Saudara Ahmad Baei,
Saya tidak membuat sebarang kajian ilmiah mengenai perkara ini. Saya
hanya melihat apa yang tertera diakhbar selama berbelas belas tahun
sebagai rakyat Malaysia. Erti jihad didalam akhbar tidak sama seperti
yang saya belajar dan mengaji. Yang saya pelajari ialah jihad bermakna
berjuangan bersungguh sungguh dalam menegakkan 2 kalimah syahadat, tidak
kira dalam bidang apa sekalipun. 

Yang saya lihat selama ini seperti yang dicanangkan oleh 2 akhbar besar
Melayu (i.e 2 organ penyebar fikiran UMNO), jihad lebih menjurus kepada
bidang ekonomi, pembangunan, IT dan menimba ilmu.

2 akhbar besar ni tak ajar kita jihad menentang orang kafir, cara
bersenjata atau tidak bersenjata.

Jihad yang saya buat kalau ada pun, saya sendiri yang tahu. Rasa rugi
sangat kalau beritahu orang sekarang sebab nanti diakhirat kita tak
dapat apa kredit pun.    

Akhir kata, satu perkara yang say belajar ialah:
Kawalan yang paling berkesan ialah kawalan yang tidak disedari oleh
orang yang dikawal. 2 akhbar besar Melayu ini adalah senjata ampuh yang
paling berkesan untuk mengawal fikiran orang Melayu termasuk anda juga
saudara Ahmad.


>>> muhammad haleem  09/04/2007 08:02:48 >>>
Assalamu'alaikum
En. Ahmad Baei,

Janganlah cepat melenting !
Cuba baca tulisan Saudara Abu Mutalib  tu betul-betul
Saya rasa dalam setiap bacaan kita terutama dalam akhbar,  majallah dan
juga artikel di internet, carilah maksud tulisan itu, orang putih kata
"read beween the line".

Dalam membelek berita di suratkhabar dan mendengar berita di TV kita
sering dibawa bersama kearah maksud tulisan penilis . Adakalanya penulis
bawa terus kepada maksudnya, ada pula  tulis sebaliknya, menyindir atau
meminta pembaca menggunakan daya pemikirannya untuk buat kesimpulan.

Jadi kesimpulannya, nilai kita adalah nilai yang Allah dan Rasulnya
tetapkan.

Allahu'alam 




"Ahmad Baei Jaafar"@yahoo.com wrote:                                   

 Hairan saya dengan pandangan orang kita yang sering mengaitkan
pandangan orang politik di satu pihak, sekali gus menolak pandangan
mereka. Mengapa kita sering menyalahkan mereka padahal kita tidak
berbuat sesuatu yang lebih baik daripada mereka?
 jihad bukan ada di tangan orang UMNO, tetapi milik orang islam tanpa
kira parti apa yang mereka anuti. jihad dalam islam amat luas
berdasarkan makna asal jihad ialah berjuang, berperang, berlawan dan
menentang secara bersungguh-sungguh.
 orang islam yang berjuang menaikkan taraf ekonomi umat islam juga
termasuk dalam jihad. orang yang menentang usaha meningkatkan
kemungkaran adalah jihad. tapi kalau melawan dan menentang orang nak
buat kebaikan bukanlah jihad tetapi jahat.
 jadi, hentikan cakap tak berfaedah, menulis yang tak betul sebaliknya
bertindak tangan empat kerat melakukan kebaikan, itulah jihad yang
dikehendaki Allah.

 
 
---------------------------------
 From: [email protected] on behalf of "Abd Mutalib Ibrahim"
Sent: Isnin 02/04/2007 15:42
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Jihad Putera UMNO


     Saya rasa di Malaysia ini perkara jihad itu adalah dalam bidang
kuasa UMNO yang mentakrifkan makna dan amalannya. Apa apa yang dikatakan
jihad oleh UMNO itulah jihad. Di Malaysia ini UMNO mempunyai kuasa utk
menentukan apa itu agama, apa itu mungkar dan apa itu makruf.

Soalannya samada takrifnya berbeza dgn agama Islam, itu adalah soalan
lain yang tidak berkaitan.

Jika ditanya samada saya ingin menjadi makmum kepada Ust Pirdaus jika
solat jemaah, saya dengan senang hati akan berkata TIDAK.


