Salam wbt.
  
  Dapatkan keterangan lanjut di www.zaharuddin.net Boleh juga dapatkan rakaman 
beliau berkenaan isu halal haran dalam pelaburan.  

"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:                                          
        Lagi banyak dipelajari tentang hukum fekah lagi banyak kita ketahui
  perkara mungkar yang kita buat. KWSP sudah ada sejak puluhan tahun lagi.
  Tapi baru tahun ini orang awam Islam yang peka yang "tersedar" tentang
  halal/haram pelaburan KWSP. Begitu juga saham amanah. Sejak beberapa
  tahun kebelakangan ini orang mula sedar yang banyak pelaburan yang
  dibuat didalam kaunter yang tidak halal.
  
  Saya percaya, akan datang, akan ada lebih banyak lagi "kesedaran" yang
  akan timbul hasil dari  penghayatan Islam mengikut kacamata Quran dan
  sunnah. Mungkin kesedaran yang bakal timbul ialah "kesedaran" politik
  dan akidah. Jika 2 "kesedaran" ini mula timbul, maka umat Islam dinegara
  ini perlu membuat keputusan samada mereka masih mahu duduk didalam
  kongkongan sekular atau berhijrah kepada Islam secara total. (Hijrah
  secara separuh separuh tidak diterima oleh Islam dan mungkin boleh
  merosakkan iman).
     
  
  >>> "Jet Li (m)"  05/04/2007 07:15:12 >>>
  Assalamualaikum dan selamat Sejahtera Semua
  Selamat menyambut hari keputeraan Baginda
  Rasulullah SAW.
  
  Beberapa minggu lepas, kita didedahkan oleh akhbar
  tempatan serta majalah tempatan tentang pelaburan
  internet adalah Haram.
  
  Harian Metro 18 Mac pula beria-ria, seolah-olah
  bertepuk kedua-dua tangan apabila kononnya Jawatankuasa
  Fatwa Negeri Perlis mengatakan pelaburan internet adalah
  HARAM. Saya tidak membaca lapuran tersebut,
  tetapi bagi saya, adalah tidak adil dengan hanya
  mengatakan semua pelaburan internet adalah haram,
  
  Kalu betul sudah ada keputusan Majlis Fatwa Ulama,
  sepatutnya mesti memberitahu dengan jelas, pelaburan dari
  dari syarikat yang mana satu, dengan menyebut satu persatu
  dan bukannya main sebut "semua pelaburan internet adalah
  haram".
  
  Harian Metro pula melaporkan ada beberapa orang pelabur
  yang  kononnya menyesal kerana memakan duit haram
  hasil dari pelaburan haram ini, saya ingin mengucapkan
  tahniah kepada yang betul2 menyesal ini, diharap mereka
  sudah bertaubat.
  
  H.Metro menulis di muka hadapan iaitu "SAHAM NERAKA"
  
  Saya dapat merasakan begitu terkedu hati pelabur2 internet
  ini pada masa itu apabila dihentam oleh kawan2 di pejabat
  yang tidak membuat pelaburan internet (sebab mereka tidak
  ada duit).
  
  Apa yang menjadi kemusykilan saya disini ialah begini;
  1. Adalah menjadi sangat tidak adil, sekiranya pada masa
  yang sama kita dan anak bini kita sedang memakan dari
  hasil yang haram lalu kita menghentam orang lain dan mengutuk
  orang lain yang membuat pelaburan haram di internet.
  
  Yang paling jelas, saya lihat di Harian Metro ada mengiklankan
  keputusan LOTERI, TOTO, 4D dan sebagainya. Bagi saya
  Loteri, Toto dan seangkatan dengannya ini sudah wujud sebelum
  pelaburan internet lagi, jadi sudah lama H Metro ini telah
  menerima dan bersubahat dengan syarikat perjudian haram ini.
  
  Hasil daripada bayaran dari syarikat perjudian dari duit haram
  inilah yang digunakan sebahagiannya untuk membayar
  gaji atau bonus kepada pekerja-pekerja mereka, termasuklah
  penulis-penulis ruangan agama di akhbar mereka, semuanya
  makan duit haram dan bakal di bakar di Neraka bersama-sama.
  
  Ini tak termasuk lagi saham Harian Metro laburkan, adakah
  semuanya bertepatan dengan syariah.....
  
  Kalau ulama yang betul ikhlas, menulislah dimana2 akhbar
  namun untuk menerima bayaran tidak sama sekali. Kalau
  mereka menulis ruangan agama, tetapi menerima bayaran
  dari duit haram ini juga... bagi pendapat saya adalah 2 x 5
  jugak.........
  
