Tragedi Berembang berulang - Pemaju guna RELA dan anjing roboh rumah
Anis Nazri
Mon | Mar 05, 07 | 02:13:15 PM KUALA LUMPUR,
5 Mac (Hrkh) - Kampung Berembang sekali lagi didatangi 'tetamu tidak diundang'
bagi kerja-kerja meroboh rumah penduduk, namun kali ini pihak pemaju bertindak
menggunakan RELA dan tiga ekor anjing.
Kejadian bermula jam 8 pagi tadi, menyaksikan lima buah jentolak memasuki
kampung itu untuk merobohkan rumah penduduk yang telah dibina semula sejak
perobohan kali pertama, November lalu.
Setiausaha Jawatankuasa Rayuan dan Penyelesaian kampung berkenaan, Alizan,
berkata kegiatan meroboh kali ini tidak disertai anggota MPAJ dan pihak polis
seperti sebelum ini.
"Polis Ampang yang bergegas ke kampung kami, mengakui tidak tahu-menahu tentang
kerja-kerja perobohan ini. Begitu juga dengan MPAJ. Jadi, siapa punya arahan
ni? " soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Harakahdaily difahamkan, kini penduduk kampung masih bertegas untuk menetap di
kampung berkenaan dengan mendirikan khemah-khemah sementara.
Sebelum ini, pihak penduduk menjalankan rundingan dengan pihak pemaju bagi
memohon beberapa tuntutan, bagaimanapun pihak pemaju tidak menunjukkan ruang
untuk mengadakan perbincangan.
Harakahdaily juga difahamkan pihak pemaju dan RELA akan berusaha untuk memasuki
kampung itu lagi bagi merobohkan beberapa rumah yang tidak berjaya dirobohkan
pagi tadi. - mr
---------------------------------
Jumlah dilihat: 104 | Cetak | Emel
Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila
hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat,
rencana atau sebagainya, sila emelkan ke ' ); document.write( addy_text75486
); document.write( '' ); //-->\n [EMAIL PROTECTED] ' ); //--> Alamat email
ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk
melihatnya ' ); //--> .
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan
dilayan.
function x () { return; } function ac_smilie(thesmile) {
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";
document.akocommentform.comment.focus(); } function validate(){ if
(document.akocommentform.comment.value==''){ alert("Please insert at least
a comment related to the topic!"); } else if
(document.akocommentform.acname.value==''){ alert("Validate name");
}else { document.akocommentform.action = 'index.php';
document.akocommentform.submit(); } }
[input] [input] [input] [input] Hantar Komen AndaNama [input] [input] Emel
[input] Subjek [input] Komen
Kod* [input] [input]
[input]
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.