Kalau tempat kita bermasalah, jalan tar yg tak elok atau masih tanah merah,
sekolah baru tiada, atau tak cukup dan apa jua permintaan rakyat, aduan dsbnya
tidak diendahkan,atau tak cukup dana atau alasan paling fofular.. kerajaan tak
dapat nak tanggug.. maka berharaplah semoga wakil rakyat, wakil dun ke cepat2
la mati
-----------------------
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20070406104603/Article/indexm_html
PilihanRaya DUN MACHAP: Bantuan RM500,000 dari Kerajaan Negeri untuk
memenangkan calon BN
Oleh Yusri Abdul Malek
ALOR GAJAH: Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM500,000 bagi pembinaan
jambatan, rumah untuk rakyat termiskin, balai raya dan tandas curah untuk
kemudahan penduduk Orang Asli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata semua projek
berkenaan akan dilakukan serta-merta dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh
satu setengah bulan.
Sebuah jambatan konkrit bernilai RM200,000 akan dibina di Kampung Orang Asli
Air Dusun kerana jambatan sedia ada dihanyutkan arus deras baru-baru ini.
Begitu juga dua buah balai raya bernilai RM30,000 setiap satu akan dibina di
penempatan Orang Asli di Kampung Kubang Badak dan Bukit Putus, untuk kemudahan
mereka menjalankan aktiviti serta menjalankan sesuatu majlis.
Menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), kita akan membina enam rumah
bernilai RM13,000 setiap satu di Kubang Badak dan lebih 50 tandas curah di tiga
perkampungan berkenaan. Selain itu, bekalan air bersih turut disalurkan kepada
penduduk ketiga-tiga perkampungan berkenaan, katanya pada sidang media selepas
merasmikan dewan serba guna Kampung Air Dusun, Tebong, kelmarin.
Mohd Ali berkata, kerajaan mahu penduduk Orang Asli menikmati kemudahan seperti
dinikmati kaum lain.
Kerajaan akan juga membina tandas di luar yang lengkap dengan bekalan air.
Begitu juga balai raya yang dibina akan turut menempatkan tandas awam, katanya
---------------------------------
Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.