Salam wbt. Insya-ALLAH Minggu Sunnah Kebangsaan akan diadakan apda 11-16 Mac 2007 bertempat di Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Justeru, mohon bantuan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti penuh Minggu Sunnah Kebangsaan supaya dapat mengiklankannya untuk manfaat semua pihak. Jika ada di antara anda yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa penganjur, rasanya amat berfaedah jika maklumat yang lengkap dimasukkan termasuklah senarai aktiviti, tempat penginapan dan apa sahaja maklumat yang difikirkan relevan. Ini bertujuan bagi memudahkan sesiapa yang berhajat ke sana untuk merancang perjalanan mereka. Tambahan pula, pada waktu tersebut ialah cuti sekolah dan besar kemungkinan ia bermanfaat bagi ibu bapa untuk merancang pengisian masa cuti sekolah anak mereka di samping membuka peluang kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja bagi merancang percutian keluarga. Wallahu-a'lam. Barakallahufikum Wajaza Kallahu Khairan Kathira! www.jihadunspun.com --------------------------------- Check out the all-new Yahoo! Mail beta - Fire up a more powerful email and get things done faster.
