Assalamualaikum wbt,
Saya baru balik dari kampung yang terletak nun di utara sana berjiran
dengan negeri yang ?fatwa @ pandangan oleh Mufti nya menjadi kontroversi dan
hangat diperkatakan dan diperdebatkan oleh pelbagai pihak serta individu. Lalu
terbaca pula mesej yang agak lama juga bertajuk "Luahan rasa".
Alhamdulilah ramai juga di kalangan kita yang inginkan Islam kembali
mencapai KEGEMILANGAN DAN KETERBILANGAN (maaflah terpaksa pinjam slogan BN)
sepertimana dicapai oleh Rasululullah dan Sahabat serta ? Tabiin. Kini kita
berada pada generasi yang Rasulullah sebut seperti buih. Sahabat bertanya
apakah mereka sedikit? Kata Nabi tidak mereka ramai tetapi mereka seperti buih.
Tak payah lah saya hurai lagi kut ramai kita dah selalu dok dengar.
Memandangkan kita berada di zaman yang Nabi SAW sebut seperti buih maka
kita seharusnya lakukanlah apa saja untuk Islam selagi tidak ada nas tentang
apa yang dibuat itu jelas dan terang bercanggah dengan syariat. Janganlah pula
menganggap semua parti politik adalah politik periuk nasi. Jangan kita buat
tuduhan melulu kerana mungkin ramai dikalangan mereka ikhlas dalam perjuangan.
Saya yakin ramai berada dalam PAS dan mungkin segelintir dalam UMNO. Ramai
juga dalam PAS yang telah lalui pelbagai tribulasi demi perjuangan menegakkan
Islam.
Adakah kita tidak dapat bezakan antara apa yang dilakukan oleh kerajaan
Kelantan yang diterajui PAS dgn apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang
diterajui UMNO/ BN dalam banyak hal? Dalam suasana umat Islam yang lemah
seperti buih bukanlah mudah mengisi kemenangan dengan Islam secara total.
Adalah mudah untuk menyebut ini dulu kena buat yang itu kena tinggal yang ini
betul yang ini tak betul tetapi apa yang harus kita laksanakan ialah
sepertimana firman Allah "Hendaklah ada antara kamu satu golongan yang mengajak
kepada kebaikan, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan melarang perbuatan mungkar.
Dan mereka itu ialah orang-orang yang beroleh kemenangan" ayat 104 Surah Ali
Imran. Janganlah kita hanya akan bekerja untuk Islam apabila pendekatan nya
sesuai dengan pandangan dan pegangan kita. Sekalipun tidak wujud PAS perjuangan
wajib diteruskan.
Janganlah jadi seperti pemimpin UMNO yang sentiasa mencari dalih untuk
menolak Islam diamalkan secara total kerana Malaysia ini negara berbilang kaum
dan macam-macam lagi dalih nya. Kita lakukan apa saja tuntutan Islam sekadar
yang kita mampu. Lakukan amar ma'ruf dan cegahlah kemungkaran secara seorangan
dalam hal-hal yang kita mampu dan sertailah jamaah untuk soal-soal yang lebih
besar. Kalau kita mampu bina kualiti umat Islam di Malaysia seperti kualiti
para sahabat dan tentera Islam dalam perang Badar tidak mustahil kita dapat
mengalahkan Yahudi, Amerika dan Britain yang sedang menguasai dunia. Tapi harus
kita ingat kemenangan yang kita cari bukan kemenangan untuk semata-mata mahu
menjadi kuasa besar dunia tetapi ialah untuk menyelamatkan manusia dari
kekufuran.
Wallahuaklam.
Ibnu Ali
Kota Jembal
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
defina what is DAULAH KHILAFAH, maybe people will understand.
----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Wednesday, March 7, 2007 4:22:50 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa - Orang Islam mesti baca
Terasa sedih betul hari ni. Air mata tak berenti meleleh dari tadi. Dada
pulak asyik sebak je. Kat tangan ni masih lagi menggenggam SN terbaru keluaran
HT Malaysia. SN 111 MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB.
