Dari Kuil ke Pangkuan Islam
29/01/2007
Ingin di war-warkan di sini bahawa JIM Sg Petani sedang menguruskan
penjualan buku DARI KUIL KE PANGKUAN ISLAM hasil nukilan seorang wanita India
penganut Hindu yang kini sudah memeluk Islam. Nama Islam sekarang ialah Hajah
Dalilah bt Abdullah.
Buku ini sangat sesuai sebagai bahan motivasi untuk para pelajar dan
seluruh lapisan masyarakat lebih-lebih lagi bagi tujuan DAKWAH.
Buku setebal 94 halaman muka surat ini berharga RM 17.90 bagi Semenanjung
Malaysia dan RM19.60 bagi Sabah & Sarawak.
Ia mengisahkan biografi perjalanan hidup seorang gadis India yang mencari
cahaya kebenaran, menghayati hidup sebagai muslimah sejati, hidup tersisih,
miskin, melarat, difitnah dan dihina akhirnya mengecapi keselesaan hidup
setelah hampir 30 tahun tabah dan gigih mengharungi kehidupan sebagai seorang
muslimah...
Selami luahan hatinya, hayati sifat tabahnya dan ketahui rahsia amalannya
setiap jam 4 pagi.. semuanya boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin
mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Buku ini mendapat komen beberapa tokoh terkemuka di utara tanahair
termasuk daripada Dr. Danial Zainal Abidin yang kita hormati lagi kasihi.
Jangan lepaskan peluang untuk menatap buku ini agar ianya dapat
menambahkan iltizam kita dengan Islam dan menguatkan lagi keyakinan kita kepada
Allah SWT.
Sesiapa yang berminat untuk memiliki dan menjadi pengedar boleh segera
menghubungi saya di Sg Petani.Boleh juga dijadikan projek ekonomi masing-masing.
Wassalam
Abdul Wahab Yahya
Bendahari JIM Sg Petani
hp: 0134327202 / 0194328768
--------------------------------------------------------------------------------
Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin
Masukkan derma anda ke dalam akaun:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
http://palestinkini.info/
http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf
Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".
Atau masukkan ke akaun JIM Johor di
Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun no. 01014010010372
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm
Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com
234_60c.gif
Description: GIF image
