Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah Tulisan Ustaz Dr Fathi
Yakan
Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau
adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD
dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang
lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa.
Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua
wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan
menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah
garis pemisah antara keduannya.
Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya
tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang
menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola
bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam
menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan
dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan
rasul-rasul.
(an Nisa 165)
Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi
kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).
Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan
segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia
memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan
seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar
digambarkan.
Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan
laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan
sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar
lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.
Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah
pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong
pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya
bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia
berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat
merbahaya".
Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang
internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.
Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul
dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan
tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan
pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk
mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.
Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan
akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang
gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan
ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka
kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus
berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada
hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk
menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan
mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan
"muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa
dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah
dan keajaiban ini.
Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara
khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun,
perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang
gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati
seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur
pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara
mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)
Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan
dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari
Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita
berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup
pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan
kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan
amal soleh.
Amin ya rabba al alamin.
---------------------------------
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail