Akhbar juga memainkan peranan penting dalam menggembar gemburkan isu yg
kecik ni. Mungkin ustaz ustaz ni tak berbalah tapi, akhbar buat cerita
lebih lebih pulak. Macam Mawi dgn Ina. Macam Erra Fazira dgn Yusry dan
macam Siti Norhaliza dgn primadona Sharifah Aini.

Jadi jangan ambil kesah sangat cerita suratkhabar ni. Anggaplah baca
suratkhabar ni macam baca komik Doraemon atau Dragon Ball saja. Baca utk
suka suka dan buang masa dalam tandas aje. 


>>> Jamzuri Ardani  07/03/2007 07:59:17 >>>
Saya pun kekadang heran gak...ust2 dan ulamak2 kita ni kekadang
berbalah benda yang kecik2 di khalayak ramai melalui media. Mufti sama
mufti berbalah dalam suratkhabar. Ust sama ust hentam satu sama lain di
khalayak ramai. Cabar berdebat dan seumpamanya. Tak bolehkah jumpa
bertemu muka, bermuzakarah, dan bincang baik2 dalam suasana ukhuwwah.
Tak payah nak lawan sapu arang kat muka orang, tak payah nak tunjuk sapa
jaguh...!
   
  Boleh tak kalau dia orang ni sediakan satu wacana utk kumpulkan semua
para ustaz dan ulamak dari pelbagai aliran pemikiran, mazhab dan
pegangan politik untuk bermuzakarah secara tahunan ke, secara bulanan
ke...berdebatlah sacara anak jantan dalam wacana tu...nak berdebat
sampai pagi pun tak pe. Bukaklah seberapa banyak kitab dalam apa bahasa
sekalipun. Tak payah berbalah di khalayak umum dan dalam media. Buat
pening kepala orang aje...

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          uh huh...hanya kerana "orang" yang bermasalah, keseluruhan
konsep hendak dihukum???

Jika ramai non-muslim melihat betapa jauh ke belakangnya umat Islam di
Malaysia, dengan akhlak yang sangat tidak bersopan,  di tambah banyak
yang buat kes2 bohsia, bohjan, di penjara, pusat serenti et al;
berbanding dengan Kristian yang majoriti gologan berjaya, berkerjaya,
akhlak pula cukup bagus, cukup menyenangkan hati (jika hendak
diaplikasikan konsep yang sama) maka non-muslim ni patut menolak Islam
dan menerima agama Kristian??? 

bijak...bijak...

Lily
[EMAIL PROTECTED] 

[EMAIL PROTECTED] wrote:      Dalam satu siri ceramah oleh Us Ali Kutty
di Negeri
Sembilan, beliau merasakan kebimbangan atas serangan
fahaman Salafi dan Wahabbi yang diketuai oleh Mufti
Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mula membawa
perpecahan di kalangan jemaah surau malah hinggakan
ada suami isteri yang bercerai berai.

Antaranya berlaku di sebuah negeri di mana apabila
suami balik mengikuti ceramah golongan ini, si suami
melarang isteri dari membaca qunut ketika solat subuh.
Si suami menyatakan jatuh talak jika isteri membacanya
juga. Apabila si isteri berkeras membacanya maka
robohlah rumahtangga yang dibina sekian laman.

Berlaku lagi satu kisah disebuah negeri apabila imam
membuat majlis tahlil, maka ada jemaah membantah. Lalu
jemaah tadi bergaduhlah dengan imam.

Menurut Us Ali fahaman golongan ini membidahkan semua
amalan yang ada nas dan dalilnya seperti membidahkan
tahlil, kunut, memulakan majlis dengan Al Fatihah,
membaca SodokAllahalazim selepas habis membaca Al
Quran, kunut, wirid lepas sembahyang dan banyak lagi.
Pada mereka semua yang melakukan bidah ini adalah
sesat, dan mereka yang sesat ini semua masuk neraka.
Yang terbaru menangkap orang berkhalwat juga adalah
bidaah.

Lalu Us Ali Kutty mengambil jalan mudah. Baiklah kalau
kita setuju semua perkara diatas adalah bidah. Maka
bidah yang paling besar adalah Jawatan Mufti. Ini
adalah kerana masa zaman Nabi saw mana ada jawatan
mufti. Bahkan zaman Khalifah Ar Rasyidin juga tiada
jawatan Mufti. Lalu mana nas , hadis, ayat Al Quran
yang menyatakan ada jawatan Mufti ini ? Siapa yang
mengharuskan jawatan Mufti ini ? Begitu juga dengan
Sambutan Maal Hijrah yang dibidaahkan oleh golongan
ini. Kenapa pula terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah
sedangkan sambutan tersebut adalah bidah ?

Oleh itu Us Ali Kutty menyeru kepada orang ramai
terutamanya golongan cerdik pandai, para mahasiswa
agar berhati-hati dengan golongan ini, yang boleh
merosakkan akidah umat Islam dan memporak perandakan
rumah tangga dan masyarakat, meningkatkan kes zina dan
buang bayi dan banyak lagi. Setiap amalan wirid,
qunut, tahlil, ada nas dan dalilnya. Tanyalah pada
mereka yang tahu, jangan membidahkan mengikut nafsu
dan akal.

KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com 
Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com 
Sumbangan untuk PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100
27521. "Bank in slip" boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11,
Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400
Seremban, N.S.

__________________________________________________________
Have a burning question? 
Go to www.Answers.yahoo.com and get answers from real people who know.



    
---------------------------------
  Food fight? Enjoy some healthy debate
in the Yahoo! Answers Food Drink Q&A.  

         

 
---------------------------------
Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and 
always stay connected to friends.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.

Kirim email ke