nampaknya ilmu yang ada pada kita hari ini tidaklah banyak.nas nas yang tak 
dapat dilihat dan difahami masih juga banyak .justeru kita seolah berpegang 
kepada nas yang sampai kepada kita semata sambil yang tak sampaikan kita 
abaikan. sebab itu timbul banyak seruan agar disebarkan apa jua nas yang 
berkaitan perkara seperti tahlil dan kenduri arwah untuk dikongsi bersama.cukup 
mudah kaedah perkongsian ilmu yang kita gunapakai.sambil itu mudah juga kita 
ambil keputusan berkaitan perkara perkara yang kita anggap tidak ikut sunnah 
sehingga nampak pula kejanggalan kita tentang perkara yang nampak sama tapi tak 
serupa seperti larangan berkumpul selepas kematian seolah dilihat sama dengan 
berkumpul dalam majlis tahlil dan melihat perkara khurafat sama seperti 
tawassul.
   
  itulah kaedah keilmuan yang sedang digunapakai di zaman ini sambil kaedah 
menuntut ilmu di zaman salafiah serta di zaman perkembangan kegemilangan silam 
sudah lama dilupakan.kaedah berguru dan meminta izin guru untuk mengajar sudah 
tidak lagi penting .apa jua ilmu bolih dikongsi di mana jua olih siapa jua.guru 
sudah tidak penting.cuma malangnya dalam ilmu keduniaan kaedah lama ini masih 
digunapakai malah dalam sesetengah kes ianya diwartakan sebagai hak profesional 
seperti ilmu kedoktoran dan kejuruteraan .sesiapa yang tidak ada pengiktirafan 
dalam bidang perubatan tetapi menjalankan kerja merawat dan mengubati penyakit 
disahkan olih undang undang dunia hari ini sebagai doktor palsu.hal ini tidak 
berlaku didalam bab ilmu rabbani kerana ilmu rabbani bolih dipelajari dan 
disebarkan olih sesiapa sahaja samada mereka tahu atau tidak membaca quran 
secara tartil dan tidak perlu standard keilmuan hadis seperti yang berlaku di 
zaman lampau.
  hari ini kita semua nak ikut sunnah.kalau solat kita ikut cara nabi akan 
tetapi kita bolih ubah apa jua yang nabi buat semasa solat kalau tak ikut 
selera kita sambil yang tak ikut selera kita ,kita ambil sebagai bidaah.contoh 
yang paling jelas dari ikutan solat nabi hari ini ialah pakaian semasa solat. 
apa yang nabi pakai semasa baginda bersolat dan apa yang kita pakai masa kita 
bersolat, apakah sama dengan yang nabi pakai? kalau tak sama macam mana kita 
kata kita solat ikut nabi? sedangkan kita kata nabi tak baca qunut dalam solat 
subuh jadi sapa baca qunut itu bidaah( khilaf mu'tabarah yang dikatakan itu 
satu yang baru didengar datang dari ajaran salafiah sebeb selama ini qunut 
dikatakan  bidaah yang sesat dan untuk perbandingan mazhab syafie meletakkan 
qunut dalam solat subuh sebagai sunat aba'ah).
  menarik juga melihat apa yang berlaku tentang kes suami isteri yang 
diceritakan dalam bab qunut ini dan menarik juga mendengar berita bahawa 
sisuami ini tak faham ajaran salaf sebenarnya dan itu bukan yang diajar.kalau 
benar begitu rasanya tok guru salafiah perlu bertanggungjawab dalam membetulkan 
kesilapan muridnya.tok guru salafiah yang ada perlu menjadi guru mursyid( kalau 
bukan murabi) untuk memastikan penampilan murid murid dan pengikut salafiah 
menunjukan contoh tauladan sunnah sebenarnya.walaubagaimanapun kita kena akui 
ada kes seperti ini dan banyak lagi kes kes lain yang seumpamanya terjadi dalam 
masyarakat kita bukan saja hari ini malah sejak sekian lama yang melibatkan 
mereka yang belajar nak jadi pengikut salafiah sehinggakan pada satu tahap 
terjadi penghinaan kepada datuk nenek moyang kita yang telah membawa ISLAM 
kepada kita bilamana banyak amalan turun temurun yang dibiadaah dan dikatakan 
akan menjadi penghuni neraka seoalah semua generasi terdahulu akan
 menjadi penghuni neraka.olih itu soal fitnah yang selalu digemburkan sejak 
dulu perlu diakui berpunca perbuatan mereka yang mengaku sebagai pengikut 
salafiah.pokoknya sekiranya golongan salafiah yang sebenarnya merasakan semua 
yang dilaporkan itu sebagai fitnah mereka juga perlu melakukan sesuatu 
membetulkan amalan dan perbuatan segelintir pengikut mereka tersebut menerusi 
contoh guru yang murabi atau setidaknya mursyid.kata orang tak ada angin pokok 
tak bergoyang .
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Harap [EMAIL PROTECTED] dapat dapat memahami  dulu apa yang 
ditulis... Saya bukan pro Us Asri.. Dan xpernah jumpa pun Us Asri... Tetapi 
cuba anta cari dulu nas tentang apa yg anta tulis.. Brknaan qunut...smmgnya 
imam kita ada jelaskan nas itu.. tetapi carilah nas or hadis yang sahih tentang 
tahlil dan wirid yg kita amalkan (wirid dengan jahr/kuat,,, bkn wirid dgn sirr) 
.. Kalau ada, kami di dalam group  ini tentu hendak mengetahuiinya... Ilmu yg 
baik perlu kita ssebarkan....

