Memang betul tu, lebih baik kuasa bersuara mufti tu digunakan
kepada mencegah perkara yg utama dulu seperti Budaya
Hedoisme yg melampau, aktiviti pusat maksiat yang tumbuh
bagai cendawan, sumbangkan idea utk mengatasi masalah
murtad drp bersuara kpd perkara yg menimbulkan perdebatan.
Kalau selama ini suara mufti Perak tu macam angin lalu je.
Mungkin suara mufti Perlis yg banyak ilmu ni boleh beri
tamparan hebat kpd kerajaan yang suka berhibur
dan yang masih mengamalkan bidaah untuk kembali
menghormati agama Islam yang telah lama diinjak2 dan
diperlekehkan. Kita tunggulah tindakan mufti muda ni.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum wbt,
Tindakan pun mugkin tidak perlu melampau, mengintip yang berlebihan pun
mungkin tak berapa elok. Tapi kalau pernah berlaku dimana intipan sehingga
menyebabkan pasangan kawin dah pun tertangkap anggaplah itu perkara biasa.
Banyak kes-kes tangkapan dalam apa jenayah sekali pun tersalah tangkap memang
berlaku. Tapi kalau pukui gambar dan tunjuk pula pada orang lain memang tak
beretikalah tu.
Cadangan bertindak seru kerajaan hapuskan cerita2 lucah dalm tv, cd lucah
dah lama dibuat oleh pelbagai pehak. Mufti Perak keluar fatwa SUREHEBOH haram
mufti pun kena marah, dengan menteri pula tu bukan dengan penganjur. Pemerintah
tidak berminat untuk bertindak mencegah sebelum parah. Mereka kata ibubapalah
bertanggungjawab. Setuju ibubapa bertanggungjawab tapi kalau dah remaja
terdedah dengan macam-macam benda yang membawa kearah maksiat yang diberi
permit diberi lesen oleh kerajaan apa ibubapa boleh buat? Bukan saja remaja,
yang dewasa dan yang dah tua pun menjadi. Syaitan berkeliaran tunggu masa nak
rosakkan anak Adam. Cuba jangan beri lesen untuk aktiviti maksiat atau yang
boleh bawa kepada maksiat tak lah maksiat tu berleluasa. Islam pun dah tetapkan
konsep demikian. Yang minum arak memang salah dan berdosa tapi yang jual yang
angkat hidang yang bagi lesen yang sewakan premis pun semuanya salah. Kat
negara kita ni kilang arak sikit punya besar!!!
Berbalik soal intipan mungkin jika tertangkap pasangan yang belum kahwin
dan dalam keadaan yang boleh membawa kepada perzinaan elok diberi peringatan
agar mereka kembali insaf. Rasulullah SAW pernah menasihati orang yang ingin
berzina dengan bertanya mahukah engkau jika orang lain berzina dengan adik
perempuan engkau atau dengan ibu engkau? Ini membuatkan orang itu berfikir
panjang.
Hatta kalau tertangkap mereka yang sedang berzina sekalipun cukup dengan
saksinya hukuman apa yang boleh kita laksana? Sekadar denda atau habis-habis
berat penjara sebulan dua. Disuruh kawin tu bukan hukuman tapi untuk melepaskan
diri dari hukuman.Tak pernah lagi dengar hukuman sebat seratus rotan dijatuhkan
apatah lagi hukuman rejam. Mungkin suasana yang gawat memaksa pihak tertentu
bertindak lebih serius walaupun kurang disenangi oleh kerajaan Pusat. Yang dok
buang bayi sana sini, dalam tong sampah dalam tandas ramai dari kalangan orang
Islam. Mungkin ada pula yang marah kalau dikata ini semua gara2 Islam Hadhari.
Wallahuaklam.
