Isu murtad - Kongres mahu sembah resolusi kepada Yang di Pertuan Agong
Johari Jaafar
Wed | Feb 21, 07 | 08:41:31 AM PARIT, 21 Feb
(Hrkh) - Resolusi Kongres Umat Islam Semenanjung akan dipersembahkan kepada
Yang di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin selaku Ketua Agama Negara
dalam masa terdekat ini bagi membolehkan baginda meneliti resolusi tersebut
yang menyentuh pelbagai masalah yang dihadapi umat Islam kini.
Tambahan pula, banyak isu berkaitan dipandang sepi oleh Perdana Menteri,
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), yang juga
selaku Timbalan Pengarah Kongres Umat Islam Semenanjung, Mohd Azmi Abdul Hamid,
sewaktu mengadakan dialog isu murtad sempena pelancaran Bulan Penerangan PAS
Peringkat Pusat di Maahad Tahfiz, Kampung Batu 6 baru-baru ini.
Menurut beliau, kongres yang diadakan pada penghujung tahun lalu di Kubang
Semang, Pulau Pinang, menggariskan beberapa resolusi yang menyentuh
permasalahan umat Islam kini dari sudut ekonomi, sosial dan politik termasuk
isu berkaitan dengan gejala murtad.
Kongres tersebut yang 'dikatakan' tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu
menyebabkan ianya hampir tidak dapat diadakan, setelah beberapa kali dihalang
menggunakan premis tertentu.
Pada mulanya kongres dijadualkan dijalankan di Politeknik Ungku Omar Ipoh,
tetapi `dikatakan' ia tidak dibenarkan diadakan atas arahan pihak tertentu.
Kemudian ianya dicadang diadakan di Dewan Institut Taddbiran Islam (INTIM),
tetapi tidak dapat diadakan di situ atas arahan `tangan-tangan pihak berkuasa'
Selepas itu kongres tersebut hendak diadakah di Pusat Islam Universiti Sains
Malaysia (USM), tetapi di saat-saat akhir pihak pentadbir universiti
`dikatakan' tidak dapat membenarkannya.
Akhirnya dengan penuh halangan kongres berkenaan berjaya diadakan di Kubang
Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kongres tersebut diadakan selepas isu murtad dihebohkan oleh orang ramai
terutama selepas isu `Raja Serina'.
"Kita berharap pihak kerajaan akan menyelesaikan perkara yang disentuh di dalam
resolusi itu demi kebaikan umat Islam negara ini," ujar beliu.
Pada Majlis Pelancaran Bulan Peneranngan PAS Peringkat Pusat itu, Azmi telah
menyerahkan resolusi kongres kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Abdul Hadi
Awang dan kepada Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Awang. - mr
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.