solat 5 waktu yg 
utama mcm?,waktu solat masuk masih still ada kat kedai kopi atau
 bukan bergegas ke masjid,apakah ini yg dikatakan perjuang?,kuliah ilmu agama 
yg bergitu penting mengenai bab hadis jarang dihadiri,tp bila ceramah PAS yg 
kebanyaakannya berbentuk fikrah,dihadiri ramai,sedangkan il mu begitu penting 
berbanding fikrah,il bedasar kan al-quran dan hadis dan fikrah hanya permikiran 
manusia,ada org tak buleh terima pendekatan PAS sbb kerana tgn2 kotor yg ada 
dlm PAS nilah yg merosaakan imej PAS yg terlalu rigid.perjuang org islam 
sama,iaitu menegakkan islam,cuma cara seseorang itu berbeza,kita jgnlah 
mengutuk atau melemahkan org lain yg bukan sehaluan pendekatan dengan kita,tp 
perjuangan sama,nak mermartabatkan isam,bertolong-tolonglah kamu dlm melakukan 
kebaiikan.

"[EMAIL PROTECTED] othman"@yahoo.com wrote:                                  
Assalammualaikum: 

Bukan buat sahabat, buat kekawan.

Sebenarnya bukan bertembungan golongan muda dan Konservertive aje.  Ahli pas 
nie PEJUANG apa pun tak tau, tak sehaluan, yang Syiah pun ada, yang Wahabi pun 
ada, Ahli Tarikat pun ada. Yang pro UMNO pun ada sikit2. Yang PAS hangit pun 
ada. Macam-macam ada.

Entahlah nasib PEJUANG Islam akhir zaman. Pas sebenarnaya nak memerintah 
negara. Itu jer. Bukan PEJUANG Islam.  Matlamatnya nak dapatkan negara jer.

Dah dapat negara nanti takut2 dia lebih zalim dari UMNO.


UMNO tu dah sedia maklumlah.  Jangan PAS ikut jejak dia sudahlah.

Waulahu alam.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
                             
assalamualaikum
  terdahulu ana nak sebut ana bukan ahli pas
  kemudian ana nak tanya betul ke Pas seperti yang dkatakan dalam artikal ni?
  rasanya ada lagi unsur pertembungan antara golongan muda dan konservertif 
dalam artikal ni.
  penulis nampaknya mempertahankan mufti darul sunnah dan membawa hujjah 
penyokong salafi sambil menyangkal Pas yang sejak dulu diketahui dari 
kalanganan konservertif.
  akan tetapi secara sedar atau tidak penulis juga menyatakan Pas yang 
menyerang mufti darul sunnah ini kerana ianya berada di kem berbeza( yang ana 
faham dari kem Umno) ia itu satu sudut pandangan politik semasa.dalam hal ini 
ana suka bertanya apakah Umno juga penganjur salafi macam mufti dan mereka yang 
serumpun?
  atau kerana  Umno menerima salafi sebagai rakan politknya?
  yang bermain di kepala ana selepas membaca artikal ini ialah apakah mufti 
darul sunnah yang mereka yang serumpun sudahpun  melaksanakan teguran kepada 
pemerintah sepertimana yang mereka dalilkan.sudahkan mereka berjumpa datin 
rosnah menyatakan perbuatan itu haram dan sudahkah mereka menegur pemimpin 
kerajaan diseluruh negara tentang apa yang patut mereka lakukan kearah 
menjadikan negara sebagai darul sunnah?
  kalau mereka sudah melakukan semua itu suka kalau kita diberitahu hasilnya.
  samada diterima dan diamalkan atau ditolak dengan kebaikan telah pun mereka 
terima (seperti tahqiq albani). telah lam ana menanti berita mengenai perkara 
ini dari kalangan pendokong salafi yang sampai sekarang tak kunjung tiba jadi 
elok rasanya ana minta penulis artikal atau penyumbangnya memperincikan 
tindakan teguran mereka kepada Umno dan pemimpin mereka  yang terlalu ketara 
suka mengamalkan  perkara yang tidak mengikut   quran dan sunnah termasuk yang 
telah dilakukan olih datin Rosnah itu.
  mungkin pendokong salafi tak perlu risau pasal Pas  lagi sebab jelas Pas dan 
pemimpin mereka ialah pendokong konservertif yang telah dinyatakan olih mufti 
darul khusus tidak lagi penting dalam perjuangan memartabatkan islam di zaman 
ini kerana yang bakal meneruskan perjuangan Islam ialah golongan salagfi dan 
islam liberal.
  jadi kalau penulis dan pendokong salafi meneruskan serangan kepada Pas maka 
antum semua tidak juga melakukan apa yang antum cadangkan .olih itu lebih baik 
antum semua mencari usaha untuk menasihati pemerintah sebagaimana yang 
disarankan antaranya olih syeikh aziz baz dan tunjukan hasilnya kepada 
semua.Lupakan Pas. lupakan kayu kokka ,lupakan talkim,lupakan tahlil sebab 
semuanya itu telah menjadi amalan sejak zaman berzaman dari kalangan 
kionservertif.jadi mulakan nasihat antum semua kepada datin rosmah dan juga  
paklah pasal bersentuhan antara lelaki perempuan bukan muhrim itu haram(atau 
salafi menghalalkan dalam situasi tertentu?).kemudian bawakan hasil teguran itu 
kepada semua dan tunjukan  kepada Pas yang konserverti itu.
  lupakan jutaan ulamak yang pernah hidup di zaman terdahulu yang mengikut 
aliran konserverti ini tetapi tunjukan saintifik itu dari salafi.
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
      Assalaamu ’alaikum...

