Nasib dan penderitaan peniaga Melayu Ipoh tidak dipedulikan               
             
                         
                        
                                       Johari Jaafar      
         Mon | Mar 05, 07 | 08:38:36 AM                    IPOH, 5 Mac (Hrkh) - 
Nasib peniaga Melayu di Bazar Pasar Besar Ipoh, seperti tidak dipedulikan oleh 
Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) apabila rata-rata perniaga tersebut `hampir' hilang 
sumber pendapatan harian.

 Rata-rata mereka yang ditemui di sini `mengeluh' bila mengenangkan pendapatan 
yang mereka perolehi merosot lebih daripada separuh, malah ada peniaga yang 
membuka perniagaan mereka di tempat lain kerana sambutan orang ramai kian 
berkurangan.

 
"Masa maju dulu saya boleh dapat beratus-ratus ringgit sehari, sekarang ini 
hendak dapat RM30 - RM40 pun susah," keluh seorang peniaga jam, Mohammad Ismail.

 
Beliau yang telah berniaga di situ lebih 20 tahun mengakui antara faktor 
kemerosotan perniagaan peniaga-peniaga di situ adalah disebabkan kurangnya 
sambutan daripada orang ramai.

 
"Antara punca tarikan orang ramai ke Pasar Besar Ipoh ialah Pasaraya Super 
Kinta ,, tetapi sekarang ini pasaraya berkenaan seperti `hidup segan mati tak 
mahu', barang-barangnya pun banyak tak ada, macam mana orang hendak datang," 
rungut seorang lagi perniaga kedai jahit dan ubat tradisional, Norhana 
Baharuddin.

 
 Menurut beliau, peniaga-peniaga di bazar ini masih mampu meneruskan perniagaan 
disebabkan sewa gerai di bazar ini tidak mahal di sekitar RM30 ke RM40 sebulan, 
tetapi mereka juga perlu menyara kehidupan keluarga,kerana itu tidak pasti 
sampai bila mereka boleh bertahan.

 
"Pihak DBI langsung tidak ambil tahu, datang bertanya pun tidak, tetapi bila 
lewat sahaja bayar sewa, mereka hantar notis," rungut beliau.

 
Menurut beliau, DBI sepatutnya memikirkan dan mencari jalan bagaimana untuk 
menarik lebih orang berkunjung ke bazar tersebut, bukannya hanya `mengutip' 
sewa sahaja.

 
Beliau mahu DBI mencari jalan bagaimana bazar berkenaan menjadi `one stop 
centre'. di mana orang ramai datang ke bazar berkenaan untuk mendapatkan 
pelbagai barang-barang.

 
 "Kalau di Terengganu ada Pasar Payang, di Kedah ada Pasar Rabu dan di Kelantan 
ada Pasar Siti Khodijah, Perak di mana?' soalnya.

 
Satu-satunya tempat yang majoritinya peniaga Melayu ialah Pasar Besar Ipoh 
terutama di bazar berkenaan, kerana itu amat wajar pihak DBI `memajukan 
kembalikan' kembali pasar besar tersebut sesuai dengan 'one stop centre'.

 
Seorang lagi peniaga, Jamilah Ali, yang menjual kain dan keperluan keperluan 
alat ibadah turut merasai keperitan akibat kurang pelanggan menyebabkan 
pendapatannya terjejas tertuk.

 
 "Dulu boleh juga dapat lebih dari RM100 sehari, sekarang ini nak dapat RM30 
pun susah," keluhnya.

 
Menurut beliau lagi, DBI mesti bertindak segera, jangan sampai lebih ramai 
peniaga di sini `gulung tikar' dan tidak menyerahkan bangunan tersebut kepada 
pihak lain.

 
 "Saya dengar cerita ada pihak dari Kuala Lumpur hendak ambil alih perniagaan 
di sini," katanya.

 
Beliau meminta DBI mempertahankan bangunan Pasar Besar Ipoh demi menjaga 
kepentingan peniaga Melayu kerana sewa yang dikenakan tidak mahal.

 
"Kita bimbang bila orang lain ambil alih, peniaga di sini terpaksa `dihalau' 
keluar, setidak-tidaknya sewanya mahal, akhirnya peniaga terpaksa keluar dan 
menutupkan perniagaan mereka,"katanya.

 
Difahamkan Menteri Besar Perak, Dato'k Tajol Rosli, pernah mengadakan lawatan 
ke Pasar Besar Ipoh dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh peniaga pada 
kempen pilihan raya umum yang lalu, tetapi hingga kini tiada tindakan dibuat. - 
mks.

 

---------------------------------
 Jumlah dilihat: 196 | Cetak | Emel

Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila 
hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat, 
rencana atau sebagainya, sila emelkan ke   ' );  document.write( addy_text49596 
);  document.write( '' );  //-->\n [EMAIL PROTECTED]  ' );  //-->  Alamat email 
ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk 
melihatnya    ' );  //-->  .

 
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon 
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima 
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

 
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang 
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan 
dilayan.



  function x () {    return;  }  function ac_smilie(thesmile) {    
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";    
document.akocommentform.comment.focus();  }  function validate(){    if 
(document.akocommentform.comment.value==''){      alert("Please insert at least 
a comment related to the topic!");    } else if 
(document.akocommentform.acname.value==''){      alert("Validate name");   
}else {      document.akocommentform.action = 'index.php';      
document.akocommentform.submit();    }  }
 [input]  [input]  [input]  [input] Hantar Komen AndaNama [input]  [input] Emel 
[input] Subjek [input] Komen

Kod* [input]   [input] 
 [input] 

                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Kirim email ke