Ibnuali
Kota Jembal
"nik mohd abduh"@yahoo.com wrote:
kalau saudari mahukan sangat pandangan ulamak muktabar berkenaan
"tajassus" ini...ana boleh berikan..dan soal tertangkapnya pasangan suami
isteri..dah banyak berlaku tapi perkara ni tak disebut dalam akhbar la..malu la
pihak yg pergi buat intipan sekiranya benda ni dihebahkan..dan paling memalukan
ada pegawai yang saya sendiri kenali,ambil gambar dan video pasangan2 yg sedang
berdua2an dan pastuh ditunjuk2 pada kawan2..inikah konsep islam yang kita
mahukan??in stead of intipan,lebih baik kita semua DESAK KERAJAAN untuk
hapuskan cerita2 lucah dalam tv,CD2 lucah...kita banteras mende2 macam
AF,MALAYSIAN IDOL dan segala bentuk punca syaitan dalam diri rakyat malaysia
nih..ni duk tangkap sana sini,tapi AF,konsert tetap buat...sampai bila nak
tangkap kawin tangkap kawin tangkap kawin..dah kawin cerai balik..kes2 macam ni
dah byk berlaku..tak selesai dengan intipan..dan dalam islam pn,ade garis
panduan..yg kita duk ikut nafsu bila bercakap tu kenapa?
semoga Allah buka minda dan hati kita..jangan bertindak mengikut nafsu dan
AKAL semata2..kalau dah para ulamak letakkan syarat2 dan garis panduan dalam
soal tajassus,kita ni siapa yang nak bersuara dengan akal semata2..nnti sy
kirimkn pada saudari kenapa tuan mufti bertindak demikian..kalau boleh,bacalah
sampai habis..jangan kerana kita BENCI dari awal lagi ulamak tersebut,kita
terus tolak pandangan beliau..kita smua ni dah la jahil,nak lawan ulamak
pula..astaghfirullah...
susah nak yakinkan manusia yg tidak mahu rujuk pada pandangan ulamak..yang
dia nak rujuk,ular dalam semak..
wassalam
---------------------------------
From: Mira W ahmad
Reply-To: [email protected]
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Terima kasih PM Mufti
Date: Wed, 14 Mar 2007 03:59:09 -0700 (PDT)
Selama ni tak pernah sekalipun tertangkap
pasangan suami isteri??
Kenapa cerita dan takut kepada perkara yg
tak pernah terjadi. Kenapa?
Memang nyata lagi bersuluh yg tertangkap hasil intipan tu
bebudak, bapa budak, pendatang asing, VIP yang buat maksiat di
bilik khas., di private house, di rumah2 sewa di hotel2.
Paling kurang ada rasa cemas dan bimbang pada
lain2 couple nak buat perkara tu. walau bukan takut
dengan dosa tapi at least dapat juga jadi ugutan pd mereka
ugutan malu.
Lagikan intip pun..tak terkawal. Nak mua kan glg ni ke?
nak suruh mereka cekak pinggang cite ttg hak lak ke?
Hak kebebasan ..pelikk.
"nik mohd abduh"@yahoo.com wrote:
tuan mufti tak kata pun soal intip premis2 lain tu..yg dia buka
minda kita adala berkenaan dengan intipan terhadap mereka yg
berkhalwat..bimbang2 tertangkap pasangan suami isteri..kalau lah si suami dan
isterinya sedang bersama,dalam keadaan separa auratnya di tutup,datang pula
pegawai yg membuat siasatan,tidakkah malu dan aib bagi pasangan tersebut..
apa saudara sendiri rasa kiranya saudara sedang bersama isteri dalam keadaan
saudara sebegitu,datang pegawai dan tanya soalan itu ini dalam keadaan isteri
saudara jugak tidak mnutup aurat?aib kan?tuan mufti tidak bercakap atas dasar
kejahiklan..bliau sudah kemukakan hujjah dan dalil..kan islam itu tertegak
dengan hujjah dan dalil dari al-quran dan sunnah..?
soal perkara2 maksiat lain,takkan nak suruh smua benda mufti yg buat..dia
bukannya malaikat ataupun nabi..dia manusia biasa..ader kelemahan..dia bukannya
ader seribu mulut,seribu tangan..nak buat itu ini..dia baru je naik mufti..kita
ni dah pndai nak condemn orang..kekadang ilmu kita ni tak cukup..hanya kerana
kita benci dia,kita terus tak terima ilmu dia walaupun ia
benar..fikirkanla..jgn ikut nafsu..memperlekekan ulamak besar dosanya..cuba la
cek dalam byk2 hadis nabi..