>>> ruzaihan.junit 28/03/2007 03:01:04 >>>
Assalamualaikum warahmatullah*

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan
menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat
kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem*

Dalam Buletin Utama siaran Khamis 22hb Mac yang lalu, ada disiarkan
berita
mengenai kumpulan penerjun payung Putera UMNO yang akan terjun di
Kutub
Utara tidak berapa lama lagi. Dalam siaran tersebut, ada ulasan dari
bekas
imam Masjid Negara, Mohd. Pirdaus yang menyatakan bahawa penerjunan
tersebut adalah satu jihad dengan alasan, semua perbuatan menaikkan
nama
Islam adalah satu jihad.

Saya jadi tersentak. "Ugh* UMNO sudah terdesak hendak dapatkan
sokongan
rakyat," bisik hati saya. Seperti biasa, saya suka mendapatkan
pandangan
orang yang saya kira lebih arif sebelum menulis. Ini kerana, saya
tidak
mahu tulisan saya nanti dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian.
Biarpun sudah nyata saya di pihak mana, namun biarlah tulisan saya
tidak
bias. Kerana itu, selalunya apa yang saya tulis ketika isunya sudah
mulai
'sejuk'.

Cerita ini, cerita tentang 'keberanian' Putera UMNO ini memang sudah
lama
tersebar. Dan seperti mana kebiasaan, apa sahaja yang dilakukan oleh
pihak
parti pemerintah akan dilihat sebagai mulia dan bijak. Namun saya
tidak
mahu komen tentang ini. Dan tentang penerjunan ini, walaupun
disifatkan
sebagai membazir oleh sesetengah pihak, bagi saya tidak menjadi
masalah
selagi ianya tidak menggunakan dana rakyat.

Tetapi tindakan melabelkan perbuatan ini sebagai satu jihad saya lihat
sebagai melampau. Mungkin tujuannya untuk menaikkan semangat peserta
dan
'memuliakan' tindakan Putera UMNO tetapi sebenarnya ianya menjatuhkan
kemuliaan Jihad itu sendiri. Ia sebenarnya menghina Jihad. Menjadikan
Jihad
itu sebagai satu aktiviti biasa, seperti Program Latihan Khidmat
Negara
(PLKN) dan Kursus Biro Tatanegara (BTN).

Manakan tidak, cuba lihat para peserta yang bakal membuat penerjunan.
Dengan rambut yang berwarna, terutama di bahagian jambul yang termasuk
dalam anggota wajib wudhu, bolehkah orang seperti ini dilabelkan
sebagai
mujahid? Mujahid UMNO, mungkin. Tetapi Mujahid Islam adalah jauh
panggang
dari api. Takkanlah hanya kerana kuliah agama yang diadakan pada
setiap
malam maka aktiviti ini sudah boleh dianggap Islamik?

Sekali lagi, saya tidak menentang program ini. Mungkin ada baiknya
Putera
UMNO memancing mereka yang pernah terlibat dalam aktiviti sia-sia
menyertai
program ini. Sekurang-kurangnya ada juga yang boleh mereka lakukan.
Hanya
saya terkilan dengan kenyataan bekas Imam Masjid negara. Mengapa
memartabatkan mereka sehingga sebegitu rupa? Apa yang mulia sangat
terjun
di kutub utara itu?

Jika penerjunan itu dianggap satu jihad, satu kerja mulia, bagaimana
pula
dengan aktiviti keagamaan yang lain? Bagaimana dengan menuntu ilmu?
Setahu
saya, inilah aktiviti yang disebut sebagai satu jihad. Malahan, jika
seorang penuntut meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu atau
dalam
perjalanan ke arah itu, maka dia dikatakan mati syahid. Tetapi, apa
yang
UMNO lakukan kepada mereka?

Sekolah Agama Rakyat dipaksa tutup. Bantuan dihentikan. Malah sekolah
ini
dilabel sebagai sekolah pengganas. Apakah menuntut ilmu agama lebih
hina
dari terjun payung di kutub utara? Baiklah, bagaimana dengan menuntut
ilmu
di sekolah-sekolah kerajaan? Para pelajar dinafikan hak mendapat
bantuan
dengan penamatan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Apakah menuntut ilmu
ini
juga tidak semulia perbuatan penerjunan Putera UMNO?

