Menjadi wanita tidak bekerja, yakni surirumah tangga sepenuh masa
kerap kali meninggalkan beberapa kesan di hati wanita berkenaan,
apalagi jika sebelum itu dia adalah wanita bekerjaya yang hebat.
Bosan, ramai yang beranggapan demikian. Duduk terperap di rumah dari
pagi hingga ke malam hanya menghadap dapur, kain baju, anak-anak dan
pelbagai urusan rumahtangga, akan menutup perkembangannya pada dunia
luar. Benarkah begitu tertutupnya dunia rumahtangga?

Seorang pakar motivasi, Dr. Robiah Kulup Hamzah mengupas isu ini dalam
temubual yang dilakukan bersama beliau. Menurutnya peranan surirumah
adalah anugeran ALLAH. Wanita diberi kuasa untuk menguruskan rumah.
Wanita boleh melihat anak membesar di depan mata, boleh nampak baju
suami yang kotor, boleh pandang pada langsir yang senget. Kelebihan
wanita iaitu mampu mengenalpasti benda-benda yang tidak sempurna di
rumah. Apabila suami menjadi ketua keluarga, isteri pula menjadi
penentu dalam keluarga sebagai pendidik dan pembimbing. 

Menurut beliau lagi, rumah adalah sekolah pertama dan ibubapa pula
adalah guru pertama bagi anak-anak. Maka pendidikan tidak berkesan
jika ibubapa tidak berperanan di rumah. Rumah adalah tempat kasih
sayang, perhubungan, bina harga diri, kemahiran asas sosial, agama dan
komunikasi.

Dengan apa yang dikatakan oleh pakar itu, dapat kita bayangkan betapa
besarnya peranan seorang ibu rumahtangga. Peranannya bukan sekadar
nasi tambah, malahan wanita bergelar surirumah tangga adalah hidangan
utama untuk sesebuah keluarga. Pincang ia, maka pincanglah rumahtangga
itu. Kerana itu, bosan atau memandang rendah tanggungjawab surirumah
tangga adalah tidak munasabah sekali. Malahan wanita yang
berkesempatan menjadi surirumah tangga sepenuh masa, harus rasa
bersyukur kerana diberi peranan sebesar itu. Bukan semua wanita
mendapat peluang ini. Ramai wanita bekerja yang inginkan kesempatan
tersebut tetapi kebanyakan mereka tidak mendapat peluang itu.

Anggapan yang mengatakan, tanggungjawab surirumah tangga akan menutup
dunia wanita dari alam sekeliling juga adalah tidak munasabah. Wanita
apa pun peranannya, mereka sentiasa peka, sentiasa meningkatkan diri
dengan ilmu pengetahuan, sentiasa memperkasakan diri dengan pelbagai
ilmu, kerana itu jika ada majlis-majlis ilmu, yang selalu memenuhi
majlis adalah wanita, malahan kerap kita mendengar anak-anak yang
berjaya di sekolah, elok disiplin diri adalah anak yang diasuh oleh
ibu mereka yang sepenuh masa. Dan surirumah tangga sepenuh masa ini,
tiak perlu risau adakah anak mereka diberi makan oleh pembantu rumah.
Mereka juga tidak perlu bimbang anak keluar rumah sesuka hati, kerana
mereka sentiasa ada untuk mengawasinya. Sedangkan wanita bekerjaya
kadangkala menghadapi dilema, badan di pejabat tetapi hati di rumah.

Dengan itu, jika anda surirumah tangga sepenuh masa, hargailah peranan
besar itu, jadikan diri anda Ratu kepada suami dan anak-anak kerana
balasan daripada kebaikan yang anda curahkan itu akan memayungi anda
di akhirat kelak...

Berminat untuk menjadi surirumah yang bekerjaya? Menjalankan
perniagaan hanya dari rumah tanpa meninggalkan ahli keluarga? Mencari
pendapatan tambahan dengan anak-anak sentiasa berada di sisi? Jom
sertai kami menjalankan perniagaan produk-produk kesihatan berasaskan
herba dan homeopati. 

Lawat laman web saya di http://www.kedai-e.net, sama-sama
merealisasikan impian!


Kirim email ke