DESAK MUFTI PERAK DIPECAT
MANA MUFTI – MUFTI LAIN ?

April Fool

1 April 2007 di saat tamadun barat dan masyarakat yang terpengaruh dengannya 
berseronok melakukan april fool , menyakat dan mempersenda pihak lain tanpa 
mempeduli sentiment pihak yang dibuli , Negara dikejutkan dengan resolusi 
Konvensyen Parti Gerakan yang mendesak supaya Sohibus Samahah Mufti Perak 
dipecat .

Resolusi mendesak agar Mufti Perak Dato’ Seri Harussani Zakaria dipecat 
berasaskan tuduhan beliau menyebarkan sms palsu melibatkan isu murtad dan Dato’ 
Azhar Mansur. 

Pertama saya melihat , mutaakhir ini telah lahir satu keberanian dari pihak 
bukan Islam malah turut lahir dari muslim yang jahil lagi aa’si ( yang 
bergelumang maksiat ) untuk menghina serta memperlekeh Islam dan ummatnya.

Tidak hairan keluarnya resolusi sebiadab itu di zaman mutaakhir ini. Justeru 
itu adalah siri percubaan mereka untuk menguji sensitivity ummat Islam dengan 
melakukan penghinaan dan perlecehan ke atas institusi – institusi penting dan 
bermaruah dikalangan ummat Islam .

Dari situ , mereka bagaikan terus mengukur tahap kekuatan ummah yang dilihat 
secara umumnya sedang mengalami gejala susut nilai , surut moral dan luntur 
aqidah yang kian parah.

Saya sangat yakin , isu di sini bukan penyebaran sms palsu lantaran isu 
tersebut masih dalam siasatan polis dan kes belum diputuskan , dengan maksud 
Dato’ Seri Harussani Zakaria belum didapati bersalah . Saya percaya mereka 
memahami dan mengetahui perkara ini .

Resolusi tersebut jelas bermaksud jahat untuk terus memberi tekanan ke atas 
ummat Islam dan dilihat bagaikan dendam kesumat yang dilempiaskan kepada Dato 
Seri Harussani Zakaria setelah melihat potensi Mufti Perak yang konsisten dalam 
isu murtad .

Benarlah firman Allah swt .

لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود و الذين أشركوا .

Kamu akan dapati , manusia yang paling dahsyat tahap kebencian dan dendamnya 
terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan mereka yang menyengutukan 
Allah .

Surah al Maaidah : 82

Kerajaan Pekak

Gerakan menghina Islam dan memperlekeh ummatnya disusun rapi dan terancang. 
Saat ummat Islam yang semakin jauh dari Al Quran dan Sunnah sebagai pedoman 
hidup , merupakan kesempatan terbaik mereka untuk terus menekan bertubi kali ke 
atas Islam dan ummatnya.

Seakan tiada lagi perkara yang membimbangkan mereka untuk terus membuli Islam 
dan mendera ummatnya . Harapkan kerajaan yang memerintah , ternyata mereka 
tidak pernah peka terhadap isu yang membabitkan sentiment agama dan ummat 
Islam. Bukan sahaja mereka tidak peka bahkan pekak kedua telinganya.

Mereka hanya sensitive jika ada sekolah yang terlupa menyanyikan lagu negaraku 
di perhimpunan mingguan sekolah .

Demi Allah ! saya bersaksi mata dan telinga bahawa Kerajaan UMNO dan BN tidak 
pernah serius terhadap isu yang melibatkan maruah dan martabat ummah.

Apa yang mereka fakir saban hari dan waktu ialah bagaimana mahu mengekalkan 
survival kuasa mereka biarpun menggadai maruah agama dan bangsa.

Helah Bermadah .

Sewaktu Mufti Perak lantang melontarkan isu murtad dengan pelbagai angka yang 
menggerunkan , PAS bersama ummat Islam yang prihatin bangkit menyokong Mufti 
Perak dan mendesak Kerajaan supaya mengambil tindakan drastic guna menangani 
gerakan irtidad yang kian marak .

Sehingga sekarang , usahkan menggubal undang – undang untuk melaksanakan 
hukuman murtad di parlimen yang dikuasai oleh mereka , sepatah kata untuk 
menyokong pun tidak kedengaran . Sebaliknya mereka pula bertubi – tubi 
mengambil peranan kumpulan IFC dan Artikel 11 untuk hentam Mufti Perak.

Mempersoalkan angka yang dibawa oleh Mufti Perak dengan menenggelamkan isu 
murtad yang sepatutnya menjadi focus. Inilah helah bermadah dari UMNO dan BN .

Mufti Perak Bersendirian lagi .

Dalam menghadapi isu resolusi biadap parti GERAKAN , sekali lagi PAS dan ummat 
Islam prihatin bangkit membantah dan menunjuk perasaan mereka yang jengkel 
terhadap percubaan demi percubaan memperlekehkan ummat Islam.

