FTA : Kerajaan didakwa bakal menjadi tali barut 'syaitan besar dunia'     
                                        Azamin Amin      
         Fri | Mar 09, 07 | 03:24:39 AM                              KUALA 
LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Kerajaan disifatkan menjadi tali barut 'syaitan besar 
dunia' iaitu Amerika apabila berhasrat untuk meneruskan rundingan dan 
menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang akan menjejaskan 
kepentingan rakyat dan negara.

 
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS, Haji Mahfuz Omar,berkata selama 
ini kenyataan-kenyataan daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad 
Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa kepentingan 
rakyat akan dilindungi walaupun FTA diteruskan adalah sesuatu yang sukar 
dipercayai.

 
"Sudah berapa banyak janji kerajaan selama ini terhadap rakyat yang tidak 
ditunaikan,sama seperti menaikkan harga minyak dahulu, adalah demi kepentingan 
rakyat namun hakikatnya sekarang, rakyat semakin menderita," katanya ketika 
menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

 
 "Janji-janji Abdulllah dan Najib adalah sekadar nak melembutkan 'serangan' dan 
kritikan serta kerisauan rakyat terhadap FTA ini."

 
 "Bantahan rakyat kerana FTA bakal menjejaskan pemerolehan kerajaan, produk 
kesihatan seperti ubat-ubatan, produk pertanian dan lain-lain," katanya lagi.

 
Sebanyak 18 perkara dirundingkan dalam FTA dengan AS, antaranya barangan 
perindustrian, tekstil dan pakaian, prosedur kastam, hak harta intelek, 
pertanian, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, alam sekitar dan pelaburan.

 
Selain itu FTA bakal membuka pintu kepada syarikat Amerika untuk melabur dalam 
sektor kesihatan di Malaysia, syarat-syarat FTA juga akan menyekat kuasa 
kerajaan mengawal amalan yang menjejaskan kesihatan rakyat dan akan menyusahkan 
rakyat apabila terdapatnya syarat-syarat berkaitan hak milik harta pencipta 
'Intellectual Property Rights'.

 
 Kata Mahfuz, Kerajaan sering kali mendabik dada bahawa negera-negara luar mahu 
belajar dan menimba pengalaman daripada Malaysia, namun Malaysia sendiri tidak 
belajar daripada pengalaman pahit negara-negara yang terbabit dengan FTA 
seperti di Chile yang kini menghadapi masalah.

 
Begitu juga, Singapura katanya yang menurut Presiden Consumers Association of 
Penang (CAP),S. M. Mohd Idris mengalami defisit sebaik sahaja menandatangani 
FTA sekitar tahun 2004 dan fakta seumpama ini tidak wajar di kesampingkan oleh 
Kerajaan Malaysia.

 
"Semua 'statement' kerajaan kononnya demi kepentingan rakyat namun rakyat tidak 
mendapat setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan," katanya.

 
"Oleh yang demikian, Kerajaan mesti mengambil kira pandangan semua pihak 
sebelum meneruskan rundingan dan menandatangani FTA," katanya lagi.

 
Beliau mencadangkan pandangan tersebut disuarakan melalui satu Majlis 
Perundingan Rakyat yang melibatkan semua pihak antaranya, semua parti politik, 
persatuan-persatuan pengguna, kontraktor, nelayan dan sebagainya di samping 
mendedahkan isi kandungan perjanjian tersebut termasuk menyenaraikan segala 
implikasi yang berlaku setelah menandantangani FTA.

 
Jika tidak, katanya janganlah menyalahkan rakyat jelata selepas ini yang akan 
menganggap kerajaan sebagai tali barut Amerika dan 'barua' bagi bentuk 
penjajahan moden yang baru. - mks.

 
  Nota: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan 
yang boleh disalur   terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM 
(564070000336)

   

---------------------------------
 Jumlah dilihat: 1656 | Cetak | EmelKomen oleh (1) Pembaca



-->
Jaminan sahaja tidak cukup
Dihantar oleh     ' );  document.write( addy_text96721 );  document.write( '' 
);  //-->\n wanistelroy  ' );  //-->  Alamat email ini telah dilindungi dari 
spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya    ' );  //-->  , 
on 09-03-2007 12:16 
Di dalam utusan hari ini, TPM berkata Malaysia memerlukan FTA, saya tak pasti 
samada TPM sedar atau tidak dengan kenyataannya sendiri itu, di dalam laporan 
akhbar tersebut mengatakan ada 18 perkara diperbincangkan sedangkan yang 
sebenarnya ialah 58. 

 
Apa jaminan kerajaan jikalau isi perbincangan di sorok sebegitu rahsia? kenapa 
tidak di perbincangkan di peringkat parlimen sekurang-kurangnya atau di buat 
forum-forum terbuka dan di siarkan di TV dan radio. Rakyat sekarang di dalam 
kegelapan mengenai FTA. Tidak tahu apa yang diperbincangkan. Apa pro & kontra 
isi perjanjian itu. Apa maklumat penting yang ada di dalam 58 isu yang 
diperbincangkan. 

 
Adakah FTA akan jadi seperti perjanjian konsesi lebuhraya yang mana akhirnya, 
hanya kroni yang dapat untung dan rakyat terus menanggungnya?


  function x () {    return;  }  function ac_smilie(thesmile) {    
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";    
document.akocommentform.comment.focus();  }  function validate(){    if 
(document.akocommentform.comment.value==''){      alert("Please insert at least 
a comment related to the topic!");    } else if 
(document.akocommentform.acname.value==''){      alert("Validate name");   
}else {      document.akocommentform.action = 'index.php';      
document.akocommentform.submit();    }  }
 [input]  [input]  [input]  [input] Hantar Komen AndaNama [input]  [input] Emel 
[input] Subjek [input] Komen

Kod* [input]   [input] 
 [input] 

                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke