Assalamu'alaikum En. Ahmad Baei, Janganlah cepat melenting ! Cuba baca tulisan Saudara Abu Mutalib tu betul-betul Saya rasa dalam setiap bacaan kita terutama dalam akhbar, majallah dan juga artikel di internet, carilah maksud tulisan itu, orang putih kata "read beween the line".
Dalam membelek berita di suratkhabar dan mendengar berita di TV kita sering dibawa bersama kearah maksud tulisan penilis . Adakalanya penulis bawa terus kepada maksudnya, ada pula tulis sebaliknya, menyindir atau meminta pembaca menggunakan daya pemikirannya untuk buat kesimpulan. Jadi kesimpulannya, nilai kita adalah nilai yang Allah dan Rasulnya tetapkan. Allahu'alam "Ahmad Baei Jaafar"@yahoo.com wrote: Hairan saya dengan pandangan orang kita yang sering mengaitkan pandangan orang politik di satu pihak, sekali gus menolak pandangan mereka. Mengapa kita sering menyalahkan mereka padahal kita tidak berbuat sesuatu yang lebih baik daripada mereka? jihad bukan ada di tangan orang UMNO, tetapi milik orang islam tanpa kira parti apa yang mereka anuti. jihad dalam islam amat luas berdasarkan makna asal jihad ialah berjuang, berperang, berlawan dan menentang secara bersungguh-sungguh. orang islam yang berjuang menaikkan taraf ekonomi umat islam juga termasuk dalam jihad. orang yang menentang usaha meningkatkan kemungkaran adalah jihad. tapi kalau melawan dan menentang orang nak buat kebaikan bukanlah jihad tetapi jahat. jadi, hentikan cakap tak berfaedah, menulis yang tak betul sebaliknya bertindak tangan empat kerat melakukan kebaikan, itulah jihad yang dikehendaki Allah. --------------------------------- From: [email protected] on behalf of "Abd Mutalib Ibrahim" Sent: Isnin 02/04/2007 15:42 To: Ikhwanul Muslimun Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Jihad Putera UMNO Saya rasa di Malaysia ini perkara jihad itu adalah dalam bidang kuasa UMNO yang mentakrifkan makna dan amalannya. Apa apa yang dikatakan jihad oleh UMNO itulah jihad. Di Malaysia ini UMNO mempunyai kuasa utk menentukan apa itu agama, apa itu mungkar dan apa itu makruf. Soalannya samada takrifnya berbeza dgn agama Islam, itu adalah soalan lain yang tidak berkaitan. Jika ditanya samada saya ingin menjadi makmum kepada Ust Pirdaus jika solat jemaah, saya dengan senang hati akan berkata TIDAK. >>> ruzaihan.junit 28/03/2007 03:01:04 >>> Assalamualaikum warahmatullah* Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita semua dan orang-orang yang beramal soleh. Bismillahir Rahmanir Raheem* Dalam Buletin Utama siaran Khamis 22hb Mac yang lalu, ada disiarkan berita mengenai kumpulan penerjun payung Putera UMNO yang akan terjun di Kutub Utara tidak berapa lama lagi. Dalam siaran tersebut, ada ulasan dari bekas imam Masjid Negara, Mohd. Pirdaus yang menyatakan bahawa penerjunan tersebut adalah satu jihad dengan alasan, semua perbuatan menaikkan nama Islam adalah satu jihad. Saya jadi tersentak. "Ugh* UMNO sudah terdesak hendak dapatkan sokongan rakyat," bisik hati saya. Seperti biasa, saya suka mendapatkan pandangan orang yang saya kira lebih arif sebelum menulis. Ini kerana, saya tidak mahu tulisan saya nanti dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian. Biarpun sudah nyata saya di pihak mana, namun biarlah tulisan saya tidak bias. Kerana itu, selalunya apa yang saya tulis ketika isunya sudah mulai 'sejuk'. Cerita ini, cerita tentang 'keberanian' Putera UMNO ini memang sudah lama tersebar. Dan seperti mana kebiasaan, apa sahaja yang dilakukan oleh pihak parti pemerintah akan dilihat sebagai mulia dan bijak. Namun saya tidak mahu komen tentang ini. Dan tentang penerjunan ini, walaupun disifatkan sebagai membazir oleh sesetengah pihak, bagi saya tidak menjadi masalah selagi ianya tidak menggunakan dana rakyat. Tetapi tindakan melabelkan perbuatan ini sebagai satu jihad saya lihat sebagai melampau. Mungkin tujuannya untuk menaikkan semangat peserta dan 'memuliakan' tindakan Putera UMNO tetapi sebenarnya ianya menjatuhkan kemuliaan Jihad itu sendiri. Ia sebenarnya menghina Jihad. Menjadikan Jihad itu sebagai satu aktiviti biasa, seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kursus Biro Tatanegara (BTN). Manakan tidak, cuba lihat para peserta yang bakal membuat penerjunan. Dengan rambut yang berwarna, terutama di bahagian jambul yang termasuk dalam anggota wajib wudhu, bolehkah orang seperti ini dilabelkan sebagai mujahid? Mujahid UMNO, mungkin. Tetapi Mujahid Islam adalah jauh panggang dari api. Takkanlah hanya kerana kuliah agama yang diadakan pada setiap malam maka aktiviti ini sudah boleh dianggap Islamik? Sekali lagi, saya tidak menentang program ini. Mungkin ada baiknya Putera UMNO memancing mereka yang pernah terlibat dalam aktiviti sia-sia menyertai