wassalam
mufti ini mungkin alim dalam hal hal ilmu yang tercatit di kertas
kertas tetapi rasanya dia jahil dalam hal hal berkaitan keadaan semasa yang
memerlukan perkara ijtihadiyyah...sekiranya tidak perlu mengintip hal berkaitan
maksiat kiranya tidak mahu mengaibkan manusia yang terlibat dengan maksiat
itu...maka pihak-pihak lain yang bertugas melibatkan penguasaan undang-undang
tidak perlulah melaksanakan pengintipan untuk mencari pembuktian kes-kes
jenayah lain....pihak polis tidak perlulah mengintip dan menyiasat kes-kes
jenayah yang dilaporkan dan yang berlaku...pihak kastam tidak perlulah
mengintip kejadian penyeludupan yang dilaporkan dan berlaku... pihak imigresyen
tidak perlu mengintip dan memeriksa premis untuk mencari pendatang asing dan
ada 1001 macam lagi kejadian jenayah yang tidak perlu diintip , disiasat atau
seumpamanya sekiranya kita tidak mahu mengaibkan perlakuan maksiat..maksiat
bukan sahaja dikhususkan atas perbuatan berdua-duan dalam istilahnya
khalwat atau perzinaan tetapi maksiat juga meliputi perbuatan mungkar yang
lain..merogol..membunuh..menyeludup..memasuki negara cara haram , perasugut ,
rasuah dan 1001 lagi perkara kemungkaran yang mana kalau dibuktikan pastilah
akan mengaibkan si pelaku mungkar tersebut...saranan mufti perlis bukan lah
satu perkara baru atau membuka minda baru dalam fakta dan
keintelektualan...tetapi sekadar memperlihatkan bagaimana seorang yang alim
ilmu-ilmu islam pun masih jumud dan jahil dalam meng instibatkan hukum untuk
kesesuaian keadaan yang memerlukan ijtihadiyyah baru dalam membuktikan sesuatu
kemungkaran....
Apa yang kita tidak bersetuju adalah pengintipan atau pengintaian yang
dilakukan oleh para dalam istilahnya " mat skodeng " yang sememangnya mengintai
dan mengintip sesuatu perlakuan maksiat itu bukan untuk pencegahan dan
penguatkuasaan undang-undang atau seumpamanya tetapi lebih kepada keseronokan
nafsu semata-mata..sudah tentulah hal ini terlarang...
Adalah tidak adil sama sekali menyamakan tugas pegawai Jabatan Agama yang
membuat pengintipan mahupun pemeriksaan atas seseorang ataupun premis atas
tugas dan tanggungjawab pencegahan maksiat dan kemungkaran mahu disamakan
dengan perbuatan mat-mat skodeng yang jelas melakukan perbuatan tersebut untuk
tujuan kenafsuan semata-mata...disinilah menampakkan kejumudan pentafsiran
mufti perlis dalam hal-hal berkaitan dimana beliau telah menjadi jaguh kepada
golongan islam liberal atau yang seumpamanya yang sememangnya mahukan kebebesan
hak untuk sesiapa pun di pelihara tanpa di nilai dengan neraca keimanan serta
syariat islam yang syumul.
Adalah lebih adil kiranya mufti perlis menjuruskan segala daya kemampuan
ilmuannya dalam usaha memartabat dan mendaulatkan syariat Allah swt agar
benar-benar dilaksanakan di negeri yang telah di istiharkan sebagai Perlis
Darul Sunnah daripada mengelirukan ummat dengan pentafsiran jumud beliau dalam
hal yang berkaitan hukum yang boleh di ijtihadkan lagi...
Adalah adil bagi mufti perlis untuk melipatgandakan usaha beliau untuk
membenteras dan mengharamkan dalam kapasiti beliau sebagai seorang mufti dalam
perkara-perkara maksiat yang jelas berlaku yang merupakan dosa-dosa besar
seperti seperti sport toto , kedai-kedai nombor ekor , casino judi di genting
highland , premis-premis arak dan maksiat-maksiat lainnya yang besar sekiranya
mufti perlis ini mendokong pegangan Al-Quran dan As Sunnah serta begitu yakin
bahawa negeri yang beliau menjadi mufti sekarang ini sebagai negeri yang begitu
kuat melaksanakan peraturan Al Quran dan A s Sunnah..