Ana Minta Maaf Kepada Rakan-Rakan PAS Di Dalam YAhoo Group...

Memang ana sudah jangkakan bahawa posting artikel yang bertajuk “PAS Bukan 
Pejuang Agama!!! PAS Menentang golongan Agama.” Bakal mengundang kontroversi 
dan respone yang  hangat di kalangan rakan2 friendster.

Sebelum itu, PAS di dalam artikel ini dan artikel yang  lepas tersebut adalah 
bermaksud kepada “kebanyakan pendokong PAS”. Bermaksud bukan ditujukan kepada 
semua pendokong PAS. Namun dilihat sebagai majoriti melalui penilaian terhadap 
lidah rasmi mereka (PAS) sendiri iaitu Harakah dan ceramah-ceramah mereka.

Secara jujur, artikel itu bukanlah nukilan ana. Ana hanya mengubah tajuk 
artikel tersebut lalu ana letakkan sebagai bulletin friendster. Dengan harapan 
ia bakal diteliti dan membawa kita sama-sama berfikir.

Sebagai manusia biasa, kita sewajarnya sedia maklum bahawa kita sentiasa 
terdedah kepada pelbagai kelemahan yang kemudiannya memungkinkan kesilapan. Dan 
kelemahan serta kesilapan sewajarnya mendapat teguran bagi tujuan pembaikan.

Saya kira sememangnya artikel tersebut bukanlah suatu bentuk teguran yang baik, 
namun dengan harapan dapat membawa kita lebih ‘alert’ kepada corak berfikir 
yang lebih rasional  dan ilmiyah.

Seperti yang kita sedia maklum, PAS adalah satu parti pembangkang yang besar  
di Malaysia (dalam persoalan politik malaysia). Dan membawa agenda Islam 
sebagai dasar perjuangannya. Sewajarnya PAS lebih mudah ditegur berbanding UMNO 
kerana pada anggapan ana, mereka (PAS) memahami agama dengan lebih baik.

Namun ana agak sedih, kerana hakikatnya tidaklah begitu.

PAS seolah-olah tidak ada bezanya dengan UMNO sejak kebelakangan ini. Cuma 
mungkin dalam bentuk atau konsep yang agak berbeza.