  Beberapa akhbar serta majalah tempatan menunjukkan
  yang mereka begitu alim menghentam pelaburan di internet
  kononnya haram dan riba, maka rakyat Malaysia menjadi
  keliru kononya HANYA pelaburan yang diiktirafkan oleh
  kerajaan sahaja adalah HALAL. Sepatutnya ULAMAK
  serta persatuan-persatuan Islam juga tidak berhenti-henti
  memberitahu di surat khabar bahawa pelaburan seperti di
  ASB juga Haram, saya pernah terbaca beberapa bulan dahulu
  di laman web zaharudin.com. ASB adalah HARAM, Bank-bank
  di Malaysia yang mengamalkan sistem perbankan konvensional
  juga HARAM, Pinjaman peribadi, kereta, rumah juga melibatkan
  RIBA. Kenapa akhbar2  seperti Harian Metro atau Kosmo tidak
  bising2 tentang benda HARAM ini.
  
  Semua pekerja-pekerja mereka juga sepatutnya menyesal
  dan bertaubat kerana telah melakukan perkara terkutuk ini dah
  bertahun-tahun menerima hasil ini dan diberi makan untuk anak
  bini dan menjadi darah daging mereka, semua ini bakal di BAKAR
  api neraka. Kerajaan mempromosikan ASB begitu hebat suatu
  ketika dahulu, asb adalah Amanah Saham Bumiputera yang
  dikhaskan untuk kaum bumiputera yang majoritinya melayu dan
  Islam, tetapi kerajaan mempromosikan dan menyediakan benda
  HARAM kepada rakyatnya.
  
  Yang paling menyedihkan sekali bagi saya adalah pinjaman
  pelajaran, bagi pelajar2 yang hendak melanjutkan pelajaran ke
  IPTA, dahulu masa zaman saya, ada pinjaman dari MARA atau JPA
  tanpa interest, tetapi sekarang itu semuanya dah tak ada bahkan
  diganti dengan PTPTN yang menetapkan interest sebanyak 4%
  setahun. Bagi saya interest itu dalam Bahasa Inggeris, tetapi kalau
  dalam Bahasa Melayu adalah BUNGA dan ia adalah RIBA. Saya tidak
  mahir sangat dari segi bahasa ni, tapi saya rasa hukummya sama
  dengan RIBA dan sama-sama bakal memakan daging busuk diakhirat
  nanti.
  
  Yang terbaru pulak nih adalah KWSP buat pelaburan HARAM
  seperti yang di dalam attachment dari ahli kita di hidayahnet.
  Kerajaan tidak boleh memberi alasan kononnya ada yang
  pencarum bukan Islam dalam KWSP. Tidak semestinya kalau
  ada pencarum bukan Islam maka kita kena melabur ditempat
  haram. Kerajaan kita yang menentukan, walaupun sedikit dan terhad
  tapi HALAL, itu lebih berkat.
  
  Ada pula pekerja2 bank yang tahu bekerja di institusi yang
  mengamalkan RIBA adalah Haram tetapi masih tetap bekerja
  disana dan memakan hasil yang haram kerana kononnya
  mereka berkata "DARURAT". Bagi saya, selagi kita yang tinggal
  di Malaysia adalah bukan darurat, lainlah kalau kita tinggal di
  negara yang diperintah oleh orang-orang Kafir seperti Amerika,
  Jepun, dan lain2. Kita dibawah pemerintahan yang mengaku
  beragama ISLAM, bahkan bukan hanya Islam, tetapi ISLAM HADHARI
  lagi. Kerajaan kita boleh mengubah sistem pemerintah yang
  bagaimana, kerajaan boleh menentukan sama ada yang halal atau
  yang haram untuk rakyatnya. Kalau kerajaan tak mampu memilih
  yang mana satu haram atau halal, maka rakyat sebenarnya
  BOLEH memilih jenis kerajaan yang bagaimana yang kita mahu.
  
  Saya cuma nak mengingatkan kepada saya sendiri, bekerja,
  berdakwah, atau menulis ruangan agama biarlah ikhlas dan
  konsisten. Bukan bermusim dan pilih kasih, biar adil kepada
  semua. Semoga apa yang kita buat menjadi ibadah dan diterima
  oleh Allah.
  
  Wassalam
  *Saya sedia ditegur, sekiranya coretan saya ini mengandungi
  kenyataan yang tidak benar.
  
  Dari Hamba yang Daif
  -- 
  Your Partner In Success
  NeverGiveUp
  Jet Li(m)
  Secret Millionaire <http://usana4all.com>
  
  DISCLAIMER:
  
This e-mail (including any attachments) may contain confidential  information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby  notified that any 
review, distribution, printing, copying or use of  this e-mail is strictly 
prohibited. If you have received this e-mail in  error, please notify the 
sender or Bursa Malaysia immediately and  delete the original message. 
Opinions, conclusions and other  information in this e-mail that do not relate 
to the official business  of Bursa Malaysia and/or its group of companies 
("Bursa Malaysia  Group") shall be understood as neither given nor endorsed by 
Bursa  Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for  
the same. All liability arising from or in connection with computer  viruses 
and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent  permitted by law.
  
      
                                    

 
---------------------------------
The fish are biting.
 Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.
  
---------------------------------
Looking for earth-friendly autos? 
 Browse Top Cars by "Green Rating" at Yahoo! Autos' Green Center.  

Kirim email ke