DPP KT <[EMAIL PROTECTED]> wrote: APRIL FOOL SEMPENA MAULIDUR RASUL: MUFTI 
TERUS DIHINA OLEH GERAKAN
  
 Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa amat kecewa dengan tindakan 
biadap Parti Gerakan Rakyat Malaysia Wilayah Persekutuan yang meluluskan 
resolusi bagi memecat Mufti Negeri Perak, ekoran dari penyebaran SMS berhubung 
isu murtad pelayar solo, Dato' Azhar Mansor.. 
  
 Tindakan ini amat keterlaluan kerana sehingga ke hari ini belum ada satu 
kepastian atau tindakan undang-undang yang mensabitkan kesalahan tersebut 
kepada Dato Seri Harusani Zakaria. Sesuatu yang diluar tabie bila mana Parti 
Gerakan meluluskan resolusi tersebut sedangkan orang yang tertuduh masih tidak 
dapat dibuktikan kesalahannya oleh pihak berkuasa. 
  
 Perkara kedua yang DPPKT ingin bangkitkan adalah tentang sikap kurang ajar dan 
suka menyibuk Parti Gerakan terhadap urusan umat Islam. Umum mengetahui bahawa 
urusan melantik dan memecat Mufti adalah dibawah bidang kuasa Sultan dengan 
nasihat para Ulama' dan pakar-pakar agama yang menjadi penasihat Sultan. 
  
 Parti Gerakan adalah Parti yang disertai oleh majoriti mereka yang bukan Islam 
dan tidak layak untuk menasihati Sultan dalam hal ini. Resolusi tersebut 
diluluskan bagi membalas dendam dan cuba untuk meruntuhkan hak istimewa orang 
Melayu dan umat Islam.
  
 Tindakan berniat jahat dan cuba menghasut masyarakat AGAR membenci institusi 
Mufti dan ulama' ini telah dirancang dengan rapi setelah kegagalan mereka 
menarik penyertaan Mufti dan Ulama' dalam Majlis Perundingan Antara Agama 
(IFC). 
  
 Tindakan ini juga telah mengkhianati perpaduan dan rasa hormat yang dipupuk 
kalangan rakyat berbilang bangsa selama ini. PAS menghormati kepercayaan semua 
agama tetapi itu bukan bermakna mereka boleh meminta untuk masuk campur atau 
menjadi batu api bagi melaga-laga umat Islam dengan masyarakat lain. 
  
 Parti Gerakan perlu meminta maaf secara terbuka dan menarik balik resolusi ini 
atau mereka terpaksa berhadapan dengan kutukan dan kebencian dari seluruh umat 
Islam yang merasa marah dengan sikap kurang ajar mereka ini. 
  
 DPPKT melihat bahawa Parti Gerakan sengaja meluluskan resolusi ini pada 1 
April 2007 dalam konvensyen mereka yang dianggap sebagai hari april fool untuk 
mereka mempersendakan Islam dinegara ini. Selain itu, mereka sengaja memilih 
tarikh ini memandangkan pada 31 Mac 2007 sehari sebelum itu adalah hari 
memperingati ulang tahun kelahiran Rasulullah s.a.w. Dan ini juga adalah satu 
penghinaan kepada seluruh umat Islam kerana kita tahu bahawa Mufti adalah 
cerminan dan pewaris perjuangan Rasululah.
  
 Mereka sengaja mencari alasan untuk mewujudkan rasa kebencian dalam diri 
seluruh rakyat Negara ini terhadap Mufti, khususnya kepada Mufti Negeri Perak 
yang dilihat lantang bersuara dalam kebanyakkan isu yang berkaitan dengan 
murtad dan gejala maksiat. Kita juga maklum bahawa ini adalah salah satu 
rangkaian serangan saraf yang dimainkan setelah beberapa cubaan untuk 
menjatuhkan Mufti Perak sebelum ini menemui jalan buntu. Mereka mahu menutup 
mulut Mufti dari terus bersuara, tetapi mereka lupa bahawa akan ada lebih ramai 
lagi Mufti dan umat Islam yang akan tampil kehadapan bagi mendaulatkan Islam 
dinegara ini. 
  
 DPPKT menyambut cadangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan untuk mengadakan 
Demontrasi membantah tindakan kotor Parti Gerakan ini. Seharusnya bukan sahaja 
Demontrasi tetapi satu Laporan Polis perlu dibuat bagi memastikan 
pemimpin-pemimpin Parti Gerakan disiasat kerana tindakan mereka ini telah 
menimbulkan unsur-unsur hasutan yang cuba merosakan perpaduan antara Kaum.
  
 DPPKT juga mencabar Pemuda UMNO untuk turut hadir dalam demontrasi ini dan 
menghunuskan keris mereka kepada Parti Gerakan sebagai tanda amaran agar mereka 
membatalkan resolusi tersebut. 
  
 Tapi, menjadi tanda tanya bagi seluruh rakyat. Adakah Pemuda UMNO berani untuk 
berdemontrasi? Dah banyak kali Pemuda PAS mengajak mereka turun bagi 
memperjuangkan isu-isu umat Islam, tetapi mereka enggan kerana ingin menjaga 
sokongan bukan Melayu. 
  
 Selama ini mereka banyak tunduk, malah adalah kalangan mereka yang menyokong 
kumpulan IFC dan Parti Gerakan bagi menjatuhkan Mufti. Mereka mengupas segala 
kenyataan Mufti dan mempelekehkannya dengan akal tohor mereka bagi mengampu 
undi dari mereka yang bukan beragama Islam. 
  
 Pemimpin UMNO tidak berani menegur kerana mereka takut BN pecah belah dan 
untuk itu mereka rela menjadi manusia bacul yang tidak bermaruah. Mereka selalu 
mengatakan bahawa isu sebegini adalah isu terpencil kerana melibatkan seorang 
individu. Hakikatnya, persoalan yang bermain dikotak pemikiran umat Islam kini 
bukanlah tentang kedudukan Dato Seri Harusani Zakaria sahaja, tapi maruah dan 
intergriti institusi Mufti dan Kesultaanan Melayu yang memayungi agama Islam 
dinegara ini.
  
 Ini bukan perkara remeh. Ianya soal kelangsungan sebuah generasi yang beragama 
dan Mufti adalah sebahagian dari diri umat Islam itu sendiri. 
  
 Sekali lagi DPPKT menegaskan agar Parti Gerakan mendengar bantahan yang 
dikemukakan dan menarik balik resolusi berkenaan sebelum segalanya dikerandakan 
bersama ideologi mereka sebagai kenangan kejahilan dan kebiadapan mereka. 
  
 Suhaimi Abdul Aziz
 Timbalan Ketua
 Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa
 

 
                
---------------------------------
 Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...

Kirim email ke