Assalamualaikum...

 

Rakyat Malaysia khasnya umat Islam hanya ada satu cara untuk
menyelamatkan negara ini dari tergadai akibat kerakusan manusia yang
tamak...

Kita semua harus berusha sesunggohnya untuk meletakkan golongan yang
berhasrat untuk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini.....

Hanya golongan ini yang nawaitunya kerana Allah, insyaAllah tidak akan
melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan hukom syarak kerana
takut akan siksaan Allah di hari pembalasan nanti...

Kepada PAS dan Keadilan, jauhilah DAP, kerana mereka ini terang terangan
menolak Islam.....jadi untuk apa bertaut dengan mereka ini, jika untuk
mendapatkan sokongan kaum selain dari Melayu di dalam Keadilan sudah
lengkap.....

Tanpa DAP, PAS dan Keadilan boleh mencapai kejayaan jika mula bekerja
dari sekarang.....jangan tunggu saat saat akhir baru nak mula panaskan
enjin, jelajahlah keserata pelusok kampong untuk sampaikan maklumat
supaya pengundi dapat difahamkan mengapa mereka perlu menolak pemerintah
yang tidak adil......

 

 

________________________________

From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
Behalf Of hilyah mohd khalid
Sent: Wednesday, 4 April 2007 9:32 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] ORANG MELAYU AKAN MENJADI HAMBA
!

 

Sir Arthur Conan Doyle pernah mengatakan di dalam buku "Sherlock Holmes"
beliau; "Sejarah akan berulang" (History will repeat itself)
bukankah peristiwa seperti ini pernah berlaku di Tanah Melayu, tanah
tergadai akibat kuasa? tapi pernahkah kita (generasi sekarang) mengambil
iktibar ?

agaknya nak tunggu dah terantuk baru nak tergadah kot...dah tergadai
baru nak beli balik...

wallahua'lam


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

        Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah kawasan
        pembangunan seluas 2,200 km persegi di Johor yang
        membabitkan pelaburan RM47 bilion bagi menjana
        pertumbuhan dan aktiviti ekonomi antara tahun 2006 dan
        2010, serta RM335 bilion lagi dalam tempoh 15 tahun
        (2011-2025). 
        
        Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan menjadi hamba
        kerana tanah milik mereka terpaksa dijual kepada
        pelabur asing yang menawarkan harga yang tinggi.
        Katanya, adakah orang Melayu boleh menolak jika tanah
        mereka ditawarkan harga tiga kali ganda daripada harga
        semasa. 
        
        "Siapakah yang akan melabur dan membina bangunan di
        kawasan itu? Sudah tentu orang Israel kerana mereka
        ada kedutaan di republik itu (Singapura)," kata Dr
        Mahathir lagi ketika berucap di majlis forum rakyat
        mengenai kepimpinan Melayu dalam era globalisasi
        anjuran Umno cawangan Kulai Besar di Kulai, Johor pada
        29 Mac 2007. 
        
        "Saya ingin bertanya kepada orang Johor, adakah mereka
        rela tanah mereka digadai kepada orang asing itu
        (Singapura)," katanya. Tetapi, katanya, orang Johor
        tidak membantah seolah-olah mereka rela negeri mereka
        dijajah semula. Dr Mahathir berkata, beliau percaya
        kepada kebolehan orang Melayu tetapi mereka tidak
        boleh bersaing apabila berada dalam WPI.
        
        PAK LAH SETUJU HAK ISTIMEWA MELAYU JOHOR DILUCUTKAN 
        
        Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad
        Badawi secara tidak langsung bersetuju dengan
        pandangan Tun Musa Hitam penasihat Wilayah Pembangunan
        Iskandar agar hak istimewa Melayu Johor dihapuskan
        untuk menarik pelabur asing. Laporan akhbar New
        Straits Times 22 Mac 2007 menyebut "Prime Minister
        Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday announced
        the first set of incentives for the Iskandar
        Development Region (Iskandar) and top of the list is
        that investors do not have to comply with a rule that
        favours Bumiputeras. There will also be 10-year tax
        holidays and the freedom to employ foreign employees
        within certain zones." (Perdana Menteri Datuk Seri
        Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pakej
        pertama insentif untuk Wilayah Pembangunan Iskandar
        dan yang mendahului keutamaan ialah pelabur tidak
        terikat kepada sebarang syarat yang memberi
        keistimewaan kepada Bumiputera..... dan kebebasan untuk
        mengambil pekerja asing sepenuhnya (tanpa perlu kuota
        Bumiputera))
        
        Ini bermakna syarikat atau warga asing yang ingin
        melabur di Johor tidak akan terikat dengan hak
        istimewa Bumiputera iaitu orang Melayu. Dalam erti
        kata lain selama ini dengan adanya hak istimewa orang
        Melayu menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk
        melabur di Malaysia dan menyekat kemajuan sesebuah
        negeri.
        
        MUSA HITAM GESA HAPUSKAN HAK ISTIMEWA MELAYU JOHOR
        
        Tun Musa Hitam menggesa agar hak istimewa orang Melayu
        di Johor dihapuskan supaya lebih ramai pelabur luar
        akan melabur di negeri Johor. Itulah tajuk termuramah
        yang disiarkan oleh Bloomberg pada 21 Mac 2007.Tun
        Musa Hitam dan jutawan billionaire Malaysia Robert
        Kuok adalah merupakan salah seorang dari lima
        penasihat Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang
        dilantik oleh kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Hj
        Ahmad Badawi.
        
        March 21 (Bloomberg) -- Malaysia should exempt the
        southern state of Johor from policies that favor the
        ethnic Malay majority to help attract foreign
        investors to the area, former Deputy Prime Minister
        Musa Hitam said. (Malaysia sepatutnya mengecualikan
        negeri Johor daripada polisi yang memberi keistimewaan
        kepada majoriti orang Melayu untuk menarik pelabur
        asing ke negeri itu..)
        
        *************************************************************
        Blog Cikgu Badrul http://www.pemudapasseremban.net
<http://www.pemudapasseremban.net>  
        Laman Web Dewan Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
<http://www.sriminang.com> 
        Laman Web Dewan Pemuda PAS Seremban
http://www.pemudapasseremban.net <http://www.pemudapasseremban.net> 
        Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
<http://pasns.blogspot.com> 
        
        __________________________________________________________
        Expecting? Get great news right away with email Auto-Check. 
        Try the Yahoo! Mail Beta.
        http://advision.webevents.yahoo.com/mailbeta/newmail_tools.html
<http://advision.webevents.yahoo.com/mailbeta/newmail_tools.html>  

 

  

________________________________

TV dinner still cooling?
Check out "Tonight's Picks"
<http://us.rd.yahoo.com/evt=49979/*http:/tv.yahoo.com/>  on Yahoo! TV.

 

*** WORLEYPARSONS GROUP NOTICE ***
"This email is confidential.  If you are not the intended recipient, you must 
not disclose  or  use the  information contained in it.  If you have received 
this email in error,  please notify us immediately by return email and delete 
the email and any attachments. Any personal views or opinions expressed by the 
writer may not necessarily reflect the views or opinions of any company in the 
WorleyParsons Group of Companies."

Kirim email ke