TAKDIR BUKIT FRASER ... ( 2 )
*** SAMBUNGAN DARI KISAH PERTAMA ***

TAZKIRAH SUBUH 2 : ( oleh - akhi awang armadajaya )



Setelah puas berehat, Tanggungjawab sebagai seorang muslim tiba kembali, solat 
subuh 2 rakaat kami sempurnakan secara berjemaah...kemudian disusuri dengan 
al-mathurat sughra yang sentiasa menjadi mainan di bibir seorang murabbi...


Tazkirah subuh kali ini agak special, lebih special dari " Christmas Sales "... 
apa yang special nya ialah ianya di sampaikan oleh akhi Awang Aramadajaya, 
memang cukup hebat REMINDER yang di berikan.


Saya cukup kagum dgn kekuatan akhi awang serta ikhwah2 yang lain yang sanggup 
datang dari jauh untuk bersama kami, walaupun sekadar datang untuk memberi 
sedikit TAZKIRAH kemudian pulang ke lokaliti semula untuk memberi pengisian di 
program2 lain...( bila lah agak2 nya saya akan jadi seperti mereka yer...!!! )


Tazkirah akhi awang berkesudajhan dengan sejuta kepuasan, memang cukup beerti 
tazkirah beliau, walaupun terdapat beberapa peserta yang syahid di medan 
tazkirah herzegovina...


selesai tazkirah, akhi awang terus meminta diri untuk pulang kerana ada satu 
slot yang perlu beliau berikan di bangi...jazakallahu khairan kathira akhi 
awang...





KADERISASI TARBIYAH  : Chit Chat Halaqah ...



menu sarapan ialah jempuk ( loghat org kelate ), serta beberapa keping roti 
telur, memnag enak sungguh sarapan pagi itu. selepas puasenjamu sarapan yang 
disediakan...


kami mula berkumpul di tempat diskusi untuk slot seterusnya, iaitu kaderisasi 
tarbiyah di UIAM...akhi safwan telah memberi sedikit sebanyak latar belakang 
ttg situasi tarbiayh di UIAM yang terkini...


kemudian, slot tersebut di teruskan dengan Chit Chat Halaqah. Kali ini ikhwah2 
yang bergelar Murabbi di kehendaki berkongsi berkenaan hambatan-hambatan yang 
dilalui semasa mengedalikan halaqah. Dalam masa yang sama akan ada tips-tips 
dari ikhwah yang lain bagi mengatasi hambatan2 yang pelbagai itu...


** sedang asyik kami berdiskusi...kami terpaksa berhenti untuk memberi laluan 
kpda Ustaz Shamsul...***





Slot 4 : KAMPUS KITA , TANGGUNGJAWAB KITA ( oleh - Ustaz Syamsul )



Ustaz syamsul merupakan seorang GPK di sebuah sekolah swasta berhampiran UIAM 
gombak. Beloiau juga mereupakan salah seorang org kuat CTS yang beroperasi di 
seri kembangan.


Ustaz Syamsul banyak menekan kan betapa perlu nya kita berkerja keras demi 
memartabatkan syariat islam di kampus masing2. Ustaz juga sempat menceritakan 
sedikit latar belakang beliau sepanjang hampir 30 tahun berkecimpung dengan 
kancah tarbiyah ini...



ramai juga orang2 hebat adalah dikalangan sahabat2 ustaz semasa bersekolah di 
kolej Islam dulu. Slot ustaz berakhir pada jam 12.15 tgh...mmg cukup padat dan 
mantap slot yang telah di utarakan....syukran jazilan ya ustaz....



** SAMBUNGAN CHIT CHAT HALAQAH ***



Selepas bergambar bersama ustaz, kami kembali berdiskusi ttg Chit Chat Halaqah 
yang terhenti sebentar tadi. Alahmdulillah memang terlalu banyak ilmu dan 
pengalaman yang telah dikongsikan bersama...macam ni baru boleh jadi Super 
Duper Murabbi...huhu....



Chit Chat kami berakhir pada jam 2.00pm...erm!!! nampak nya para petugas yang 
bertugas di bghn dapur sudah mula menjalankan tugasan yang 
dipertanggungjawabkan...





TAKDIR : SUATU RESOLUSI.....



Sementara menunggu masakan siap di masak, kami bersyurah untuk melakukan 
resolusi terlebih dahulu, resolusi ini penting bagi memastikan sejauh mana 
keberkesanan program TAKDIR ini...



alhamdulillah, pelbagai pendapat dan idea telah diketengahkan. Memang hasil 
dari TAKDIR ini cukup untuk menampung kekurangan murabbi yang sedia ada di 
kancah tarbiyah dewasa ini. Kusangkakan Hujan di siang hari, rupanya banjir 
turun di JB...hehe...