program ini. Sekurang-kurangnya ada juga yang boleh mereka lakukan. Hanya saya terkilan dengan kenyataan bekas Imam Masjid negara. Mengapa memartabatkan mereka sehingga sebegitu rupa? Apa yang mulia sangat terjun di kutub utara itu? Jika penerjunan itu dianggap satu jihad, satu kerja mulia, bagaimana pula dengan aktiviti keagamaan yang lain? Bagaimana dengan menuntu ilmu? Setahu saya, inilah aktiviti yang disebut sebagai satu jihad. Malahan, jika seorang penuntut meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu atau dalam perjalanan ke arah itu, maka dia dikatakan mati syahid. Tetapi, apa yang UMNO lakukan kepada mereka? Sekolah Agama Rakyat dipaksa tutup. Bantuan dihentikan. Malah sekolah ini dilabel sebagai sekolah pengganas. Apakah menuntut ilmu agama lebih hina dari terjun payung di kutub utara? Baiklah, bagaimana dengan menuntut ilmu di sekolah-sekolah kerajaan? Para pelajar dinafikan hak mendapat bantuan dengan penamatan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Apakah menuntut ilmu ini juga tidak semulia perbuatan penerjunan Putera UMNO? Bagaimana pula dengan pergerakan yang lain yang sibuk berusaha memartabatkan Islam dengan pelbagai cara dan bentuk? Bagaimana dengan kumpulan dakwah Jemaah Tabligh yang sering dihalang dalam tugas menyampai mereka? Bukan setakat dikenakan bayaran apabila iktiqaf di masjid-masjid, bahkan di sesetengah surau milik UMNO, jemaah ini dilarang terus untuk mengunjunginya. Apakah tugas menyampaikan ini juga tidak cukup mulia untuk diisytiharkan sebagai Jihad? Dan, bagaimana pula dengan kedudukan satu parti politik yang cuba meletakkan Islam sebagai sistem pentadbiran di Malaysia, yang cuba mengamalkan Hukum Hudud yang telah diwajibkan. Mereka ini dituduh dengan pelbagai tuduhan palsu sedangkan, inila kerja memartabatkan Islam yang sebenarnya. Bukan membuat penerjunan di Kutub Utara. Baiklah, setelah terjunan dibuat, apa kesannya kepada agama? Berapa ramai orang kafir yang dijangka akan memeluk agama Islam? Berapa ramai perbuatan mungkar dapat dihalang dan perbuatan ma'ruf dapat diamalkan? Berapa ramai orang yang akan menyertai jemaah di masjid hanya kerana penerjunan ini? Lalu, dari segi apa hendak ia dikatakan satu jihad? Jihad mestilah mengundang kebaikan kepada umat Islam secara umumnya. Seperti perperangan yang akan membuat orang kafir tunduk kepada Islam. Juga seperti menuntut ilmu. Tidak kiralah ilmu dunia atau ilmu agama asalkan dengan ilmu itu, kemaslahatan masyarakat sejagat terpelihara contohnya seperti menjadi doktor atau mekanik. Di sini, barulah boleh dilihat kemuliaan satu-satu perbuatan. Saya betul-betul kecewa dengan kenyataan tersebut. Sesungguhnya Islam telah direndahkan martabatnya oleh sesetengah orang yang berkepentingan duniawi walaupun berpengetahuan mengenai Islam. Mujurlah saya kenal Pirdaus. Seorang yang sanggup melepaskan jawatan imamnya kerana yakin dapat menewaskan Datin Seri Dr. Wan Azizah di parlimen Permatang Pauh dengan alasan kerja sebagai ahli parlimen lebih mulia dari kerja sebagai imam* Hairan juga. Dahulu ada segerombolan anak muda dari negara kita yang berusaha memasuki Iraq dan Palestin untuk menyertai mujahid di sana menentang keganasan tentera Amerika dan Zionis tetapi telah dihalang oleh parti pemerintah dengan alasan, ianya bukan satu jihad dan masuk ke negara yang sedang kucar-kacir akibat perperangan adalah membunuh diri. Rupanya, takrifan mereka mengenai jihad adalah berbeza. Mereka juga mengatakan pengebom berani mati yang mengebom sebuah disko di Bali sebagai pengganas kerana membunuh nyawa yang tidak berdosa (Hm* Minum arak, bergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram masih tidak berdosa rupanya) dan membunuh diri rupanya kerana mereka menganggap jihad adalah membuat apa sahaja perkara yang telah dilakukan oleh orang kafir sebelum ini. Patutlah* Saya sendiri tidak menyokong tindakan pengebom berani mati kerana bagi saya kudrat si pengebom masih boleh digunakan untuk tugas mulia yang lain. Tetapi untuk mengatakan mereka sebagai pengganas dan membunuh diri, bukan saya orangnya. Apatah lagi untuk mengangkat kerja yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat ini sebagai jihad* Er* Berapa ramai memeluk Islam selepas pelayaran Datuk Azhar Mansur dahulu ya??? Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kelalaian saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullah* -Abu Naqibah- P/S: Maaf jika ada yang terasa. Saya kira Malaysia sebuah negara Demokrasi* Bukan? Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ DISCLAIMER: This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law. --------------------------------- What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.
