CADANGAN SERTAI SERTAI KUTIPAN TANDATANGAN Harap Tuan Moderator dapat
memberi respon,
Contohnya buat surat (soft Copy) untuk setiap ahli print dan kutip
tandatangan.
Hard copy di kutip semula untuk dikirim ke pejabat PBB di KL.
Mari Semua NGO,syarikat, pertubuhan, kakitangan kerajaan, individu, dan semua
yang prihatin dengan Mesjid kedua Umat Islam ini, inilah minima usaha kita....
Kalau semua boleh buat serentak, Jumaat ini kita buat serahan di KL.
Sebagai cadangan.
Wassalam w.w.
Ulama Arab kutip tandatangan bantah pencabulan Al-Aqsa
YUSUF AL-QARADAWI.
---------------------------------
DOHA 21 Feb. Sekumpulan ulama dari negara-negara Arab semalam melancarkan
kempen kutipan tandatangan umat Islam untuk menghentikan kerja penggalian yang
dilakukan oleh Israel dekat Masjid Al- Aqsa.
Mereka berikrar untuk mengutip sekurang-kurangnya sejuta tandatangan sebagai
satu petisyen untuk dikemukakan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.
Ulama terkemuka kelahiran Mesir, Yusuf Al-Qaradawi adalah antara mereka yang
berhimpun di sini bagi melancarkan kempen berkenaan.
Sejuta tandatangan akan dipungut untuk surat terpanjang seumpamanya dalam
usaha untuk mempertahankan Al-Aqsa.
Surat ini akan dihantar kepada Setiausaha Agung PBB bagi menegaskan status
Al-Aqsa sebagai tempat suci untuk seluruh umat Islam, kata Ayedh Al-Qahtani,
pegawai dari sebuah pertubuhan kebajikan Islam Qatar yang menganjurkan kempen
itu.
Kerja penggalian dan ubah suai yang dilakukan oleh Israel dekat Al-Aqsa
mencetuskan protes rakyat Palestin dan kemarahan umat Islam di serata dunia.
Kerja-kerja itu dikhuatiri akan memusnahkan struktur binaan masjid suci yang
pernah menjadi punca kepada meletusnya intifada pada September 2000.
Usaha para ulama itu merupakan yang terbaru selepas pelbagai bantahan dan
kecaman sebelum ini tidak dihiraukan oleh rejim Yahudi itu.
Israel berdegil dan meneruskan kerja- kerja penggalian itu walaupun mendapat
amaran daripada Hamas yang meminta mereka agar tidak bermain api apabila terus
mencabar maruah Islam dengan tindakan itu.
Pemimpin Hamas, Khaled Mashaal berkata, Israel sengaja mencari pasal dengan
terus mencabuli tempat-tempat suci agama Islam dan Kristian di Baitulmaqsdis.
Selain Hamas, Liga Arab juga mengecam Israel dan menyifatkan kerja-kerja
penggalian itu sebagai satu jenayah serta pencabulan terhadap Islam.
Utusan Malaysia 22/02/2007
---------------------------------
Now you can scan emails quickly with a reading pane. Get the new Yahoo! Mail.