Aku rasa ini adalah isolated case. Mana ada orang
melayu khususnya orang Islam tak mebantu orang bukan
islam nak memeluk Islam? Dia kena bagi tau pejabat
agama mana? nanti boleh kita perbetulkan kesilapan ni.
Mungkin ada misunderstanding kot? Ko tanya dia. Kalo
dah tau pejabat agama mana, boleh kita tanya  betul
atau tidak hal ni. Prosedur pejabt ada. Takkan staf tu
bodoh sangat!!!!!!!!!!
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

>       Layanan buruk pejabat agama terhadap saudara
> baru didedah                            
>                          
>                         
>                                        Salmiyah
> Harun      
>          Wed | Feb 14, 07 | 09:50:37 AM             
>            KUALA LUMPUR, 14 feb (Hrkh) - Malaysia
> merupakan negara yang paling susah   untuk orang
> bukan Islam memeluk Islam biarpun ia diiktiraf
> sebagai negara   Islam, demikian dakwa seorang
> pendakwah bebas Muhd Fitri Abdullah.
> 
>   
>   Beliau berasal dari keluarga berketurunan India,
> merupakan bekas penganut   Hindu mendedahkan, sikap
> sesetengah pegawai jabatan agama negeri tidak  
> menunjukkan akhlak yang baik.
> 
>  
>  Berdasarkan pengalamannya, beliau pernah ke pejabat
> agama untuk memeluk   Islam, tetapi dilayan secara
> kasar oleh pegawai yang bertugas.
> 
>  
>  Bagaimanapun beliau enggan menamakan jabatan agama
> negeri berkenaan.
> 
>  
>  Justeru, kesan daripada layanan pegawai tersebut
> beliau telah   menangguhkan niat untuk memeluk Islam
> selama setahun.
> 
>  
>  "Ada bawa gambar passport empat keping! Ada bawa
> dua orang saksi!," ulang   beliau memetik kata-kata
> yang pernah dikeluarkan oleh pegawai berkenaan  
> semasa ke jabatan agama suatu ketika dahulu.
> 
>  
>  Beliau memeluk Islam sejak 13 tahun lalu, membidas
> sikap pegawai terbabit   yang kasar seolah-olah
> tidak mahu mengislamkan beliau.
> 
>  
>  "Jika ini sikap pegawai kita, macam mana nak tarik
> orang bukan Islam   untuk memeluk Islam, malah sikap
> ini juga secara tidak langsung   menghalang niat
> suci kita," katanya ketika menyampaikan tazkirah
> bulanan   di Unit Editorial Harakah hari ini.
> 
>  
>  Beliau mencadangkan agar kaedah pengislaman untuk
> bakal saudara baru   diadakan di masjid melalui imam
> dan disaksikan oleh orang ramai   sebagaimana yang
> pernah dialaminya.
> 
>  
>  "Kalau buat di pejabat agama tidak ada apa-apa,
> kalau di masjid suasana   ukhwah Islam itu wujud
> dengan sokongan daripada jemaah, dan dengan cara  
> ini orang berkenaan akan sentiasa ingat,"katanya.
> 
>  
>  Menceritakan pengalamannya, Muhd Fitri juga kesal,
> walaupun ketika beliau   mula menunjukkan minat
> untuk memeluk Islam, tidak ada orang Melayu yang  
> sedia berdakwah kepada beliau dan keluarganya.
> 
>  
>  Katanya, beliau dan keluarga pernah tinggal di
> kawasan majoritinya orang   Melayu tetapi mereka
> tidak pernah datang untuk berdakwah kepada mereka. 
> Sehubungan itu katanya, umat Islam melakukan usaha
> berterusan untuk   mendekati golongan bukan Islam,
> menarik mereka untuk menerima Islam   sesuai dengan
> sabda Rasulullah s.a.w yang menggesa umatnya
> menyampaikan   (dakwah) walaupun dengan satu ayat. -
> mr   
> 
>               
> ---------------------------------
>  The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free
> your email address from your Internet provider.



 
____________________________________________________________________________________
Don't pick lemons.
See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.
http://autos.yahoo.com/new_cars.html 

Kirim email ke