Bismillaah hirrahmaa nirrahim.
   
  Bersyukur kita kepada Allah, dengan keizinan dan PenyusunanNya, sehingga 
berdirinya Mesjid Al Mansor di  Kecamatan Kuta Malaka di Aceh Besar.  Tahniah 
diucapkan kepada 
  sekelian penderma dan Pemudahcara dari JIM yang perihatin dan tidak jemu 
bekerja.
  Antum semua akan mendapat tempatyang baik di sisi Alah, insyaAllah. 
  Doakan semuga dengan kasih sayang dan rasa tanggungjawab ini dapat kita terus 
gembelingkan kejalan yang diredhaiNya. Semuga seluruh rakyat Aceh dan sekelian 
Ummat Muhammad dilimpah ketenangan dan kebaikan untuk dunia dan akhirat.
  Wassalam w.w.
   
  Sy. Haleem.
  Shah Alam 

IslahGateway <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
                    Perasmian Masjid Al Mansor Dayah Darul Hijrah - Koleksi 
gambar-gambar untuk tatapan umum                             
   
  Inilah Masjid Al Mansor, Dayah Darul Hijrah, Desa Tumbo Baru, Samahani
   
   
   
  Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh menyampaikan ucapan aluan 
   
   
   
   
   
  Bapak Bupati Kapubaten Aceh Besar (Pegawai Daerah), Dr Tgk H. Bukhari Daud 
membuat ucapan perasmian
   
   
   
   
  Upacara perasmian Masjid Al Mansor Dayah Darul Hijrah
   
   
   
   
  Bapak Bupati ditemuramah oleh pihak TVRI
   
   
    

  
 
   Solat Zuhur, solat berjamaah pertama yang dilaksanakan di Masjid Al Mansor
   
   
  
   
   
   
   
  Bergambar Kenang-kenangan selepas majlis perasmian 
   
                                Perasmian Masjid Al-Mansor, Dayah Darul Hijrah, 
Aceh - Laporan awal                 Tanggal 31 Mac 2007 bersamaan 12 Rabiul 
Awwal 1428H merupakan hari yang bersejarah buat pengurusan Dayah (Pesantren) 
Darul Hijrah - Aceh, pelajar-pelajarnya dan tokoh-tokoh masyarakat setempat. 
Pada tarikh berkenaan dan sempena Maulidur Rasul, sebuah Masjid yang indah 
telah dirasmikan. Masjid yang bernilai hampir RM200,000 yang disumbangkan kos 
pembinaannya oleh dermawan dari Malaysia dan dimudahcarakan oleh JIM.
  
  
  
  Masjid yang diberi nama Masjid Al-Mansor tersebut telah dirasmikan oleh Bapak 
Bupati Kapubaten Aceh Besar atau pun Pegawai Daerah iaitu Dr Tgk H. Bukhari 
Daud dengan disaksikan oleh Bapak Camat Kecamatan Kuta Malaka (lokasi Dayah), 
Bapak pimpinan Yayasan Haoren Ali yang terlibat dalam pengurusan dan 
pembangunan Dayah, pimpinan Dayah yang diketuai Pak Irawan, tokoh-tokoh 
masyarakat Kabupaten Aceh Besar, pimpinan desa/kampung, pimpinan Dayah yang 
berhampiran, ibu bapa pelajar-pelajar dan pelajar-pelajar sendiri. Kesemuanya 
kira-kira 300 orang telah hadir.
  
  
  
  JIM telah diwakili oleh Timbalan Presidennya, Hj Syed Ibrahim Syed Noh dan 
Ahli Jawatankuasa Pusat dan Pemangku Pengerusi JIM International, Hj Mohd 
Rashid Hasnon, selain AJK JIM International, Adzhar Maludin dan Dato' Mustafa 
Kamal. Turut hadir ialah Yusni Ghazali dan Tajul Ariffin dari JIM P. Pinang.
  
  
  
  Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah beberapa orang ahli DPR (Dewan 
Perwakilan Rakyat - Ahli Parlimen), ahli DPD (Dewan Perwakilan Daerah - ADUN) 
dan tokoh masyarakat seperti Pak H. Alisabi, seorang bekas hakim mahkamah, 
bekas polis dan bekas guru yang cukup dihormati di Aceh. Beliau turut terlibat 
membantu pendidikan tadika di Aceh. Anaknya, Ustaz Israa' merupakan antara 
orang hubungan JIM ketika berlakunya Tsunami lebih dua tahun lalu.
  
  
  
  Dalam ucapan alu-aluan Pak Irawan yang mewakili pimpinan Dayah Darul Hijrah, 
beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada 'donator' atau 
dermawan dari Malaysia yang telah dimudahcarakan oleh JIM. Menurutnya, 
sumbangan tersebut amat bernilai terutamanya dalam bukan sahaja usaha 
membangunkan masjid tetapi juga dalam membangunkan prasarana pendidikan yang 
sempurna. Setelah lokasi asal Dayah di Kreung Raya dilanda Tsunami pada 26 
Disember 2004, Dayah telah berpindah beberapa kali hinggalah berada di 
tempatnya sekarang di Kecamatan Kuta Melaka, Samahani, Aceh. Banyak pihak yang 
telah terlibat membantu tetapi baginya, sumbangan JIM yang dimeterai melalui 
satu perjanjian persefahaman pada Mac 2005 merupakan pendorong bagi mewujudkan 
prasarana pendidikan yang kondusif buat pelajar-pelajar. Daripada 
pelajar-pelajar seramai 70 orang, kini Dayah didiami oleh lebih daripada 200 
orang pelajar lelaki dan perempuan. Kebanyakannya adalah anak-anak yatim yang 
majoritinya
 ditaja oleh JIM pada ketika awal Tsunami lagi.
  
