Pembaca dijemput memberi komen mengenai artikel ini di 
http://hdailyblog.blogspot.com/

      Seks bebas di kalangan pelajar, bukti kerajaan tidak peka                 
           
                         
                        
                                       Johari Jaafar      
         Tue | Feb 27, 07 | 08:11:04 AM                        IPOH, 27 Feb  
(Hrkh) - Kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan (UKM) yang mendedahkan 
886 daripada 887 gadis mengaku bersetubuh memperlihatkan betapa seriusnya 
gejala sosial yang melanda remaja masa kini.

 
"PAS sudah lama bercakap menyatakan kebimbangan tentang gejala sosial, begitu 
juga dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain, tetapi nampaknya 
kerajaan tidak peka, malah dalam masa yang sama `menyuburkan' lagi gejala 
sosial dengan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah itu," demikian ditegaskan 
oleh Setiausaha Lujnah Penerangan PAS Pusat, merangkap Ketua Penerangan PAS 
Negeri Perak, Misbahul Munir Haji Masduki, apabila mengulas kajian yang dibuat 
oleh pihak UKM tersebut.

 
 "Selama ini kita bercakap tentang gejala sosial yang membimbangkan, kita minta 
kerajaan menutup `pintu pintu' ke arah mengembang-biakkan lagi gejala tersebut, 
tetapi kerajaan `tidak endah', sekarang ini ternyata apa yang merisaukan PAS 
itu berlaku", katanya.

 
Menurut beliau, statistik yang dikeluarkan oleh UKM itu hasil kajian pihak 
responden amat mengejutkan dan menakutkan, sekiranya gejala ini tidak 
dibanteras segera, masa depan negara akan hancur akibat perlakuan remaja masa 
kini yang tidak bermoral.

 
Hasil kajian itu juga mendedahkan 98 peratus pelajar mengaku mengambil dadah, 
98 peratus juga terlibat dengan kongsi gelap dan 97.3 peratus terdedah dengan 
bahan lucah.

 
Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr Khaidzir Islam, turut 
mendedahkan didapati pelajar perempuan berumur dalam lingkungan 15 dan 16 tahun 
adalah paling berisiko terjerumas dalam pelbagai masalah disiplin termasuk 
untuk mencuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.

 
"Kerajaan sebenarnya tidak serius membanteras gejala sosial kerana 
`pintu-pintu' ke arah kemaksiatan terbuka luas, macam mana gejala sosial dapat 
dibanteras."

 
"Jika kerajaan serius untuk mengekang gejala sosial daripada berlaku, ianya 
tidak sekadar mengadakan program yang berfaedah kepada remaja-remaja, tetapi 
dalam masa yang sama membiarkan unsur-unsur negatif berkembang ," tambahnya.

 
Menurutnya, program `amar makruf nahi mungkar' perlu diadakan selalu, di 
samping mengadakan kursus dan latihan yang menjurus kepada kebaikan memang 
digalakkan, tetapi program berbentuk mungkar tidak sepatutnya dibiarkan, 
konsert-konsert hiburan yang melalaikan yang menggalakkan pergaulan bebas 
lelaki dan perempuan mesti dihentikan segera dan pusat-pusat hiburan yang 
menyuburkan maksiat mesti ditutup.

 
Sehubungan itu, jika Kerajaan BN tidak mampu membanteras gejala sosial, rakyat 
perlu bertindak dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka pada pilihan raya 
umum ke-12 nanti untuk menukar kerajaan yang mampu berbuat demikian dengan 
memilih PAS dan parti-parti pembangkang yang lain menerajui negara, tegasnya. - 
mks.

 
Nota: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan yang 
boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM 
(564070000336) 



                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Kirim email ke