Jika benar PAS menjadikan al-Qur’an, hadis dan para ulama sebagai dasar menilai 
Islam dan asas perjuangan, bagaimanakah agaknya PAS mentafsirkan al-qur’an, 
Hadis, dan pendapat ulama berikut ini:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya 
secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa 
itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara 
terbuka). Jika diterima,  maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) 
dianggap telah menunaikan kewajibannya.” (Riwayat  Ibn Abi ‘Asim dalam 
al-Sunnah. Sanadnya sahih, Hal ini dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq 
kitab al-sunnah, m.s.: 507)

Firman Allah s.w.t.:

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau 
kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja 
hal itu kepada Rasulullah (as-Sunnah) dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang 
Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh 
orang-orang Yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan 
jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, 
tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu 
orang-orang Yang teguh imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa’: 83)

Pas seringkali mengambil tindakan mencaci pemerintah (pemimpin). Tidak bolehkah 
PAS mendahulukan menasihati pemerintah  melalui dakwah yang berhikmah dan 
berlemah lembut?

Saya ambil contoh di dalam isu datin sri  Rosmah... Tidak bolehkah PAS 
mendahulukan menegur dengan cara berjumpa beliau terus atau menghantar surat 
untuk menyatakan teguran? Kenapa perlu mengaibkan beliau terlebih dahulu? 
Seolah2 di sini PAS bukanlah bertindak sebagai pendakwah, tetapi PAS 
seolah-olah bertindak sebagai mengambil kesempatan di atas keburukan isteri 
seorang pemimpin untuk kepentingan ‘survival’ politik partinya. PAS sebenarnya 
hanya bertindak mengeruhkan lagi keadaan dan bukannya membaiki. Apa tujuan PAS 
berbuat demikian sebenarnya?

Sedangkan Allah memerintahkan Nabi Musa a.s. dan Harun a.s. untuk menegur 
Fir’aun yang kafir dengan lemah lembut. Kenapa kita tidak boleh menegur 
pemimpin yang beragama Islam dengan lemah lembut dan hikmah? Dan apakah ada 
fatwa daripada para ulama-ulama muktabar serta para imam mazhab supaya segera 
mencaci pemerintah dan memalukan pemerintah apabila mendapati mereka  berlaku 
buruk? Malahan mereka (ulama) menyatakan tindakan melampau menghinakan 
pemerintah adalah  sebagai perlakuan puak khawarij yang menyanggahi akhlak dan 
kaedah ahlussunnah. (betulkan ana jika tersilap kata).

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas 
Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan 
kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Taha: 43-44)

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai 
Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat 
dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah 
mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan 
Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga 
bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) 
itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk  
membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi 
orang-orang Yang  bertawakal kepadaNya.” (Ali ‘Imran: 159)

Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz r.h. berkata:

“Mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak termasuk dalam 
Manhaj al-Salaf. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada porak peranda dan 
hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf.

Ia membawa kekecohan yang memberi mudharat, bukan manfaat.

Sebaliknya jalan yang diikuti oleh golongan salaf ialah nasihat antara mereka 
dengan pemerintah (secara semuka), menulis surat (untuk menegur) mereka atau 
melalui ulama yang menjalinkan hubungan baik dengan mereka.”

Dr. Soleh bin Fauzan berkata:

“Orang yang paling layak menasihati para pemerintah ialah ulama, cerdik pandai, 
dan ahli majlis syura pemerintahan.”

Abu al-Haris ahmad bin Muhammad as-saigh berkata:

“Aku melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hanbal) mengingkari tindakan  
memberontak kepada pemimpin. Beliau berkata: ‘aku tidak menyetujui pertumpahan 
darah (pemberontakan)  dan tidak memerintahkannya’.” (as-sunnah, Hlm.: 89. 
Hadis Riwayat abu Bakar al-Khallal dengan sanad yang sahih)

Dan di dalam isu yang seterusnya. Kebanyakan mereka yang taksub dengan PAS 
seolah-olah sedang bertindak memerangi seorang Mufti atas dasar kerana tidak 
bersetuju dengan fatwa-fatwa yang dikemukan oleh mufti tersebut. Dan mungkin 
juga kerana mufti tersebut beraliran (bermanhaj) Salaf-us-soleh dan duduk di 
medan (kelompok) pemerintah (seteru PAS). Lalu PAS menghentam mufti tersebut 
dengan pelbagai alasan pemikiran dan logika semata-mata (tanpa dalil). Sehingga 
sanggup meletakkan title ‘barua’ kepada Mufti tersebut. Di manakah akhlak kita 
sebagai pendakwah?

