Nabi  melakukan Qiyaamulail (bukan dalam bulan Ramadhan) dirumahnya, dan pernah 
disertai oleh Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Hudhaifah ibn al-Yamaan. Berkata Ibn 
Abbas ra. :- 


بِتُّ عِنْدَ خَالَتِي مَيْمُونَةَ لَيْلَةً فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ 
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ اللَّيْلِ فَلَمَّا كَانَ فِي بَعْضِ اللَّيْلِ قَامَ 
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَوَضَّأَ مِنْ شَنٍّ مُعَلَّقٍ 
وُضُوءًا خَفِيفًا يُخَفِّفُهُ عَمْرٌو وَيُقَلِّلُهُ وَقَامَ يُصَلِّي 
فَتَوَضَّأْتُ نَحْوًا مِمَّا تَوَضَّأَ ثُمَّ جِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ 
وَرُبَّمَا قَالَ سُفْيَانُ عَنْ شِمَالِهِ فَحَوَّلَنِي فَجَعَلَنِي عَنْ 
يَمِينِهِ ثُمَّ صَلَّى مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ اضْطَجَعَ فَنَامَ حَتَّى نَفَخَ 
ثُمَّ أَتَاهُ الْمُنَادِي فَآذَنَهُ بِالصَّلاةِ فَقَامَ مَعَهُ إِلَى الصَّلاةِ 
فَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ قُلْنَا لِعَمْرٍو إِنَّ نَاسًا يَقُولُونَ إِنَّ 
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَنَامُ عَيْنُهُ وَلا يَنَامُ 
قَلْبُهُ قَالَ عَمْرٌو سَمِعْتُ عُبَيْدَ بْنَ عُمَيْرٍ يَقُولُ رُؤْيَا 
الأَنْبِيَاءِ وَحْيٌ ثُمَّ قَرَأَ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ 
" رواه البخاري 
"Aku bermalam di rumah Mak Cikku Maimunah. Nabi  tidur disebahagian malam, dan 
semasa malam tersebut baginda bangun dan melakukan wudhu' ringkas dari takar 
kulit yang tergantung, dan selepas itu dia bersolat. Aku juga melakukan wudhu' 
yang sama, kemudian aku pergi berdiri disebelah kirinya. Kemungkinan Sufian 
berkata, disebelah kirinya dan dia membawaku ke kanan. Dia bersolat sebanyak 
yang Allah kehendaki. Kemudian baginda baring semula sehinggakan bunyi 
pernafasannya boleh didengari. Kemudian, muazzin datang kepada beliau dan 
memberitahu bahawa waktu solat telah masuk. Nabi  pergi bersamanya untuk solat 
tanpa mengambil wudhu' yang baru. Sufian berkata kepada 'Amr bahawa ada orang 
berkata : Mata Rasulullah  tidur akan tetapi hatinya tidak tidur. 'Amr berkata 
: Aku mendengar Ubaid bin Umayr berkata bahawa mimpi Nabi  adalah wahyu, dan 
beliau membacakan surah (al-Saffaat : 102) : Sesungguhnya aku melihat dalam 
mimpi bahawa aku akan menyembelihmu;" [Hadith Riwayat al-Bukhari :
 #138].


      ___________________________________________________________ 
Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for
your free account today 
http://uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http://uk.docs.yahoo.com/mail/winter07.html 

Kirim email ke