Kelantan lancar Biotechnology Park                            
                         
                        
                                       Maslan Yusoh      
         Wed | Feb 28, 07 | 11:45:17 AM                         KOTA BHARU, 28 
Feb (Hrkh) –  Mengambil kira perkembangan bioteknologi yang semakin pesat 
sekarang, kerajaan negeri akan melancarkan Kelantan Biotechnology Park Sdn Bhd 
Ahad ini.

   
Pengurus Kelantan Biotechnology Park, Wan Mohd Izzuddin Sulaiman berkata, 
pelancaran pusat bioteknologi itu akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan 
industri bioteknologi di Kelantan.

 
“Matlamat utama penubuhan syarikat ini untuk membantu melahirkan 
usahawan-usahawan yang akan berkecimpung dalam bidang yang amat mencabar ini 
melalui program inkubator yang tersusun rapi."

 
 “Malah Kelantan mempunyai peranan penting dalam menjayakan program tersebut,” 
katanya di sini.

   
Sempena pelancaran Pusat Teknologi terbabit turut diadakan seminar halatuju 
bioteknologi Kelantan yang membabitkan beberapa pakar dari institusi pengajian 
tinggi tempatan.

 
Antaranya, Prof Norazmi Mohd Noor dari Malaysia Biotech Corp, Prof Ramlan Abdul 
Aziz (UTM), Prof Syed Mohsin Sahil Jamalullail (USM), Prof Wan Mukhtar Wan 
Yusoff (UKM), Prof Zainul Fadziruddin Zainuddin (USM) dan Prof Ibrahim Che Omar 
(USM).

 
Perasmian seminar itu akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik 
Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Hotel Perdana pada jam 9 pagi.

 
Wan Mohd Izzuddin berkata, tujuan seminar itu diadakan bagi memberi pendedahan 
awal kepada semua pihak mengenai peluang-peluang dalam bidang bioteknologi.

 
Orang ramai yang berminat mengikut seminar tersebut boleh menghubungi Fairuz 
Abdul Jalil dan Wan Nurhazlina di talian 013 979 1017 atau 09 7474 082.

 
 Sementara itu, perkembangan syarikat-syarikat bioteknologi yang tersenarai di 
bursa saham seluruh dunia pada tahun lepas telah meningkat kepada 16 peratus 
iaitu berjaya menarik pelaburan berjumlah USD19.7 bilion.

 

---------------------------------
 Jumlah dilihat: 230 | Cetak | EmelJika terdapat sebarang cadangan atau 
pandangan mengenai artikel di atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk 
sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke   
' );  document.write( addy_text8013 );  document.write( '' );  //-->\n [EMAIL 
PROTECTED]  ' );  //-->  Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda 
perlukan Javascript enabled untuk melihatnya    ' );  //-->  .

 
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon 
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima 
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

 
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang 
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan 
dilayan.



  function x () {    return;  }  function ac_smilie(thesmile) {    
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";    
document.akocommentform.comment.focus();  }  function validate(){    if 
(document.akocommentform.comment.value==''){      alert("Please insert at least 
a comment related to the topic!");    } else if 
(document.akocommentform.acname.value==''){      alert("Validate name");   
}else {      document.akocommentform.action = 'index.php';      
document.akocommentform.submit();    }  }
 [input]  [input]  [input]  [input] Hantar Komen AndaNama [input]  [input] Emel 
[input] Subjek [input] Komen

Kod* [input]   [input] 
 [input] 
                
---------------------------------
Yahoo! Messenger - with free PC-PC calling and photo sharing.

Kirim email ke