Soalan saya, perlukah mufti ada 100 tangan?? Untuk apa 100 tangan tu? Untuk mendraf hukuman dan undang2 syariah baru, mengorek2 masalah yang timbul akibat dari sistem kufur yng sedang diterima pakai oleh negara ‘Islam’ Malaysia atau untuk memangkah siapakah yang patut jadi pemerintah seterusnya bagi meneruskan tradisi penggubalan undang2 manusia menggantikan undang2 dan hukum Allah????
‘Sesungguhnya (hak membuat) hukum hanya pada Allah’ [TMQ Yusuf (12):40] Tidak timbul berapa tangan yang perlu ada atau mufti tu keseorangan ke, berdua ke atau beratus orang sekalipun sebabnya, apa yang perlu dia lakukan ialah pastikan pemerintah menjalankan syariat Islam yang telah Allah tentukan. Dalam kes murtad contohnya. Kenapa tak dilakukan hudud saja. Sudah pasti selepas ni, tak de siapa yang berani nak murtad. Adakah hanya sibuk dengan pembongkaran nak letak bin atau tidak, nada dering kat mana boleh, dapat menyelesaikan masalah2 yang timbul dalam dan luar negara? Cuba lah sedara listkan kat saya, semenjak adanya jawatan mufti ni dari dulu sampai hari ni, dan di tiap2 negeri pulak adanya mufti ni, hukum dari sistem uqubat Islam yang mana telah terlaksana, hudud, qisas, takzir???? Allah telah mengurniakan kepada manusia sesuatu yang sangat bernilai iaitu akal. Dengan akal yang berpandukan syara’ akan meletakkan manusia itu dijalan yang benar dan Allah sama sekali tidak menghadkan fungsi akal ni pada segolongan manusia saja. Semua orang mempunyai potensi untuk menggunakan akal ini termasuk saya, sedara dan siapa2 lagilah. Maka tidak timbul soal siapa yang lebih banyak ilmu atau tidak. ‘Kami telah menjadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakan dari manusia dan jin. Mereka mempunyai hati, namun tak digunakan untuk berfikir. Mereka mempunyai mata namun tidak digunakan untuk melihat. Mereka mempunyai telinga namun tidak digunakan untuk mendengar. Mereka itu seperti haiwan, bahkan lebih hina lagi’ [TMQ Al-A’raf :179] Apakah sumbangan yang sedara maksudkan?? Politik Islamkah yang dijalankan di sini??Kalau lah dapat memerintah mana2 parti yang dikatakan mendukung Islam, akan terlaksanakah syariat Islam??Bagaimana dengan perlembagaan Lord Reid yang dijunjung??Jadi tak perlulah saya atau sesiapa saja membantah hanya kerana saya bukan orang politik atau tak tau apa2 pasal politik?? Politik adalah sebahagian dari aqidah Islam. Sebagai seorang Islam saya perlu berpolitik. Jika dikira sumbangan dalam Islam, apa ye yang dah kita capai??Adanya politik Islam, sistem ekonomi Islam, sistem sosial Islam, pendidikan??Kita masih macam dulu, dijajah secara fizikal dari jauh(pakai remote)dan paling teruk lagi ditambah dengan jajahan minda. Jadi saya perlu berlapang dada untuk apa?? Nak tengok adegan seterusnya pergolakan politik kapitalis yang tak pernah berkesudahan?? Jadi, siapa yang perlu berlapang dada dan fikiran sekarang. Ini baru dalam negara, macam mana dengan diluar negara. Kita nak tengok saja ke saudara kita dibunuh, diseksa dan diperlakukan lebih buruk dari haiwan. Sedangkan haram darah umat Islam tumpah ke bumi dengan sengaja. Apa jawapan kita pada Allah nanti apabila dipersoalkan hubungan kita sesama manusia ni?? Nak jawab, aku duk kat Malaysia, jadi pangkah kat sini je la. Kat sana urusan parti kat sana la. Rasulullah mulai negaranya dengan berdakwah kepada umat manusia