Saya hairan dan sangat pelik , dalam situasi begini kemana perginya rakan – 
rakan mufti yang lain ? Apakah mereka tidak prihatin ? atau mereka juga 
menganggap Mufti Perak benar – benar bersalah lalu wajar resolusi itu lahir 
dari parti GERAKAN ?

Semua pihak tahu , 

Pertama : bahawa Dato’ Seri Harussani belum pun disabitkan bersalah dalam isu 
penyebaran sms palsu itu ( kalau ia benar – benar palsu ).

Kedua : Soal pecat dan lantik mufti ini adalah dibawah kuasa sultan yang 
memerintah negeri masing – masing tanpa perlu campurtangan dari mana – mana 
pihak . kalaupun mereka nak menasihati sultan bukan itu caranya . 


( dengan mengeluarkan resolusi dalam konvensyen yang kemudiannya diwartakan di 
dada akhbar kecuali mereka bermaksud mencabar kuasa sultan sebagaimana yang 
pernah dilakukan oleh UMNO satu masa dulu )

Kemana rakan – rakan Mufti yang lain ?

Dalam isu ini , kita tidak lagi melihat batang tubuh Dato’ Harussani Zakaria 
tetapi mesti dilihat kepada sentiment yang ditimbulkan terhadap isu ini. Mereka 
menyerang Dato’ Seri Harussani kerana isu sms yang berkait dengan kes murtad .

Sebab diluar sana terlalu banyak sms palsu yang disebarkan , kenapa tiada satu 
pun resolusi dari parti GERAKAN ?

Sms palsu mengenai peraduan Akademi Fantasia sehingga ramai yang tertipu, 
kenapa parti GERAKAN diam membisu dan tidak berGERAK ?

Apabila tiba isu yang melibatkan Dato’ Harussani , memaksa GERAKAN membawa satu 
resolusi kepada umum agar beliau di pecat . Apakah ini semua kalau tiada niat 
yang jahat tersembunyi disebalik agenda ?

Soal saya , apakah rakan – rakan sejawat dengan Dato’ Harussani tidak merasai 
bahang seperti itu ? atau ada mufti yang bertepuk tangan melihat Dato’ 
Harussani dibantai dan dihentam ?

Kalau kita boleh tegas dalam isu sapu muka selepas solat , membaca qunut di 
solat subuh , menadah tangan ketika berdoa .

Kalau kita boleh bertegas dalam isu itu bida’ah dan ini bida’ah , kenapa kita 
tidak boleh memberi penegasan dalam isu sebegini ?

Saya juga mempunyai banyak perbazaan pendapat dengan Mufti Perak , tetapi 
apabila beliau menghadapi situasi yang seperti ini , maka saya bangun memberi 
sokongan dan sokongan ini bukan semata – mata untuk batang tubuh beliau justeru 
saya tidak memiliki sebarang kepentingan dengan beliau, tetapi sokongan dan 
dokongan buat ummah seluruhnya yang sedang dihimpit dan diperlekeh.

Bangkitlah Ummah !

Akhirnya saya menyeru agar , seluruh ummah dan para ulama’ jua intelektual 
Islam agar bangun mempertahankan Islam dan maruah ummah.

Usah lagi kita bertelagah dalam isu yang kecil lagi remeh sedang ada pihak yang 
cuba untuk melumpuhkan Islam dan ummatnya.

وا اسلاماه ! 



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Friday, 6 April, 2007 8:20:09 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mahathir, Ku Li suarakan kegelisahan orang 
Melayu


Cek gembira baca cerita kat http://www.detikdai ly.net/  ni. 2 gergasi politik 
Malaysia kini telah berbaik semula demi negara tercinta. Semoga mereka dapat 
meneruskan perjuangan bersama rakyat lain no.

Mahathir, Ku Li suarakan kegelisahan orang Melayu
Posted on Tuesday, April 03 @ 03:15:40 CDT by reformis
 Tanpa menyebut nama, Mahathir menceritakan bagaimana beliau melantik seorang 
yang pernah menentangnya menjadi “putera mahkota” dan orang itu hari ini 
menjadi “maharaja” politik Malaysia.


Oleh A Kadir Jasin


PADA hari Jumaat 30 Mac dua pemimpin veteran tanah air yang pernah bermusuh – 
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah – berkongsi pentas.  
Tempatnya ialah Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 
dan acaranya ialah Ceramah Agung Tahunan anjuran Persekutuan Badan Pendidikan 
dan Pembangunan Melayu.

Tengku Razaleigh adalah ucaptamanya dan tajuk pembentangan beliau ialah 
“Pemikiran dan Visi Tun Abdul Razak Dalam Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia 
Merentas Sempadan Etnik”. Dr Mahathir yang mendengar pidato Tengku Razaleigh 
dari awal hingga akhir kemudian dijemput – atau lebih tepat digesa oleh hadirin 
– untuk membuat ulasan.

