Letak jawatan, Ezam pertegaskan pendirian                            
                         
                        
                                       Wan Nordin Wan Yaacob      
         Thu | Feb 22, 07 | 08:45:27 AM                         KUALA LUMPUR, 
22 Feb (Hrkh) -  Perletakan jawatan dari semua posisi dalam KeADILan yang 
diumumkan bekas Ketua Angkatan Muda parti itu, Mohamad Ezam M Nor baru-baru 
ini, menimbulkan banyak spekulasi dari kalangan media online dan teman-teman 
reformasi.

 
Bagaikan dentuman petir tatkala langit membenih awan hujan, apabila berita 
tercetus, ia mengakibatkan ramai pejuang dan teman reformis tergamam, ada yang 
tidak percaya dan ada juga yang percaya kerana sifat Ezam yang dikenali sebagai 
pejuang yang sangat komited.

 
 Akhirnya spekulasi perletakan jawatan dan tindakan keluar parti yang 
dilaporkan banyak laman web, memaksa Ezam untuk mengeluarkan kenyataan dan 
penerangan khusus untuk menjawab spekulasi.

 
Dalam kenyataan ekslusifnya kepada Harakahdaily, Ezam menegaskan pendiriannya, 
menolak keras sebarang bentuk politik 'merebut kuasa' atau 'merebut jawatan', 
yang sinonim dengan amalan parti pemerintah Umno.

 
"Tafsirkan demokrasi seharusnya menyeluruh dan bukan pengambilan amalan negatif 
seperti politik wang, pemikiran perjuangan yang sempit lalu mengenepikan 
gambaran yang lebih besar iaitu 'perjuangan'," katanya.

 
Mengulas mengenai dakwaan kewujudan perselisihan dalaman parti yang 
mendorongnya meletakkan jawatan, beliau berkata, ia bukan perselisihan 
peribadi, ia adalah lontaran bantahan dasar.

 
 Menurut Ezam, sejak dahulu fokusnya adalah perjuangan, bukan pertandingan yang 
boleh mencetuskan amalan buruk dalam parti.

 
 Justeru katanya, tindakan meletak jawatan adalah 'signal' jelas supaya 
pemimpin dan ahli meletak dasar jawatan bukan sasaran.

 
"Kalau mahu menunjukkan solidariti rakan-rakan semua harus meneruskan 
perjuangan dalam PKR dan meletakkan pertandingan merebut jawatan nombor dua dan 
ini bukan langkah membelakangi demokrasi," katanya. - mr 


                
---------------------------------
 All New Yahoo! Mail – Tired of unwanted email come-ons? Let our SpamGuard 
protect you.

Kirim email ke