Lebih teruk, PAS menyatakan bahawa Mufti terbabit hanya suka menimbulkan 
isu-isu yang remeh temeh dalam agama dan masyarakat. Antaranya, menyentuh isu 
selipar nabi (yang kerapkali diiklankan di  akhbar Harakah), isu Kayu kokka, 
isu Tahlil, isu Talqin, dan lain-lain lagi.

Hendak ana  nyatakan di sini, isu itu semua bukannya isu yang remeh temeh 
sebenarnya. Isu yang ditimbulkan oleh Mufti Perlis tersebut adalah isu paling 
pokok dalam manhaj beragama, iaitu isu aqidah!!! Mempercayai kayu kokka 
mempunyai keajaiban dan mampu memberikan kuasa penyembuh kepada pelbagai 
penyakit (dengan mengambilnya sebagai cincin, gelang, tangkal, dan sebagainya) 
tanpa menghiraukan fakta saintifik dan dalil yang sebenar adalah suatu 
perbuatan yang syirik. Apatah lagi menjadikan kayu kokka sebagai penangkal 
(serta pendinding) dan dijual kepada umum secara terbuka. Bukankah syirik boleh 
membawa pengamalnya terkeluar dari aqidah Islam yang tulen? Isu inilah yang 
sangat perlu diperangi habis-habisan kerana menyentuh isu akidah. Bahkan dalam 
isu kayu kokka ini, benarkah ianya kayu yang digunakan Nabi Nuh a.s. sebagai 
material bahtera baginda? Juga benarkah ia adalah kayu tongkat Nabi  Musa a.s.? 
Sudahlah syirik, mendustakan riwayat hadis pula!!!. Di mana prinsip kita?
Jika  benar ianya material bahtera dan tongkat nabi sekalipun, apa pula 
kaitannya dalam persoalan perubatan dan tangkal? Apa bukti sainstifiknya? 
Bukankah ini hanya menjatuhkan maruah Islam di medan ilmu dan teknologi moden 
masa kini?

Begitu juga di dalam isu selipar nabi yang seringkali diiklankan oleh akhbar 
Harakah milik PAS. Di manakah hadis yang menerangkan rupa, ciri, material 
(bahan), dan fadhilat selipar nabi berkenaan sehingga pernah diiklankan di 
televisyen bahawa pemakai selipar nabi itu boleh membawa ke syurga...? Jika 
tiada, bermakna sekali lagi antum berdusta atas nama Nabi demi keuntungan 
perniagaan!!! Bukankah ini isu yang paling besar dan asas dalam persoalan 
aqidah dan manhaj kita bergelar Muslim?

“Sesungguhnya berdusta atas nama Nabi adalah amat besar dosanya dan jauh lebih 
teruk berbanding berdusta dengan nama selain Nabi (orang  lain).”

Begitu juga dengan isu tahlil dan talqin... Hadis dan huraian pengharamannya  
jelas!!!

Tidakkah antum semua (golongan PAS) tidak melihat sendiri Tuan Guru antum iaitu 
tuan guru Nik Abdul Aziz juga tidak mengamalkan talqin dan tahlil??? (Betulkan 
ana jika tersilap fakta). Di manakah fatwa Nik Aziz dalam soal ini kepada semua 
ahli PAS sekurang-kurangnya.. (jika tidak kepada masyarakat seluruh negara). 
Kenapa tidak mahu menyampaikan ulasan (ilmu) berkenaan perkara ini? (Ana rasa 
Nik Aziz pernah mengulas isu ini, namun tidak pernah diambil peduli oleh 
sebahagian golongan PAS yang lain kerana sibuk mencari kesalahan pemerintah 
untuk dijadikan modal berceramah).

