Keluarga pesakit jantung rayu sumbangan RM18,000
Azamin Amin
Wed | Feb 28, 07 | 03:35:30 AM KUALA
LUMPUR,28 Feb (Hrkh) - Keluarga pesakit jantung Mohd Shaffie Mohamed Zin merayu
sumbangan berjumlah RM18,000 daripada orang ramai bagi menampung perbelanjaan
pembedahan jantung beliau di Institut Jantung Negara ketika ini.
Mereka, isteri dan anak-anaknya datang ke pejabat Harakahdaily baru-baru ini
untuk meminta supaya masalah kesulitan kewangan diketengahkan supaya mendapat
simpati orang ramai yang sudi meringankan masalah kewangan mereka.
Isteri beliau, Mardziah Abd Kiram berkata suaminya yang pernah berkhidmat di
dalam tentera (renjer) selama 10 tahun yang kemudiannya berkerja sebagai
pemandu lori, mengalami masalah kesihatan semenjak 2000.
Katanya, beliau sekeluarga yang menetap di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor
terpaksa berulang alik selama hampir 4 tahun di Hospital Klang bagi merawat
masalah kesihatan suaminya dan kos sebulan selama itu mencecah RM500 sebulan
namun 24 Februari lalu, beliau telah pun dimasukkan ke Institut Jantung Negara
(IJN) bagi menjalani pembedahan atas nasihat doktor.
"Minta jasa baik orang ramai yang sudi membantu meringankan beban kami
sekeluarga," katanya yang juga seorang suri rumah.
"Dan kos RM18,000 agak tinggi bagi kami yang tiada sumber pendapatan yang
tetap," katanya lagi.
Katanya sekiranya ada pihak yang sudi memberi bantuan bolehlah menghubungi
beliau
di talian 016-2242103 atau
rumah 03-31221489
dan sumbangan juga boleh di buat
ke akaun Bank Simpanan Nasional
No. Akaun : 1015629820604605
atas nama Mardziah Binti Abd Kiram.
Segala jasa baik dan sumbangan yang diberikan, pihak keluarga Mohd Shafie
merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang berkenaan. - mks.
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.