  
  
  Dalam ucapan alu-aluannya pula, Hj Syed Ibrahim Syed Noh telah merakamkan 
kesyukurannya bahawa JIM diberikan penghormatan dan kepercayaan untuk terlibat 
sama dalam projek pembangunan Masjid Al-Mansor. Katanya, seluruh pimpinan dan 
ahli JIM menyampaikan salam dan mendo'akan agar Masjid yang didirikan diberkati 
Allah, agar majlis pelancaran berjalan dengan baik dan agar usaha-usaha 
berterusan Dayah dan mereka yang terlibat diredhai Allah. Beliau turut 
mengimbau bagaimana dengan hasil usaha gigih Pak Irawan, satu perjanjian telah 
ditandatangani antara JIM dan Dayah Darul Hijrah pada 4 Mac 2005. Perjanjian 
tersebut merupakan perjanjian untuk membiayai kos pendidikan dan makanan 
pelajar-pelajar seramai 50 orang. Hubungan yang baik antara pihak Dayah dan JIM 
telah berkembang baik semenjak itu. Beliau yakin hubungan silaturrahmi dan 
ukhuwwah yang terjalin di atas dasar takwa dan keimanan akan terus memantapkan 
usaha-usaha melahirkan insan cemerlang yang mahu melaksanakan syariah
 Islam. Beliau mengingatkan para hadirin supaya mengambil contoh daripada 
Rasulullah S.A.W. dengan meletakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah serta 
tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah.
  
  
  
  Bapak Bupati kemudiannya menyampaikan ucapan perasmiannya. Sebagai orang 
tempatan, ucapannya diselangi bahasa indonesia dan bahasa aceh. Beliau 
menekankan aspek pendidikan. Menurutnya ada tiga perkara asas kepada pendidikan 
yang berjaya. Pertama, sarananya. Kedua, pengurusannya, dan ketiga, 
guru-guru..pendidiknya. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada donator yang 
budiman serta pihak JIM yang telah memudahcarakan dan melaburkan masa dan 
tenaga sehingga terdirinya masjid berkenaan. Baginya, masjid merupakan premis 
terpenting dalam sesebuah Kabupaten dan Camat. Malah beliau menegaskan supaya 
semua Ketua Camat memimpin masjid sebagai imam atau AJK. Beliau juga menekankan 
kepentingan Dayah sebagai pengukuh kepada sekolah dasar. Menurutnya, 
pelajar-pelajar sekolah dasar digalakkan untuk mengikuti pengajian di Dayah 
setelah selesai sesi sekolah dasar. Berlatarkan PhD dalam bidang pendidikan, 
kata-kata Bapak Bupati ini ada pengaruhnya.
  
  
  
  Satu upacara perasmian ringkas kemudiannya telah disempurnakan oleh Bapak 
Bupati. Tercatit di papan tanda tersebut logo Dayah dan logo serta nama JIM. 
Justeru Masjid bernama Al-Mansor telah dirasmikan. Setelah itu solat Zuhur di 
masjid tersebut merupakan solat berjamaah yang pertama dilaksanakan. Masjid 
yang boleh memuatkan lebih kurang 200 orang itu dipenuhi saf-safnya dengan 
insan-insan yang mahu melihat keindahan, keadilan dan kesejahteraan Islam 
ditegakkan di bumi Aceh, Indonesia dan Malaysia. Semoga bumi syariah Aceh akan 
berkembang segar menaungi Nusantara.
  
  
  
  Rombongan dari Malaysia turut menziarahi tapak-tapak yang dilanda Tsunami di 
samping kawasan perumahan sahabat-sahabat di Aceh dan anak-anak yatim di Darul 
Aitam, Pagar Air. Banyak yang telah berubah di mana masjid sudah di kelilingi 
rumah-rumah, kedai-kedai sudah sibuk menjalankan urusniaga dan berkembang 
seperti cendawan manakala bangunan-bangunan telah didirikan semula. Terdapat 
banyak gugusan rumah-rumah dan bangunan yang dibina melalui sumbangan pelbagai 
negara samada dari Turki, Itali, Jerman, US, China, Jepun, Malaysia dan 
lain-lain. Kelihatannya trauma dan kecemasan akibat Tsunami sudah dilupakan. 
Namun di sebalik itu, ada suara-suara yang bimbang bahawa rakyat Aceh bukan 
sahaja telah lupa tetapi kini bertindak lebih melampau dari keadaan sebelum 
Tsunami. Semoga Allah melindungi mereka, memberikan petunjuk dan hidayah, 
meneguhkan iman dan takwa mereka serta mengembalikan mereka ke jalan yang benar.
  
  
Syed Ibrahim Alhabshi   
Ahli Rombongan JIM     
   
   
   
    http://jim.org.my/index.php      
  
  
   
  

  
    
---------------------------------
  
       
    Palestine:
  Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
                  RM1 setiap bulan kepada Palestin
            Masukkan derma anda ke dalam akaun: 
  
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Nombor akaun: 12113010005797 
  http://palestinkini.info/

  http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf
   
   
  Banjir Donation:
  "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".
   
  Atau masukkan ke akaun JIM Johor di 
  Bank Islam Malaysia Berhad 
  Akaun no.  01014010010372 
  http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm
   
  Moderator
  Ikhwanul Muslimun
  http://hidayahnet.multiply.com
     
   
  http://hidayahnet.ourtoolbar.com/



  

         


       
---------------------------------
 Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for 
your freeaccount today.

Kirim email ke