Padanlah takdak pun tangkapan kes rasuah! Ketua Pengarah pun turut ada kes! Hang baca! Hang baca! Sekurangnya tercelik sikit mata.
Ketua Pengarah BPR terbabit kes rasuah, rogol? Posted on Tuesday, February 27 @ 02:16:28 CST by reformis Zulkifly didakwa terlibat dalam jenayah rogol seorang suri rumahtangga dan kes tersebut telah dilaporkan kepada polis. Berhubung dengan kes yang sama, mangsa rogol juga telah membuat tiga laporan polis yang didakwa menerima tekanan dan Zulkifly yang pada ketika itu Ketua Polis Johor telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk menutup kes tersebut. Oleh Mahmud Ismail Membaca pendedahan Ezam mengenai salahlaku Ketua Pengarah BPR membuatkan saya terkedu sambil menarik nafas panjang: "Bagaimana seorang yang berjawatan cukup penting dan seharusnya independen daripada segala kepentingan politik boleh terbabit dengan perilaku yang cukup buruk dan mengaibkan?" Sebelum saya percaya dengan semua tuduhan dan dakwaan Ezam itu, seharusnya Ketua Pengarah BPR itu diberi peluang untuk menjawab segala pertuduhan yang buruk-buruk belaka itu. Amat tidak adil kita terus menganggap Dato' Seri Zulkifly Mat Noor telah bersalah hanya dengan mendengar dakwaan daripada sebelah pihak sahaja, sepatutnya beliau diberi ruang secukupnya untuk menangkis dakwaan itu. Tapi, jika beliau terus senyak membisu sepertimana membisunya Timbalan perdana Menteri, Najib Razak terhadap segala dakwaan mengenai Altantuya dan komisyen kapal selam dan pesawat tempur angkatan tentera kita, apa yang boleh kita buat, dan dari masa ke semasa isu itu akan perlahan-lahan hilang ditelan zaman. begitu juga taktik yang dipilih Abdullah Ahmad Badawi terhadap serangan Dr Mahathir: Membisu seribu bahasa dengan harapan orang akan melupainya perlahan-lahan. Mungkinkah Ketua Pengarah BPR akan memilih jalan sama iaitu membisu dan pekak-badak kerana yakin orang Melayu mudah lupa dan segala jenayah yang dilakukannya, jika benar, akan hilang begitu saja. PETALING JAYA 26 Feb (Malaysiatoday) Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) mendapati kegiatan rasuah yang dijalankan oleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato Seri Zulkifly Mat Noor tidak sepatutnya diberikan sebarang kompromi malah beliau sepatutnya disiasat dan dihukum. Zulkifly yang pada awalnya memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada April 2001 dan kemudiannya kontrak beliau disambung sebanyak dua kali selama dua tahun. Sungguhpun satu laporan telah dibuat terhadap perbuatan rasuah yang serius, kontrak beliau kemudiannya disambungkan lagi selama dua tahun oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi. Melalui maklumat yang disalurkan kepada Gerak, BPR telah pun membuat laporan kepada Ketua Polis Negara pada 4 Julai 2006 yang pada ketika itu disandang oleh Tan Sri Mohd Bakri Omar. Namun, tidak ada sebarang siasatan dibuat oleh pihak polis. Jenayah Rogol Zulkifly didakwa terlibat dalam jenayah rogol seorang suri rumahtangga dan kes tersebut telah dilaporkan kepada polis. Berhubung dengan kes yang sama, mangsa rogol juga telah membuat tiga laporan polis yang didakwa menerima tekanan dan Zulkifly yang pada ketika itu Ketua Polis Johor telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk menutup kes tersebut. Harta Komersil Menurut laporan yang dibuat oleh Pegawai Siasatan Gred 54 BPR kepada Bukit Aman, Mohamad Ramli Manan, Zulkifly juga memiliki beberapa harta komersil seperti Stesen Minyak Mobil di Bahau dan Pagoh serta memiliki enam buah rumah di Pagoh. Zulkifly juga dikatakan telah menyalahgunakan kenderaan rasmi Kerajaan untuk menjalankan perniagaan peribadinya di stesen-stesen minyaknya. Kontrak Pembinaan Pada tahun 1997 hingga 1998, Zulkifly bersama Pegawai Polis Daerah Segamat, Hj Ithnin Hj Taha telah berpakat untuk berkongsi keuntungan RM1 juta hasil daripada kontrak pembinaan Kuarters Polis di Segamat yang bernilai RM18 juta dengan membatalkan kontrak pembinaan kepada kontraktor asal. Kontrak tersebut kemudiannya diserahkan kepada seorang gangster yang dikenali sebagai Michael. Cuti Luar Negara Setiap Bulan Laporan Mohamad Ramli juga mendedahkan bahawa sungguhpun Zulkifly menyandang jawatan Ketua Pengarah BPR, beliau masih menjalankan kegiatan rasuah beliau dengan menghabiskan masa cutinya ke luar negara setiap bulan dengan menggunakan Dana Perkhidmatan Rahsia BPR. "Pada Disember 2004, Zulkifly didapati membawa teman wanitanya ke Australia yang mana kos perbelanjaan tersebut ditanggung sepenuhnya." Kesalahan-kesalahan yang direkodkan terhadap Zulkifly tersebut termaktub di bawah kesalahan undang-undang seksyen 217 dan 218 Kanun Keseksaan dan seksyen 15 APR 1997. Jenayah Serius Gerak memandang serius perkara tersebut kerana dakwaan yang dinyatakan bersifat jenayah dan rasuah yang serius membabitkan orang nombor satu di dalam BPR. Justeru, beberapa hari lalu, Gerak telah menghantar surat tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi secara tangan di pejabat Jabatan Perdana menteri di Putrajaya. Dalam sidang media yang dibuat, Pengerusinya, Mohamad Ezam Mohd Nor meminta Perdana Menteri melihat perkara itu dengan serius dan mengambil tindakan pantas kerana ia membabitkan kewibawaan BPR, Negara dan juga Perdana Menteri sendiri yang menyatakan keazaman membanteras rasuah dalam pentadbirannya. Gerak juga meminta penjelasan diberikan sama ada pihak polis telah membuka fail siasatan untuk menyiasat semua dakwaan yang dinyatakan di dalam laporan Mohamad Ramli. "Zulkifly sewajarnya tidak dibenarkan menjalankan tugas beliau sebagai ketua pengarah BPR sehingga siasatan selesai," ujar Ezam. Menurut Ezam, kandungan surat tersebut menimbulkan kecurigaan terhadap kes-kes rasuah yang disiasat di bawah kelolaan Ketua Pengarah BPR sendiri dan ianya membawa implikasi besar kepada Negara kerana kebiasaannya kes-kes rasuah yang besar dan melibatkan orang kenamaan akan dikelolakan secara langsung oleh Ketua Pengarah BPR. Justeru, Gerak mendesak agar sebuah Suruhanjaya diRaja dan bebas ditubuhkan segera bagi menyiasat kes membabitkan Ketua Pengarah BPR itu dan semua kes-kes lain yang di bawah bidang kuasa beliau sebagai Ketua Pengarah BPR bagi menjamin institusi sepenting BPR itu tidak disalahgunakan dan menjadi penghalang kepada usaha membanteras rasuah di Negara ini. Ada lagi berita kat http://www.detikdaily.net/m3/ . --------------------------------- Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy and free. Do it now...