Beliau agak terkejut kerana dia tidak dijadualkan membuat sebarang ucapan.  
Dalam huraian ringkasnya Dr Mahathir menyebut mengenai perhubungan beliau yang 
lama dan berliku dengan Tengku Razaleigh.

Beliau bercakap mengenai turun naik, suka duka, setuju dan tidak setuju dalam 
politik, mengenai toleransi beliau terhadap tentangan dan perbezaan pendapat 
dan mengenai beliau membawa masuk semula hampir kesemua penentangnya ke dalam 
Umno dan Kabinet.

Tanpa menyebut nama, beliau menceritakan bagaimana beliau melantik seorang yang 
pernah menentangnya menjadi “putera mahkota” dan orang itu hari ini menjadi 
“maharaja” politik Malaysia.

Beliau bercerita bagaimana Tengku Razaleigh hampir-hampir kembali menganggotai 
Kabinetnya tetapi beliau dipaksa “review” keputusannya kerana Tengku Razaleigh 
menyerangnya dalam temu bual dengan majalah Far Eastern Economic Review 
(sekarang sudah ditutup).

Tengku Razaleigh dalam pidatonya yang kemas dan mantap menyesali 
tindakan-tindakan yang menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti yang 
diilhamkan oleh Tun Abdul Razak gagal mencapai matlamatnya.

Beliau lebih kecewa kerana kini Umno dan pemerintahan yang dipeloporinya bukan 
sahaja tidak lagi komited kepada idealisme DEB, malah bulat-bulat menolak serta 
bertindak dengan cara yang mensabotaj keunggulan visi Tun Abdul Razak itu.


Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh merujuk kepada konsep pokok Wilayah 
Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) dan pewujudan dua zon bebas 
(Free Access Zone) sebagai contoh mutakhir penolakan DEB oleh pentadbiran 
sekarang.


Kedua pemimpin veteran itu bimbang aset negara, khasnya yang dipegang oleh 
Bumiputera, akan jatuh ke tangan orang asing dan tidak mungkin boleh ditebus 
kembali.


Tengku Razaleigh merujuk kepada penaklukan ekonomi dan ketenteraan oleh Israel 
ke atas Palestin manakala Dr Mahathir kepada penjualan Singapura kepada British.


Sejak majlis itu, banyak orang bertanya apakah “significance” atau pentingnya 
pertemuan dua bekas pemimpin veteran itu dan hujah-hujah yang mereka 
ketengahkan?


Pentingnya pertemuan itu, pada hemat saya, terletak kepada faktor-faktor 
berikut:-


1. Ia berlaku di dalam kawasan sebuah institusi ilmu yang ulung di Malaysia di 
mana banyak pemimpin negara dilatih, kesedaran politik dan sivik disemai dan 
dasar negara diilhamkan. (Tahniah kepada kepemimpinan UM kerana terus membuka 
pintunya kepada percambahan idea dan penjanaan ilmu.);


2. Ia melibatkan dua pemimpin veteran yang terbukti kecerdikan, keluasan 
pemikiran dan sumbangan kepada negara;


3. Dua pemimpin ini pernah bersetuju dan tidak bersetuju demi perjuangan untuk 
agama, negara dan bangsa;


4. Dua pemimpin veteran ini kini tersingkir daripada arus perdana politik 
negara, khasnya politik Umno, kerana mereka terus bersuara memberi amaran dan 
ingatan tentang ancaman kepada masa depan bangsa Melayu, Umno dan negara;


5. Idea-idea yang mereka ketengahkan adalah idea-idea yang penting kepada 
penerusan kontrak sosial antara pelbagai kaum di Malaysia yang kini semakin 
dipertikaikan kerana orang Melayu sendiri yang berupa peribumi, bangsa induk 
dan kumpulan majoriti sudah tidak lagi berani, tahu atau berasa perlu untuk 
mempertahankan keistimewaan mereka;


6. Walaupun media massa arus perdana yang dikawal pemerintah tidak memberi 
pendedahan kepada pertemuan dua pemimpin itu dan kepada hujah-hujah mereka, 
namun cukup banyak orang mengetahuinya. Ini secara langsung membuktikan bahawa 
cukup ramai rakyat Malaysia kini mendapat maklumat daripada media massa 
alternatif seperti laman berita Internet dan blog; dan


7. Yang paling menarik dan mungkin juga terpenting ialah hakikat bahawa ada 
pemimpin akar umbi Umno seperti di Kulai Besar, Johor dan badan-badan bukan 
kerajaan Melayu seperti Persatuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu yang 
berani mengambil risiko menjemput dua pemimpin veteran ini untuk menjana ilmu.



To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre.



        
        
                
___________________________________________________________ 
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more at 
the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes. 
http://uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http://mail.yahoo.net/uk 

Kirim email ke