DERU-JIM Johor Terima RM38,000 Sumbangan Bantuan Banjir Daripada EONCAP
Islamic Bank
Johor Bahru 3 April 2007 - Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri
Johor menerima sejumlah RM38,000 daripada EONCAP Islamic Bank Berhad sebagai
zakat/sumbangan bantuan banjir di Negeri Johor. Cek tersebut telah diserahkan
oleh Tuan Haji Mohd Johari bin Muslim, Pengurus EON Bank Cawangan Permas Jaya,
kepada Tuan Haji Ainullotfi bin Abdul Latif, Yang Dipertua JIM Negeri Johor, di
dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau di EON Bank Permas Jaya pada hari
Selasa 2 April 2007.
Sumbangan tersebut ialah untuk disampaikan oleh Unit Bantuan Kecemasan
dan Bencana JIM (DERU) kepada 38 keluarga yang telah dikenalpasti yang dhaif
dan teruk dikesani banjir besar di negeri Johor baru-baru ini.
Keluarga-keluarga tersebut adalah daripada daerah-daerah Muar, Segamat, Batu
Pahat dan Keluang, dan sebahagian daripada mereka dicadangkan kepada EON Bank
oleh JIM sendiri. Beberapa daripada keluarga ini telah kehilangan rumah
kediaman lantaran dihanyutkan oleh air banjir.
Tuan Haji Johari memaklumkan bahawa EON Bank memberikan kepercayaan
kepada JIM untuk menguruskan penyampaian sumbangan tersebut setelah melihat
sendiri kerja-kerja yang dilakukan oleh JIM semasa banjir baru-baru ini. Beliau
sendiri telah turun ke medan bagi bertemu dengan sebahagian besar daripada
keluarga yang dikenalpasti bagi menilai keadaan mereka untuk diberikan bantuan.
Turut hadir menyaksikan penyampaian cek tersebut ialah Encik Osman bin
Abdul Wahid, Penolong Pengurus EON Bank Cawangan Permas Jaya, dan En Salleh bin
Kassim, Ahli Jawatankuasa JIM Negeri Johor dan Pengarah DERU-JIM Johor.
EONCAP Islamic Bank Berhad ialah anak syarikat kepada kumpulan EON Bank
Berhad. Selain daripada sumbangan yang disampaikan melalui JIM, EONCAP Islamic
Bank turut menyumbangkan RM100,000 melalui Majlis Agama Islam Johor.
(Agensi Berita Nusantara)
http://jim.org.my/modules.php?module=berita&kerja=tengok&id=109
--------------------------------------------------------------------------------
Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin
Masukkan derma anda ke dalam akaun:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
http://palestinkini.info/
http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf
Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".
Atau masukkan ke akaun JIM Johor di
Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun no. 01014010010372
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm
Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com
http://hidayahnet.ourtoolbar.com/
234_60c.gif
Description: GIF image