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:         Assalamualaikum.
  Saya ingat cerita suami isteri bercerai sebab isteri tu baca Qunut Subuh 
benar-benar menunjukkan kejahilan suami itu (Kalau kisah ini benar). TAPI saya 
yakin dan faham sahabat2 Salafi tidak seperti itu. Bagi kita masalah Qunut 
Subuh nie ialah khilaf yang mu'tabarah. Kalau nak baca, bacalah. Kalau tak nak 
baca tak payah lah baca. Yang baca pulak jangan Bidaahkan yang tidak baca 
Qunut, begitu jugalah sebaliknya. Dan inilah juga yang diajar dalam kuliah2 SS 
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
   
  Kalau betullah semua cerita2 ni. Ini jelas menunjukkan orang itu yang tidak 
faham Sunnah. Bukan nya salah aliran Salaf. 
   
  Samalah keadaannya macam orang yang pergi Haji. Waktu melontar, ramai jemaah 
yang maut atas bermacam2 alasan. Takkan kita nak kata ibadah Haji ni ganas. 
SIAPA SALAH? Ibadah Haji ke Jemaah yang tidak sabar2 nak melontar sampai 
tolak-menolak?
   
  Antara perkara yang saya hairan lagi. Masalah Tahlil dan Kenduri Arwah. Bagi 
orang yang belajar agama dan baca kitab2 Imam Asshafie. Jelas bahawa ma'tam ( 
berkumpul sesudak kematian @ kenduri arwah) termasuk dalam Bidaah yang sesat. 
Bahkan dalam kitab2 Melayu juga ada disebutkan hal ini. Apa yang perlu kita 
buat sekarang BACALAH....
  Baru kita dapat beza yang mana satu Sunnah dan yang mana satu Bidaah.
   
  Banyak lagi masalah2 yang disebutkan dalam e-mail saudara kita ini telah 
dijawab oleh tokoh2 Sunnah samada dalam Malaysia atau diluar.
  Saya ingat kalau selak Kitab Fatawa Muashorah karangan Dr Yusuf AlQaradawi 
pun ada juga ttg masalah ini. Banyak buku2 dan tulisan2 tentang ini.
  Tolonglah baca dan jangan tuduk tak tentu hala. Kalau tuduhan itu tak betul 
itu FITNAH namanya. Saya ingat hukum mengenai FITNAH ni semua orang dah tahu 
kot.
   
  Wallahu A'lam
  [EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED] wrote:
      Dalam satu siri ceramah oleh Us Ali Kutty di Negeri
Sembilan, beliau merasakan kebimbangan atas serangan
fahaman Salafi dan Wahabbi yang diketuai oleh Mufti
Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mula membawa
perpecahan di kalangan jemaah surau malah hinggakan
ada suami isteri yang bercerai berai.

Antaranya berlaku di sebuah negeri di mana apabila
suami balik mengikuti ceramah golongan ini, si suami
melarang isteri dari membaca qunut ketika solat subuh.
Si suami menyatakan jatuh talak jika isteri membacanya
juga. Apabila si isteri berkeras membacanya maka
robohlah rumahtangga yang dibina sekian laman.

Berlaku lagi satu kisah disebuah negeri apabila imam
membuat majlis tahlil, maka ada jemaah membantah. Lalu
jemaah tadi bergaduhlah dengan imam.

Menurut Us Ali fahaman golongan ini membidahkan semua
amalan yang ada nas dan dalilnya seperti membidahkan
tahlil, kunut, memulakan majlis dengan Al Fatihah,
membaca SodokAllahalazim selepas habis membaca Al
Quran, kunut, wirid lepas sembahyang dan banyak lagi.
Pada mereka semua yang melakukan bidah ini adalah
sesat, dan mereka yang sesat ini semua masuk neraka.
Yang terbaru menangkap orang berkhalwat juga adalah
bidaah.

Lalu Us Ali Kutty mengambil jalan mudah. Baiklah kalau
kita setuju semua perkara diatas adalah bidah. Maka
bidah yang paling besar adalah Jawatan Mufti. Ini
adalah kerana masa zaman Nabi saw mana ada jawatan
mufti. Bahkan zaman Khalifah Ar Rasyidin juga tiada
jawatan Mufti. Lalu mana nas , hadis, ayat Al Quran
yang menyatakan ada jawatan Mufti ini ? Siapa yang
mengharuskan jawatan Mufti ini ? Begitu juga dengan
Sambutan Maal Hijrah yang dibidaahkan oleh golongan
ini. Kenapa pula terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah
sedangkan sambutan tersebut adalah bidah ?

Oleh itu Us Ali Kutty menyeru kepada orang ramai
terutamanya golongan cerdik pandai, para mahasiswa
agar berhati-hati dengan golongan ini, yang boleh
merosakkan akidah umat Islam dan memporak perandakan
rumah tangga dan masyarakat, meningkatkan kes zina dan
buang bayi dan banyak lagi. Setiap amalan wirid,
qunut, tahlil, ada nas dan dalilnya. Tanyalah pada
mereka yang tahu, jangan membidahkan mengikut nafsu
dan akal.

KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
Sumbangan untuk PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521. 
“Bank in slip” boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1, Bangunan 
PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.

__________________________________________________________
Have a burning question? 
Go to www.Answers.yahoo.com and get answers from real people who know.



  Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 



    
---------------------------------
  The fish are biting.
Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.  

         

 
---------------------------------
Now that's room service! Choose from over 150,000 hotels 
in 45,000 destinations on Yahoo! Travel to find your fit.

Kirim email ke