kerana pada masa tu yang dihadapinya adalah kaum jahiliah. Dalam masa yang sama sebenarnya, baginda berusaha untuk merubah corak hidup masyarakat tersebut kepada kehidupan Islam. Itulah sebabnya kenapa baginda mendapat tentangan hebat. Bukan kerana agama sahaja tetapi perubahan cara hidup. Jika kita sebut cara hidup, tidakkah di sini bermaksud politik, ekonomi, social dan sebagainya. Jadi, untuk memastikan aktiviti ini berjalan, bolehkah dilakukan tanpa adanya suatu badan yang menguruskan??? Sebenarnya, inilah bunga2 permulaan sebuah negara. Sedara boleh teliti ayat2 syariat yang turun sebelum Nabi saw berhijrah. Rasullullah saw bersabda: ‘Dahulu bani Israel diuruskan(dipimpin)oleh para nabi. Setiap kali wafat seorang nabi diutuslah nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi sesudah ku, tetapi akan ada para khalifah dan jumlahnya banyak.’ Para sahabat bertanya, apa yang engkau perintahkan kepada kami (dalam keadaan itu)? Nabi saw menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja dan berikan lah kepada mereka hak2 mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban atas apa yang mereka uruskan’ [HR Muslim] Sedara sememangnya tak faham dengan apa itu Daulah Khilafah. Mungkin pada pandangan sedara ianya sama dengan negara ‘Islam’Malaysia. Saya ringkaskan ye, daulah hanya diperintah oleh seorang penguasa(Khalifah) dan peraturan yang digunakan 100% dari sistem syariat Islam berpandukan Quran dan Sunnah. Jadi masalah apakah yang tak dapat di setelkan jika manusia tu menggunakan sistem yang diturunkan oleh Penciptanya?? Kalau macam negara sekular sekarang, masalah curi ayam pun tak setel inikan pulak soal aqidah dan jauh sekali soal nak pertahankan maruah Islam. Ya sememangnya DAULAH KHILAFAH sangat perlu untuk menghilangkan semua penyakit2 ni. Dengan adanya Daulah maruah Islam dapat dikembalikan. Kenapa kita perlu ragu dengan janji Allah?? Betapa mudahnya kerja-kerja menegakkan daulah Khilafah itu sekiranya ramai kaum muslimin yang berlapang dada dan serius memadu tenaga berlandaskan syara'. Masing-masing tidak lagi 'berlapang dada' sebagai pak turut ataupun sebagai penganut liberalisme yg membiarkan sdr seaqidahnya berjuang dgn metod masing-masing. Yg wujud adh gerakan bersepadu seluruh kaum muslimin menuju kesatuan ummah dibawah panji Ar-Rayah, The Return of Daulah Khilafah Rasyidah ! DECISIVELY ! ----- Forwarded Message ---- From: "nik mohd [EMAIL PROTECTED]" <nik mohd [EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Tuesday, March 13, 2007 7:47:04 AM Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa - Orang Islam mesti baca assalamualaikumm. .kepada saudari yati...berhati2lah dalam memperkatakan sesuatu perkara..janganlah diremeh3kan usaha2 para mufti kita..adakah mufti2 kita ada seratus tangan untuk semua masalah dalam negara..kalau mufti kita ada 100tgn sekalipun,mampukah beliau buat semua perkara berseorangan? ?..mereka membongkar dan kitalah yg mencegah..betul tak???...usaha membongkar masalah dalaman negara adalah usaha murni..kita ni yg duk kata kat mufti,apa yg dah kita buat???kalau setakat tulis emel tuk hentam usaha murni mufti2 malaysia,baik kita duk di rumah banyakkan membaca dan terus bekerja utk islam..ingatlah, ilmu kita ni sikit sangat jika nak dibandingkan dengan para mufti...dan usaha mereka lebih berani daripada kita nih..duk senyap dan tunggu masa nak bom usaha mufti.. berkenaan parti2 politik di malaysia..biarkanla h mereka berpolitik.. jangan dinasabkan kepada parti seluruhnya sekiranya ia bukan pendirian parti tersebut..dapat tangkap maksud saya?...kalau ader beberapa individu yg memperjuangkan agenda politik semata2,itu bukan manhaj parti islam di malaysia ni..kene byk mengkaji dan mengenali manusia..kenalilah mereka2 yang terlibat dalam politik tanah air..mereka dah byk beri sumbangan kepada kita..kita je yang terlalu byk membantah..kononnya dah banyak usaha dibuat..kononnya ilmu kita ni banyak sgt..berlapang dadalah saudari.. tentang masalah khilafah ni..ketika Rasulullah memulakan dakwah baginda..adakah baginda duk sibuk membicarakan soal khilafah???? apa yang pertama sekali Baginda buat?membersihkan hati2 manusia..akidah2 masyarakat zaman jahiliyah..bukan berusaha utk membina sebuah daulah..!!.. adakah dengan adanya khilafah/daulah segala masalah akan selesai??..pokoknya ,mantapkanlah iman dahulu..bersihkanla h hati kita ni dulu daripada serangan2 akidah daripada golongan yg sesat macam ayah pin atau syiah..setel kan perkara pokok dulu baru fikir nak tubuhkan daulah/sistem khilafah..ini duk terhegeh2 mengejar sistem khilafah..tapi soal akidah pun tak setel lagi..adakah golongan murtad2 di malaysia nih murtad sebab takdenye khilafah atau sebab kurangnya pemahaman dalam akidah kita?fikirkanlah. ..wahyu tidak turun sekaligus kepada nabi Muhammad..macam tulah juga dalam pembinaan sistem khilafah..bukan senang nak bina khilafah..saudari ingat buat sistem khilafah macam buat kuih raya..?..dan bukan sistem khilafah utk negara yg kita kejarkan..tetapi khilafah islam dalam diri setiap individu muslim yg kita nak bentuk..biar manusia betul2 faham..ada sistem khilafah pun,tapi manusia kat bawah tak setel akidah..maka bertambah ramailah mereka yang sesat dan murtad..!! berkenaan memperjuangkan "kebodohan" masing2,saya amat tidak bersetuju..siapa lah kita utk berkata demikian...bagi saya,adalah lebih bodoh kalau kita senyap dan tak buat apa2...jangan kerana asyik dan tegar dengan HT kita lupa jasa parti2 atau jemaah2 islam lain..setakat saya kenal orang2 HT,KEBANYAKANNYA hanya pandai meng"condemn" usaha murni jemaah2 islam di malaysia..kalau betul bawa manhaj alquran dan sunnah..ikutlah apa quran kata...jangan kita memandang rendah orang lain..kemungkinan mereka lebih baik daripada kita..janganlah kita menghina orang..jangan kita memanggil orang dengan gelaran2 yg tidak baik..kalau ikut manhaj quran,jgn suka2 hentam orang.. saudari yati..berlapang dadalah dalam menilai sesuatu perkara..jangan pandai berbicara tapi tak pernah berusaha ke arah apa yg dibicarakan. .wassalam. .. From: Yati Reply-To: [EMAIL PROTECTED] ups.com To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa - Orang Islam mesti baca Date: Sun, 4 Mar 2007 18:10:34 -0800 (PST) Terasa sedih betul hari ni. Air mata tak berenti meleleh dari tadi. Dada pulak asyik sebak je. Kat tangan ni masih lagi menggenggam SN terbaru keluaran HT Malaysia. SN 111 – MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB. Terasa kecik sangat diri ni. Lalai, pentingkan diri, tak berguna dan macam-macam lagi. Rasa-rasa waktu ni nak pi duk kat tepi jalan nak tarik baju semua orang ISLAM yang lalu ajak supaya bersama dan cepat-cepat dapat tegakkan semula DAULAH KHILAFAH. Bila di kesat air mata barulah diri ni nampak jelas realiti yang ada. Oh…..aku duk kat Malaysia rupanya. Kan aman kat sini. Yang ada pun cuma parti-parti politik periuk nasik. Yang masing-masing pentingkan agenda politik sendiri. Ada yang membela BANGSA – YANG SAH-SAH RASULULLAH HARAMKAN dan ada pulak yang membela Islam tapi Islam yang dibentuk sendiri supaya boleh masuk dengan keadaan sekarang. Yang kalau salah satu dari mana-mana yang berkuasa pun tak akan dapat mengembalikan kemuliaan ISLAM tu sendiri. Sebabnya…..remote control untuk setiap negara bangsa kat dunia ni ada kat tangan kafir-kafir Amerika, Britain dan Yahudi. Jadi kalau berkuasa mana-mana parti pun berani ke sorang diri sebatang kara nak tegakkan Islam ikut Quran dan Sunah????Besar mana la sangat Malaysia ni. Dah la tu, umat Islam kat dalam ni pun berpuak-puak. Setiap ahli dari parti-parti ni yang majoritinya orang ‘Islam’, tak habis-habis ber’perang’ satu sama lain menegakkan kebodohan sendiri sambil diperhatikan oleh kafir-kafir dalam dan luar negara. Maka bertepuk tangan dan ketawa bergulung-guling la kafir-kafir ni tengok acara ‘perang’ antara umat ‘Islam’ ni. Ternyata, jarum assobiyyah yang disuntik telah menjalankan ubatnya keseluruh urat saraf umat-umat ni menjadikan mereka pengikut jumud dan jahil tegar. Tak sudah dengan tu, masing-masing berlumba-lumba mengangkat dan menjunjung Mufti-mufti kesukaan masing-masing. Maka berlumba-lumbalah para Mufti dengan isu-isu hebat semasa, membongkar isu murtad, nak intip orang khalwat dan macam-macam lagi. Tak ke kita semua sedar bahawa sangat la besarnya tanggungjawab Mufti ni pada umat. Keja dia bukannya membongkar masalah-masalah yang wujud tapi mencegah dari wujudnya masalah tu. Kalau betul la semua mufti yang ada sekarang ni benar-benar menjunjung Islam dan sanggup mati keranaNya, dah lama perkara maksiat akan tercegah hukum uqubat Islam terlaksana. Kita sekarang ni dok sibuk menguis-nguis masalah yang datang yang sebenarnya berpunca dari sistem buatan kafir yang rosak. Jadi kita dok tolak masalah yang akan datang balik suatu masa nanti sebab ibu sawatnya tak diganti. Kita sekarang sedang mengubat penyakit bukan mencegah. Kita dok rawat masalah dengan sistem buatan manusia yang ada, bukan mencegah dengan menukar kepada sistem yang telah Allah turunkan, SYARIAT ISLAM. Nak tulis panjang lagi, rasa-rasanya, nanti ramai pulak yang kena serangan darah tinggi. Aku sendiri pun nak pi cari siapa yang boleh bawak aku supaya cepatnya tertegak KHILAFAH ni supaya aku ada perisai untuk berlindung. Aku takut mati lebih-lebih lagi kalau mati sia-sia dalam keadaan jahiliah. Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasullullah mengatakan, “Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’ah(kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahilliyah” (HR Muslim). Get your own web address. Have a HUGE year through Yahoo! Small Business. Block pop-up ads with MSN Toolbar. Now that's room service! Choose from over 150,000 hotels in 45,000 destinations on Yahoo! Travel to find your fit. ____________________________________________________________________________________ Be a PS3 game guru. Get your game face on with the latest PS3 news and previews at Yahoo! Games. http://videogames.yahoo.com/platform?platform=120121