PALESTIN KELAPARAN : KITA KEKENYANGAN




maka tibalah kami di penutup pgrm, saat ini jam mula menunjukkan ke arah 
4.00pm, masakan sudah pun terhidang, menurut akhi ammar, beliau mahu memastikan 
bahawa semua lauk yang dibawa mesti habis di masak, maka makanan tengah hari 
itu adalah makanan yang terbanyak pernah saya makan.



rasanya satu talam itu bukan untuk 5 org, tetapi untuk 9 org punyer makan, 
tetapi kami dipaksa menghabiskan juga segala apa yang telah terhidang. Nak tak 
nak kami terpaksa menutup mata dan makan tanpa kenal erti kenyang...ibarat 
buaya kelaparan di hidangkan daging gajah.....maka bergelimpangan lah tubuh 
murabbi yang memang cukup kekenyangan itu.....



saya sendiri terpaksa menjadi insan yang bisu sebaik sahaja makanan tersebut 
habis di hadam...takut jika banyak cakap, terkeluar pulak makanan tadi...


saat itu juga meningatkan kami terhadap saudara2 kami yang sedang menderita di 
palestin, iraq, johor bahru, indonesia dan sebagainya...bala bencana serta 
peperangan sudah semestinya mengakibatkan mereka menghadapi gencatan 
makanan....tetapi kami di fraser hill menhadapi RENCATAN KEKENYANGAN....





SOLAT JAMA' : PENUTUP BICARA....




Selesai makan, kami susuri dengan solat jama' takhir secara berjemaah.. Solat 
jama' ini juga menandakan berakhirnya program TAKDIR FRASER HILL kami yang 
terlalu banyak memberi manfaat kepada kami bagi mewarisi generasi murabbi...



selepas berkemas, kami mula memenuhkan kenderaan dengan barang2 dan segala 
peralatan yang dibawa dari UIA...kami juga sempat bergambar dengan pelbagai 
possing. 





SELAMAT TINGGAL : FRASER HILL : ** AWAS BENCANA M*NT*H ......***



DOA RABITAH menjadi agenda terakhir kami sebelum masing2 menaiki kenderaan dan 
meluncur laju meninggalkan banglo uda yang banyak berjasa. Kami sempat singgah 
sebentar di pusat bandar fraser hill untuk bergambar dan membeli sedikit 
petrol..( Tak perasan petrol dah nak habis...)....



petrol yang di beli mmg ckup mahal, RM 14 untuk 5 liter...( 1 liter = RM 2.80 
)... kami beli sekadar cukup untuk tiba di stesen minyak yang ada di ulu yam 
nanti...



Perjalanan yang berbentuk S memaksa kami untuk bersiap siaga dgn bencana 
m*nt*h....saya mengambil kesempatan untuk membuka SUNROOF estima dan 
mengeluarkan kepala dari atas bumbung kereta tersebut....mmg ckup indah 
pemandangan yang ada, sehingga beberapa ekor monyet pun pelik dan hairan dgn 
keJAKONan kami...



selepas 30 minit bergerak, kami terpaksa berhenti kerana beberapa ikhwah telah 
dilanda bencana m*nt*h, mungkin akibat terlalu mabuk dan pening dgn jalan 
berbentuk S tersebut....



Perjalanan kami seterusnya berjalan dgn lancar sehingga tiba di kawasan batu 
cave, kelihatan ramai golongan yang beragama hindu menyempurnakan upacara 
keagamaan mereka, ada yang seakan2 berpakaian ihram, ada yang seakan2 bercukur, 
dan macam2 lagi .....



kani seterusnya tiba di UIA pada jam 9.00mlm.....





AIR BUAH : MANIS NYA UKHWAH....




Sebelum pulang ke rumah sewa di kajang, Danny sempat belanja saya segelas air 
buah made in UIA...mmg sedap airnya, jazakallah danny....semoga ikatan ukhwah 
yang terbina ibarat air buah.......



seterusnya...saya pun pulang lah ke rumah sewa dgn :

seribu senyuman...
seribu kepuasan...
seribu kepenatan...
seribu kesejukan...



semoga akan ada lagi program yang seperti ini untuk saya hadiri.....



sekian.....




bai : SEMOGA aLLAH MEREDHAI SEGALANYA.....



http://baiel.blogs.friendster.com/islam_is_the_most_right_w/2007/01/takdir_bukit_fr.html




--------------------------------------------------------------------------------


Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
            RM1 setiap bulan kepada Palestin 
     

      Masukkan derma anda ke dalam akaun: 

      Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
      Bank Islam Malaysia Berhad 
      Nombor akaun: 12113010005797 
      http://palestinkini.info/ 

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf


Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com

Attachment: 234_60c.gif
Description: GIF image

Kirim email ke