Saya menasihatkan kepada mufti perlis janganlah kiranya atas faktor pangkat
dan kedudukan kamu takut untuk menyentuh perkara-perkara yang lebih
dasar...janganlah sekadar untuk menjaga periok nasi dan kemuliaan penghormatan
dari manusia kamu takut untuk menyatakan yang HAQ walaupun pahit...janganlah
kamu rasakan pandangan dan ilmu kamu lebih hebat dari orang lain kerana itu
akan menjadi hijab antara kamu dengan Allah swt...
Saya adalah antara mereka yang sering menjemput anda berceramah diperingkat
awal lagi sewaktu anda dalam proses pengajian PHD anda...saya dapat rasakan
berbezanya pandangan anda pada waktu itu dengan pandangan yang lebih bebas
dengan hujah keilmuan anda tanpa takut menyatakan kebenaran dengan pandangan
-pandangan anda sekarang...
Adalah lebih benar kiranya anda membuktikan diri anda sebagai pelaksana
pegangan salafiyyah dan dengan kapasiti anda sebagai seorang mufti perlis
sekarang menutup premis-premis perjudian seperti kedai ekor dan seumpamanya di
negeri yang anda menjadi mufti sendiri....kiranya ini tidak berlaku..kami faham
anda bukanlah sebenarnya apa yang diharap-harapkan tetapi sekadar mereka yang
telah berlalu sebelum anda yang sekadar memanaskan kerusi yang anda duduk
sekarang dan mencari glamor dalam isu-isu yang mengelirukan ummat dan
menguntungkan para mungkarat.
Terima kasih PM Mufti
KANGAR 23 Feb. Mufti kerajaan negeri Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainul Abidin
(gambar) berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi yang mengarahkan supaya usaha mewujudkan kumpulan pengintip untuk
mengesan perbuatan sumbang atau maksiat dihentikan.
Dr. Mohamad Asri memberitahu Bernama di sini, arahan yang dikeluarkan Abdullah
sejajar dengan pandangan kerajaan Perlis sendiri yang awal-awal lagi tidak
bersetuju terhadap tindakan mengintip bagi mengesan perbuatan maksiat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan yang memetik
kenyataan Abdullah pada sidang media di Jakarta, Indonesia sebelum berlepas
pulang pada akhir lawatan kerja dua harinya ke republik itu.
Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa pasukan pengintip tidak perlu
ditubuhkan untuk mencegah maksiat walaupun setiap negeri mempunyai bidang kuasa
undang-undang di bawah Jabatan Agama Islam.
Abdullah berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan Terengganu
mempertahankan tindakannya menggunakan khidmat individu tertentu sebagai
pemberi maklumat kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi
mengatasi kes maksiat di negeri tersebut.
Mohamad Asri berkata, beliau bersyukur kerana pandangan yang pertama kali
dicetuskannya sebelum ini mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan negara
walaupun timbul pelbagai pendapat dan spekulasi berhubung cadangan beliau itu.
Mohamad Asri berkata, beliau juga hairan terhadap tindakan kerajaan Terengganu
yang selama ini melaungkan konsep Islam Hadhari tetapi mengambil pendekatan
menggunakan kumpulan pengintip bagi mengesan perbuatan sumbang atau maksiat di
negeri tersebut.
Saya sangkakan ini sebagai sesuatu yang direstui oleh kerajaan pusat tetapi
dengan adanya arahan Perdana Menteri yang meminta semua negeri supaya
menghentikan penggunaan kumpulan pengintip tersebut, barulah saya sedari bahawa
tindakan itu bukanlah arahan di peringkat pusat, katanya.
Mohamad Asri berkata, orang ramai boleh merujuk kepadanya untuk mendapatkan
enam garis panduan yang disediakan dalam membanteras perbuatan sumbang atau
maksiat tanpa menggunakan kumpulan pengintip.
Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_03.htm&arc=hive
---------------------------------
Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy
and free. Do it now...
---------------------------------
Any questions? Get answers on any topic at Yahoo! Answers. Try it now.
---------------------------------
Find singles online in your area with MSN Dating and Match.com!
---------------------------------
Now that's room service! Choose from over 150,000 hotels
in 45,000 destinations on Yahoo! Travel to find your fit.
---------------------------------
Block pop-up ads with MSN Toolbar.
---------------------------------
Food fight? Enjoy some healthy debate
in the Yahoo! Answers Food Drink Q&A.
---------------------------------
The fish are biting.
Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.