Terasa kecik sangat diri ni. Lalai, pentingkan diri, tak berguna dan
macam-macam lagi. Rasa-rasa waktu ni nak pi duk kat tepi jalan nak tarik baju
semua orang ISLAM yang lalu ajak supaya bersama dan cepat-cepat dapat tegakkan
semula DAULAH KHILAFAH.
Bila di kesat air mata barulah diri ni nampak jelas realiti yang ada.
Oh
..aku duk kat Malaysia rupanya. Kan aman kat sini. Yang ada pun cuma
parti-parti politik periuk nasik . Yang masing-masing pentingkan agenda politik
sendiri. Ada yang membela BANGSA YANG SAH-SAH RASULULLAH HARAMKAN dan ada
pulak yang membela Islam tapi Islam yang dibentuk sendiri supaya boleh masuk
dengan keadaan sekarang. Yang kalau salah satu dari mana-mana yang berkuasa pun
tak akan dapat mengembalikan kemuliaan ISLAM tu sendiri. Sebabnya
..remote
control untuk setiap negara bangsa kat dunia ni ada kat tangan kafir-kafir
Amerika , Britain dan Yahudi. Jadi kalau berkuasa mana-mana parti pun berani ke
sorang diri sebatang kara nak tegakkan Islam ikut Quran dan Sunah????Besar mana
la sangat Malaysia ni. Dah la tu, umat Islam kat dalam ni pun berpuak-puak.
Setiap ahli dari parti-parti ni yang majoritinya orang Islam, tak
habis-habis berperang satu sama lain menegakkan kebodohan sendiri sambil
diperhatikan oleh kafir-kafir dalam dan luar negara. Maka bertepuk tangan dan
ketawa bergulung-guling la kafir-kafir ni tengok acara perang antara umat
Islam ni. Ternyata, jarum assobiyyah yang disuntik telah menjalankan ubatnya
keseluruh urat saraf umat-umat ni menjadikan mereka pengikut jumud dan jahil
tegar.
Tak sudah dengan tu, masing-masing berlumba-lumba mengangkat dan menjunjung
Mufti-mufti kesukaan masing-masing. Maka berlumba-lumbalah para Mufti dengan
isu-isu hebat semasa, membongkar isu murtad, nak intip orang khalwat dan
macam-macam lagi.
Tak ke kita semua sedar bahawa sangat la besarnya tanggungjawab Mufti ni pada
umat. Keja dia bukannya membongkar masalah-masalah yang wujud tapi mencegah
dari wujudnya masalah tu. Kalau betul la semua mufti yang ada sekarang ni
benar-benar menjunjung Islam dan sanggup mati keranaNya, dah lama perkara
maksiat akan tercegah hukum uqubat Islam terlaksana.
Kita sekarang ni dok sibuk menguis-nguis masalah yang datang yang sebenarnya
berpunca dari sistem buatan kafir yang rosak. Jadi kita dok tolak masalah yang
akan datang balik suatu masa nanti sebab ibu sawatnya tak diganti. Kita
sekarang sedang mengubat penyakit bukan mencegah. Kita dok rawat masalah dengan
sistem buatan manusia yang ada, bukan mencegah dengan menukar kepada sistem
yang telah Allah turunkan, SYARIAT ISLAM.
Nak tulis panjang lagi, rasa-rasanya, nanti ramai pulak yang kena serangan
darah tinggi. Aku sendiri pun nak pi cari siapa yang boleh bawak aku supaya
cepatnya tertegak KHILAFAH ni supaya aku ada perisai untuk berlindung. Aku
takut mati lebih-lebih lagi kalau mati sia-sia dalam keadaan jahiliah.
Abdullah bin Umar meriwayatkan, Aku mendengar Rasullullah mengatakan,
Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan
menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan
di pundaknya tidak ada baiah(kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati
jahilliyah (HR Muslim).
---------------------------------
Get your own web address.
Have a HUGE year through Yahoo! Small Business.
---------------------------------
Sucker-punch spam with award-winning protection.
Try the free Yahoo! Mail Beta.
---------------------------------
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out.
---------------------------------
Looking for earth-friendly autos?
Browse Top Cars by "Green Rating" at Yahoo! Autos' Green Center.