Burqini tu menutup aurat ke?
Setahu saya susuk tubuh wanita juga adalah aurat, bukan saja kulit
(kecuali bahagian tertentu), rambut dan suara. Jika seseorang memakai
burqini, susuk badannya masih jelas kelihatan utk kita lihat samada
wanita tu cun atau tak cun.
>>> "redzuan_afendi" 07/03/2007 07:59:58 >>>
amdang81, Setiu
Tue | Feb 27, 07 | 11:11:06 AM
Muka surat 1 dari 2
Saudara Pengarang
Islam menepati seluruh zaman. Seluruh umat dan bangsa. Tidak timbul
Islam itu hanya wujud dan sesuai diamalkan di zaman unta sahaja.
Islam juga tidak hanya khusus untuk bangsa Arab di padang pasir sana.
Bila disebut Islam, amalannya bukan sekadar ibadah khusus, malah
lengkap seluruh gaya hidup dan ruang lingkup manusia. Kesyumulannya
melengkapi dari sekecil-kecil benda di celah gigi sehinggalah kepada
mentadbir alam ini.
Selepas membaca berita pasal 'Burqini' (rasanya Burqa + Bikini), aku
terus membuat carian di lman web Yahoo.com. Alhamdulillah terjumpa
satu laman web berkenaan Burqini ini www.ahiida.com. Terasa syukur
sangat kerana wujud insan yang berinisiatif tinggi memperkenalkan
pakaian sebegini di kala ramai wanita muda khususnya memilih baju
yang menampakkan pusat dan lurah (sama ada depan atau belakang).
Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa pakaian sebegini tidak dimulakan
di Malaysia. Adakah orang Malaysia tidak pernah terfikir untuk
berbuat demikian? Kenapa mesti di Australia yang majoriti umat
Islamnya kecil berbanding di sini?
Jawapannya mudah. Di sini, kita tidak perlu kepada Burqini. Kita akan
tetap mengamalkan bikini dan berkemban. Di sana Islam dan kufur
bagaikan langit dan bumi. Berbeza. Tetapi di sini semuanya sama.
Orang Islam di sini tidak segan berbikini. Tidak segan separuh bogel
di padang. Orang Islam di sini terbuka fikirannya. Waktu solat,
solatlah. Waktu di padang atau berenang apa salahnya berbikini atau
berseluar dalam.
Pelik? Tiada apa yang nak dipelikkan. Di sini Islam Hadhari. Buatlah
apa sahaja asal niat baik, insya Allah berpahala.
Rasuah? Tidak mengapa kerana ianya sebahagian dari mencari rezeki.
Riba itupun sebahagian dari perniagaan. Bukankah Nabi s.a.w. galakkan
umatnya berniaga?
Berlakon pun mencari rezeki. Asalkan niat baik berpahala. Pakaian
kerana kehendak skrip. Bersukan? Inikan untuk membanggakan nama
negara. Tidakkah ini dikira jihad? Mengangkat nama negara di persada
dunia. Meninggikan slogan "Malaysia Boleh!" dan sekarang "Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang!". Insya Allah semuanya berpahala.
Sebab itu tidak hairan apabila ada yang bangga berenang merentas
Selat Inggeris walaupun tidak mengerjakan solat. Tidak kurang juga
yang berjam-jam membentang belanjawan negara tanpa ada masa untuk
solat Asar. Semuanya kerana Islam Hadhari membenarkan.
Maka tiada lagi fikiran mahu mengubah sesuatu yang tidak sesuai
dengan agama kepada mencari yang terbaik demi agama. Yang tinggal
hanyalah membenarkan semua keadaan dengan agama. Tak kira keadaan itu
baik atau tidak. Itulah realistiknya Islam Hadhari. Anggap sahaja
Islam Hadhari sama dengan Bikini!
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.