Bagaimana pula dengan pergerakan yang lain yang sibuk berusaha
memartabatkan Islam dengan pelbagai cara dan bentuk? Bagaimana dengan
kumpulan dakwah Jemaah Tabligh yang sering dihalang dalam tugas
menyampai
mereka? Bukan setakat dikenakan bayaran apabila iktiqaf di
masjid-masjid,
bahkan di sesetengah surau milik UMNO, jemaah ini dilarang terus untuk
mengunjunginya.

Apakah tugas menyampaikan ini juga tidak cukup mulia untuk
diisytiharkan
sebagai Jihad? Dan, bagaimana pula dengan kedudukan satu parti politik
yang
cuba meletakkan Islam sebagai sistem pentadbiran di Malaysia, yang
cuba
mengamalkan Hukum Hudud yang telah diwajibkan. Mereka ini dituduh
dengan
pelbagai tuduhan palsu sedangkan, inila kerja memartabatkan Islam yang
sebenarnya.

Bukan membuat penerjunan di Kutub Utara. Baiklah, setelah terjunan
dibuat,
apa kesannya kepada agama? Berapa ramai orang kafir yang dijangka akan
memeluk agama Islam? Berapa ramai perbuatan mungkar dapat dihalang dan
perbuatan ma'ruf dapat diamalkan? Berapa ramai orang yang akan
menyertai
jemaah di masjid hanya kerana penerjunan ini? Lalu, dari segi apa
hendak ia
dikatakan satu jihad?

Jihad mestilah mengundang kebaikan kepada umat Islam secara umumnya.
Seperti perperangan yang akan membuat orang kafir tunduk kepada Islam.
Juga
seperti menuntut ilmu. Tidak kiralah ilmu dunia atau ilmu agama
asalkan
dengan ilmu itu, kemaslahatan masyarakat sejagat terpelihara contohnya
seperti menjadi doktor atau mekanik. Di sini, barulah boleh dilihat
kemuliaan satu-satu perbuatan.

Saya betul-betul kecewa dengan kenyataan tersebut. Sesungguhnya Islam
telah
direndahkan martabatnya oleh sesetengah orang yang berkepentingan
duniawi
walaupun berpengetahuan mengenai Islam. Mujurlah saya kenal Pirdaus.
Seorang yang sanggup melepaskan jawatan imamnya kerana yakin dapat
menewaskan Datin Seri Dr. Wan Azizah di parlimen Permatang Pauh dengan
alasan kerja sebagai ahli parlimen lebih mulia dari kerja sebagai
imam*

Hairan juga. Dahulu ada segerombolan anak muda dari negara kita yang
berusaha memasuki Iraq dan Palestin untuk menyertai mujahid di sana
menentang keganasan tentera Amerika dan Zionis tetapi telah dihalang
oleh
parti pemerintah dengan alasan, ianya bukan satu jihad dan masuk ke
negara
yang sedang kucar-kacir akibat perperangan adalah membunuh diri.
Rupanya,
takrifan mereka mengenai jihad adalah berbeza.

Mereka juga mengatakan pengebom berani mati yang mengebom sebuah disko
di
Bali sebagai pengganas kerana membunuh nyawa yang tidak berdosa (Hm*
Minum
arak, bergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram masih
tidak
berdosa rupanya) dan membunuh diri rupanya kerana mereka menganggap
jihad
adalah membuat apa sahaja perkara yang telah dilakukan oleh orang
kafir
sebelum ini. Patutlah*

Saya sendiri tidak menyokong tindakan pengebom berani mati kerana bagi
saya
kudrat si pengebom masih boleh digunakan untuk tugas mulia yang lain.
Tetapi untuk mengatakan mereka sebagai pengganas dan membunuh diri,
bukan
saya orangnya. Apatah lagi untuk mengangkat kerja yang tidak
mendatangkan
faedah kepada masyarakat ini sebagai jihad* Er* Berapa ramai memeluk
Islam
selepas pelayaran Datuk Azhar Mansur dahulu ya???

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang
tidak
baik adalah akibat kelalaian saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah*

-Abu Naqibah-
P/S: Maaf jika ada yang terasa. Saya kira Malaysia sebuah negara
Demokrasi*
Bukan?

Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di
[EMAIL PROTECTED] 
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ 

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified that any review, distribution, printing, copying or use of this
e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in
error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete
the original message. Opinions, conclusions and other information in
this e-mail that do not relate to the official business of Bursa
Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and
Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All
liability arising from or in connection with computer viruses and/or
corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.


   



     
                       

                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of
your email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.

Kirim email ke