FTA: Lebih 50 wakil NGO bantah di Putrajaya
Nyza Ayob dan Intan Abdullah
Thu | Mar 01, 07 | 08:17:03 AM PUTRAJAYA, 1
Mac (Hrkh) - Sekali lagi laungan 'Jangan benarkan perjanjian FTA-Amerika '
bergema di Putrajaya pagi tadi dan kali ini lebih 50 wakil Gabungan Membantah
Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan(GMPKK) 'memberikan amaran' tersebut kepada
Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sekaligus menyerahkan memorandum kepada KKM
agar syarat-syarat FTA Amerika- Malaysia tidak menjejaskan kesihatan rakyat.
Memorandum yang ditujukan kepada Menteri Kesihatan, Dato' Seri Chua Soi Lek
bagaimanapun diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kesihatan,Theam Ming
Fat. Sewaktu pertemuan tersebut beliau memberi jaminan memorandum tersebut akan
diserahkan kepada menteri berkenaan.
"Pihak kementerian memberi keyakinan mereka turut prihatin dengan perkara ini
dan akan menjaga kepentingan rakyat Malaysia."
"Jika mereka betul-betul prihatin kita berharap FTA ini tidak diteruskan.Apa
yang kita tekankan ialah Menteri Kesihatan mestilah membantah perjanjian FTA-
Amerika ini. Jangan bersetuju secara tergesa-gesa dengan perjanjian ini," jelas
Pengerusi GMPPK, Dr Subramaniam.
Dalam pertemuan tersebut GMPPK telah mengemukakan pandangan berkenaan kesan
perjanjian tersebut. Dalam memorandum tersebut, GMPPK menegaskan beberapa
perkara yang menyusahkan rakyat apabila perjanjian tersebut dilaksanakan.
Selain daripada FTA membuka pintu kepada syarikat Amerika untuk melabur dalam
sektor kesihatan di Malaysia, syarat-syarat FTA juga akan menyekat kuasa
kerajaan mengawal amalan yang menjejaskan kesihatan rakyat. Selain itu ia juga
akan menyusahkan rakyat apabila terdapatnya syarat-syarat berkaitan hak milik
harta pencipta 'Intellectual Property Rights'.
Memorandum tersebut juga menegaskan kabinet harus membuat keputusan dalam
jangka masa dua minggu sama ada Malaysia harus mendatangani perjanjian tersebut
atau menandatanganinya.
Turut serta dalam penyerahan memorandum yang diketuai oleh Subramaniam itu
ialah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud;
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad; Naib Presiden MTUC,
Siti Azizah Abd Rahman; Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Xavier Jeyakumar
serta Penyelaras Suaram, S.Aruchelven.
Selain PAS dan PKR, GMPPK dianggotai oleh 79 NGO yang lain antaranya Aliran,
MTUC, PSM, Women Development Collective(WDC) dan Jaringan Rakyat Tertindas(
Jerit).
Gabungan yang ditubuhkan untuk memperjuangkan isu-isu yang melibatkan
penswastaan perkhidmatan akan meneruskan aktivitinya dengan mengadakan forum
pada 25 Mac ini. Forum yang bertempat di Universiti Malaya itu akan
membincangkan laporan yang dikeluarkan oleh perunding Kementerian Kesihatan
berkenaan sistem pembiayaan baru bagi perkhidmatan kesihatan.
Sementara itu Penyelaras Media GMPPK, Kohila.Y memberitahu sepanjang minggu ini
mereka akan mengadakan kempen untuk menghantar surat bantahan kepada semua
kementerian termasuk Perdana Menteri bagi menegaskan desakan agar perjanjian
ini diberhentikan.
Bagi meneruskan usaha membantah FTA ini, GMPPK juga akan mengadakan 'road
show' di seluruh negara bagi menerangkan kepada orang ramai tentang kesan yang
akan berlaku akibat daripada perjanjian FTA ini. - mks.
---------------------------------
Jumlah dilihat: 690 | Cetak | EmelJika terdapat sebarang cadangan atau
pandangan mengenai artikel di atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk
sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke
' ); document.write( addy_text1457 ); document.write( '' ); //-->\n [EMAIL
PROTECTED] ' ); //--> Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda
perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ' ); //--> .
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan
dilayan.
function x () { return; } function ac_smilie(thesmile) {
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";
document.akocommentform.comment.focus(); } function validate(){ if
(document.akocommentform.comment.value==''){ alert("Please insert at least
a comment related to the topic!"); } else if
(document.akocommentform.acname.value==''){ alert("Validate name");
}else { document.akocommentform.action = 'index.php';
document.akocommentform.submit(); } }
[input] [input] [input] [input] Hantar Komen AndaNama [input] [input] Emel
[input] Subjek [input] Komen
Kod* [input] [input]
[input]
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.