PAS sewajarnya tidak perlu menumpukan kepada siapa yang berkata... lihatlah apa 
yang dikata. Jika benar, nyatakan ianya sebagai benar. Biarlah Mufti Perlis itu 
bertindak kepada isu yang lain (yang tidak dilakukan PAS), dan Pas dalam isu 
yang lain. Antara mereka (PAS dan Mufti) tidak perlu  ada sifat ingin bermusuh 
sebenarnya... malah perlu bersikap bersatu sesama Muslim  atas dasar yang sihat 
melalui aqidah yang sahih. Dan sama-sama membina kesatuan serta pembaikan dalam 
dunia dakwah ini.

Tinggalkanlah sifat suka mencaci dan buruk sangka kerana ia bukanlah sikap 
sebenar seorang Muslim yang beriman dengan al-Qur’an dan as-Sunnah. Ianya hanya 
memberi gambaran yang buruk di dalam masyarakat Islam. Apatah lagi kita 
sentiasa diperhatikan oleh golongan non-Muslim dan mereka yang ingin mengenali 
Islam.

Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam 
kalangan orang-orang Yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa Yang tidak 
terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui 
(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (an-Nuur: 19)

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) 
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana)  harus puak 
Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu  
puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang 
lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan 
janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah 
pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang 
buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya 
menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) 
sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada 
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim. Wahai orang-orang 
Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka 
sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan 
keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat  setengahnya Yang lain. 
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang  telah mati? 
(jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh 
itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada 
Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (49: 11-12)

“Apabila seseorang berkata (menuduh) kepada saudaranya: Wahai Si Kafir! Maka 
sesungguhnya perkataan itu akan kembali kepada salah seorang dari keduanya. 
Sekiranya orang itu tidak layak disebut kafir maka perkataan itu akan kembali 
kepada dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Adab, Hadis no.: 
5639. Hadis riwayat Muslim, no.: 91. Hadis Riwayat Tirmidzi, Hadis no.: 2561)

Haram melaknat orang Islam, tidak kira siapa dan apa darjat dan kedudukannya. 
Melaknat orang Islam samalah seperti membunuhnya. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Melaknat orang mukmin samalah seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Bukhari 
4/99, hadis no.:  5640. Hadis Riwayat Ahmad, jld. 4/33)

Tanda orang fasik yang keji akhlaknya  ialah mereka suka mencari-cari kesalahan 
orang Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:

“Memaki-hamun seseorang muslim itu adalah fasik dan membunuhnya adalah kufur.” 
(Hadis Riwayat Bukhari 1/32 n0.: 46. Hadis Riwayat Muslim 1/81, no.: 97)

“Sudah memadai seseorang itu dianggap keji apabila dia menghina (memalukan) 
saudaranya yang Muslim.” (Hadis Riwayat Muslim, no.: 4650)

Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah berkata:

“Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar 
dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam 
neraka.” (Zahiratu Tabdi’ wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha, bab 7)

PAS adalah suatu organisasi yang besar dan tua sewajarnya mampu bertindak 
dengan lebih matang. Apatah lagi membabitkan dalam isu aqidah dan akhlak.

Jika mereka seringkali menghentam UMNO  sebagai zalim, mungkar dan sebagainya 
sehingga ada (daripada kalangan PAS) yang  mengatakan kafir... jadi, di manakah 
pendirian PAS terhadap kesilapan mereka sendiri yang memababitkan persoalan 
aqidah dan persoalan syirik? Di manakah ulama PAS dalam menasihati para 
pengikutnya yang melampai batas?

Apakah hanya kesilapan kerajaan (pemerintah) sahaja yang perlu kita tegur... 
Bagaimana dengan kesilapan sendiri? Bagaimana diri ana, enta, anti, antum...

Maafkan diri ini andainya mengguriskan sahabat-sahabat dakwah di sana;
Nawawi
11-01-2007

@Nuur Fakhrul as-Shiddiq 



       

---------------------------------
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
     
            
   

---------------------------------
Finding fabulous fares is fun.
Let Yahoo! FareChase search your favorite travel sites to find flight and hotel 
bargains.
     
                       

 
---------------------------------
Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.

Kirim email ke