Ni, cek nak share cite benar kiriman sorang memba, hang baca no.
From:Monier
Subject
re: Pilihan Rakyat
Tahukah Tuan-Tuan dan Puan-Puan:
Dalam Sejarah Negara Malaysia, TOL tidak pernah diturun atau dihapuskan
melalui Demonstrasi dan Petition dan Luahan Perasaan Melalu Internet,
Surathabag, Surat Layang mau pun melalui gebang-gebang kosong di kedai kopi,
KECUALI dalam satu kes sahaja.
Satu-satunya kejadian yang menyebabkan TOL dihapuskan dan Pintu TOL ditutup
terus (yang wajar dimasukkan dalam arkib negara Sejarah Hari Ini) ialah bila
mana Rakyat Bersatu Menuntut Hak mereka dengan mengundi pembangkang di
Terengganu tempoh hari.
Sebaik-baik sahaja PAS diberi mandat oleh RAKYAT untuk berkuasa di Negeri
Terengganu, Bayaran dan Pintu Tol di Jambatan dekat Kuala Terengganu itu
dengan serta merta dihapuskan. Saya dok tunggu lah jugak kot-kot kerajaan
Negeri akan bangkrap selepas penghapusan bayaran Tol itu.....tapi tak bangkrap
pun.
Maka itu, jika ada pihak yang mengatakan penghapusan or penurunan bayaran Tol
boleh membangkrapkan sesebuah kerajaan, maka Kes TOL di Terengganu seharusnya
dijadikan Precedent.
wsl
p/s: dulu-dulu saya rajin dok turun demo masa tol mula-mula dinaikkan dulu,
demo kat juru la, kubang semang la, KL la, merata la....tapi la ni lega sikit
dah, tak payah turun dah, dok rumah goyang kaki saja, seronok tengok rakyat
marhain merata pelusuk negeri pakat dok turun berdemo....ya lah, sebab la ni
TOL dah sampai kat kawasan kampung depa dah, rakyat kita ni kalau benda tak
kena kat batang hidung depa, bukan nak kisah sangat, ha la kena kat batang
hidung sendiri, TOL dah sampai kat depan pintu rumah.....baru ada akai!! -
Minta minta lepas ni gomen bukak TOL banyak lagi....senang sikit bila mai
p.raya....
---------------------------------
All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease
of use." - PC Magazine