PM agih projek RMK9 untuk kroni - dakwa Tan Sri Khalid
           Wan Nordin Wan Yaacob      
         Wed | Feb 21, 07 | 02:05:18 AM                        KUALA LUMPUR, 21 
Feb (Hrkh) - Walaupun Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) direncana Perdana 
Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006, namun banyak pihak 
menyatakan bahawa projek-projek yang dirancang dalam rancangan tersebut telah 
diagihkan kepada kroni dan pihak tertentu.

 
 Senario itu menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada kebanyakan kontraktor 
termasuk yang biasanya berpayung dengan payung 'Umno' tetapi tidak berada 
segaris dengan 'team' pemerintah hari ini.

 
 Akibatnya, timbullah kritikan soal pengagihan kontrak yang dikatakan tidak 
telus dan hanya   mementingkan pihak tertentu selain kos yang dibimbangi tidak 
berhemat yang hanya akan   membebankan rakyat.

 
 Menyedari hakikat itu, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) menyeru kerajaan agar 
tidak   berbelanja boros dalam pemberian kontrak pembangunan di bawah Rancangan 
Malaysia ke-9   (RMK-9) dan seharusnya berbelanja secara minima, kata Bendahari 
KeADILan, Tan Sri Abdul   Khalid Ibrahim.

 
 "KeADILan berpendirian bahawa perbelanjaan sebanyak RM35.8 bilion sepanjang 
tahun 2006   iaitu tahun pertama RMK-9 dalam 10,000 rancangan pembangunan untuk 
memberi gambaran   pembangunan pesat di negara kita adalah tidak benar sekali," 
katanya.

 
 Rancangan-rancangan tersebut bukan sahaja gagal memberikan nilai pembangunan 
yang   sebenar kepada rakyat dan memperbaiki kehidupan rakyat, malah duit 
rakyat telah banyak   dibazirkan dalam tanggungan yang tidak diperlukan, 
katanya dalam satu kenyataan parti   semalam.

 
 Menurut Abdul Khalid, kebanyakan rancangan tersebut telah dipecahkan kepada 
projek-projek   kecil bagi memastikan kontraktor kelas F 'tertentu' dapat 
memperoleh sebahagian projek   daripada rancangan pembangunan besar.

 
 Masalah timbul bukan sekadar terdapat kontraktor tertentu yang mendapat projek 
kecil pada   harga tinggi, tetapi ia juga meningkatkan kos pemantauan dan 
pengagihan tugas yang   sememangnya dapat dielakkan, katanya.

 
 Kos pembinaan juga akan bertambah apabila kontraktor yang tidak berkeupayaan 
gagal   menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan kerana ia akan mengagalkan 
keseluruhan   rancangan, ujarnya.

 
 KeADILan juga mempertikaikan samada 10,000 rancangan tersebut benar-benar 
diadakan di   tempat-tempat yang memerlukannya, samada bandar ataupun luar 
bandar, dan bukan sekadar   untuk memperkayakan kontraktor kelas F tertentu, 
katanya.

 
 KeADILan menegaskan bahawa kerajaan seharusnya mengutamakan projek yang dibuat 
  berdasarkan prioriti dan kepentingan terhadap rakyat selain berusaha 
mengurangkan kos   perbelanjaan yang tidak perlu, katanya.

 
 KeADILan juga menggesa agar kerajaan memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) agar 
rakyat   dapat akses kepada semua maklumat berkenaan rancangan kerajaan, 
katanya.          


                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke