Assalamualaikum wbt,
Jangan terlalu harapkan pujian dari kerajaan Pusat. Apa pun kejayaan
yang dicapai samada oleh rakyat Kelantan lebih-lebih lagi kerajaan negeri
Kelantan jangan harap akan menjadi berita utama samada melalui RTM mau pun
akhbar perdana. Jauh sekali untuk mendapat sebarang penghargaan.
Baru tadi seorang Timbalan Menteri yang asal usulnya dari negeri Kelantan
juga menafikan kejayaan Kelantan dalam segala segi konon nya kerana tidak
sealiran dengan pemerintahan kerajaan Pusat. Kata beliau pelabur tidak mahu
melabur di Kelantan. Soalnya betulkah demikian atau para pelabur luar negeri
DITAKUT-TAKUTKAN oleh kerajaan Pusat kerana kerajaan Pusat TAKUT pelabur lebih
yakin untuk melabur di Kelantan!!
Bagi saya Timbalan Menteri berkenaan dan semua yang sama waktu dengan nya
patut insaf dan merasa TAKUT kerana mereka tidak sealiran dengan arahan dan
perintah Allah SWT yang mencipta mereka !! Sepatutnya mereka yang diberi
kemenangan oleh Allah SWT bersyukur dan melaksanakan segala tuntutan Allah SWT.
Sabuah kisah lain:
Baru-baru ini saya hadir satu mesyuarat agung sebuah persatuan saudara
baru dan kebetulan turut dijemput hadir ialah seorang Datuk yang difahamkan
aktif dalam sebuah pertubuhan Islam antarabangsa. Dalam ucapan aluan mesyuarat
belia mengaku beliau orang UMNO tapi katanya dia ok dengan pemimpin PAS pun.
Katanya kita sembahyang lima waktu sembah tuhan tu la.
Inilah yang perlu diperbetulkan. Pemahaman tentang konsep penyembahan
masih tipis. Bagi mereka sembah tuhan tu sekadar sembahyang, puasa, naik Haji,
berzakat cukuplah. Al Quran cukup untuk dijadikan bahan tilawah dan musabaqah.
Jika itu lah saja tuntutan Islam perlukah Allah turunkan sampai 6K ayat melalui
lebih seratus surah?
Mungkin mereka perlu ambil pengajaran dari sebuah hadith dimana Nabi SAW
berdialog dengan Adi bin Hatim yang ketika itu beragama Nasrani. Nabi berkata
kepada Adi bahawa orang Nasrani menyembah pendeta mereka (bererti sembah
manusialah tu) bukan menyembah Allah. Adi membantah dan bertanya kenapa? Jawab
Rasulullah kerana kaum Nasrani menerima pakai segala peraturan hidup yang
ditetapkan oleh pendeta mereka bukan apa yang dibawa oleh Nabi Isa as. Maka
begitulah juga mereka yang hari ini mengaku Islam tetapi masih engkar dengan
peraturan dan perundangan Islam sebenarnya bukan menyembah Allah tapi menyembah
siapa ya? Kalau undang-undang yang dipakai itu undang-undang dan peraturan yang
ditinggal oleh orang kafir bererti mereka sembah manusia kafirlah. Lebih teruk
dari orang Nasrani yang menyembah para pendeta mereka sahaja!!! Mungkin kena
tanya para Muftilah hal ini tapi kalau tanya Mufti Perlis tentu ramai pula tak
setuju dengan jawapan nya nanti !!
Wallahuaklam.
Ibnuali
Kota Jembal
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum,
Berita Tergempar: Nadiah Amirah memperoleh 14 A1, 4 A2 dan 1 B3 (18A 1B), tidak
seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini (sebelum keputusan rasmi SPM
dikeluarkan)
Rujuk utusan di http://utusan. com.my/utusan/ content.asp?
y=2007&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm utk maklumat
lanjut
Berita yang tak Digembar-Gemburkan: Siti Fatimah Mukhtar dari Sekolah Agama
Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu memperoleh 17 A1 dan 1 A2 (18A).
Persoalannya, kenapa kejayaan adik kita ini tidak digembar-gemburkan di kain
rentang atau sehangat seperti yang dilakukan untuk adik Nadiah? Adakah kerana
adik ini dari Kelantan? Atau dari sekolah agama? Wallahualam (Tuhan lebih
mengetahui)
Rujuk berita harian di http://www.bharian. com.my/m/ BHarian/Tuesday/
Mukadepan/ 20070312233907/ Article/ utk maklumat lanjut
Lagi Berita yang tak Digembar-gemburkan: Melisa Sia Yin Ying (15 tahun) telah
menjadi calon termuda memperoleh 17 1A.
Rujuk berita harian di http://www.bharian. com.my/m/ BHarian/Tuesday/
Mukadepan/ 20070312233907/ Article/ utk maklumat lanjut
Apa-apa pun yang berlaku, ingin diucapkan tahniah kepada semua yang telah
berjaya mendapat keputusan yang cemerlang bg SPM 2006. Teruskan usaha untuk
kebaikan semua! Selamat maju jaya!
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.
---------------------------------
Be a PS3 game guru.
Get your game face on with the latest PS3 news and previews at Yahoo! Games.
---------------------------------
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out.