Klik Imej buku untuk membeli.....

  [Panduan Mudah Menjaga Kereta] 
<http://www.bookcafe.com.my/product_info.php?ref=17&products_id=502&affi\
liate_banner_id=1>


Buku ini yang setebal 206 mukasurat, ditulis untuk membantu  majoriti
pemandu yang tidak pasti bagaimana cara menjaga kereta yang betul. Anda
disyorkan menyimpan buku ini di dalam kereta sebagai rujukan jika
berlaku kecemasan.



Berdasarkan survey yang dibuat oleh penyusun, majoriti daripada kita 
sama ada pemandu veteran ataupun baru, lelaki ataupun perempuan
"hanya tahu" bawa kereta sahaja tanpa tahu dengan pasti jarak
masa pemeriksaan, penyelengaraan dan penjagaan komponen-komponen 
penting kereta.



Ada sebahagian daripada pemandu yang bergantung sepenuhnya kepada
mekanik bila berlaku sahaja sedikit keganjilan atau kerosakan kepada
kereta mereka. Ini semua melibatkan kos yang bukan sedikit, tambahan
lagi dalam keadaan ekonomi yang menghimpit sekarang. Sebahagian yang
lain "main agak-agak" bila nak servis aircond, check bateri,
buat alignment, tukar timing belt dan sebagainya tanpa ada  jadual yang
tepat sebagai panduan. Tanpa jadual sebagai panduan, pemeriksaan berkala
secara teratur sudah tentu tidak dapat dibuat. Sedangkan pemeriksaan dan
servis yang teratur sepanjang hayat kereta sangat penting. Inilah cara
menjaga kereta yang betul dan lebih murah. Pemeriksaan dan servis yang
teratur dapat  mengelakkan major breakdown secara tiba-tiba. Major
breakdown sudah tentu memerlukan belanja yang besar sehingga beribu
ringgit untuk membaikinya. Sentiasa ingat, mencegah lebih baik dan lebih
murah daripada merawat.



Antara isi kandungan buku ini ialah cara-cara menjaga radiator, filter,
belt, hose, brek, bateri, tayar, air-cond, shock absorber, lampu dan
fluids seperti minyak hitam, cecair brek, cecair gear  dan lain-lain.
Selain daripada itu terdapat panduan cara-cara berurusan dengan bengkel
kereta untuk mendapat khidmat servis terbaik dan mengelakkan diri
daripada tertipu. Ada juga panduan apa yang perlu dilakukan jika
terlibat dalam kemalangan, tips-tips pemanduan ketika hujan dan
pamanduan pada waktu malam. Dan banyak lagi tajuk-tajuk lain.



Apa yang menarik ialah disertakan topik khas tentang breakdown dan
punca-puncanya. Sebagai contoh, jika enjin kereta anda mati dengan
tiba-tiba, disenaraikan sebab-sebab yang mungkin menjadi puncanya untuk
memudahkan anda membuat trouble shooting.  Juga disertakan planner
(jadual mudah) yang boleh anda isi. Planner ini lengkap dengan perbatuan
dan jangka masa yang dicadangkan untuk check dan servis setiap komponen
penting kereta. Sebagai contoh setiap tahun atau 20,000 km anda perlu
periksa sistem pengecas bateri dan setiap 6 bulan atau 10,000 km anda
perlu tukar minyak pelincir. Anda boleh gunakan planner ini untuk tempoh
selama 6 tahun.



Buku ini tidak teknikal dan mudah difahami kerana ia disusun untuk
membantu para pemandu yang berkerja sebagai kerani, guru, pegawai
pemasaran, pegawai pentadiran, peniaga, pekerja kilang dan sebagainya
yang tidak berkerja berkaitan dengan enjin.
ISBN:            ISBN 983-43227-0-4                                    
Writer:            Ahmad Rusli                                     Total
Pages:            218 

Kirim email ke