Setahu saya hanya isu alam sekitar di Lojing sahaja yg melibatkan kerajaan PAS.
Semua isu tentang alam sekitar ditempar lain di dalam Malaysia ini melibatkan
kerajaan BN.
Patut perlu ada liputan berita yang lebih seimbang.
Tak ke begitu?
>>> Amir Hamzah 10/04/2007 21:42:54 >>>
Cek terima berita pertama ni dari seorang memba. Baca punya baca, cek gabungkan
ngan berita Lojing lak. Bukan apa, kedua berita ada kaitan; antara berita
Lojing dan Pulau Tioman, ada Sazmi, Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar.
Cek gabungkan kedua berita ni bukan apa, agar semua mudah baca dan menilai
sendiri: Di Lojing, betapa gah Sazmi 'mempertahankan' alam sekitar...konon nya.
Tapi di Tioman, pulau yang pernah dikatakan antara 10 terindah di dunia, dia
tidak peduli langsung. Mungkin apa yang dia pedulikan adalah untuk tolong
memajukan lagi taukeh taukeh resort di pulau itu.
From: "Mohd Kamal" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Apa kaitan Sazmi Miah dengan Tioman ?
Tioman Island
>From Wikipedia, the free encyclopedia
Tioman Island (locally, Pulau Tioman) is a small island located 32 km off
the east coast of Peninsular Malaysia in the state of Pahang, and is some 39
km long and 12 km wide. It has eight main villages, the largest and most
populous being Kampung Tekek in the north. Yet, the densely forested island is
still sparsely inhabited, and is surrounded by numerous coral reefs , making it
a scuba diving haven.
Its beaches were depicted in the 1958 movie, South Pacific as Bali Hai . In the
1970s, TIME magazine selected Tioman as one of the world's most beautiful
islands.
Apart from its diverse marine life , the inland rainforest area,
encompassing approximately 12,383 hectares , in Tioman is a strictly
enforced reserve. There are several protected species of mammals on theisland,
including the Binturong , Long-tailed Macaque , Slow Loris , Mousedeer ,
Brush-tailed Porcupine , and Common Palm Civet , from a total of 45 species of
mammals and 138 species of birds, including the majestic Frigatebird .
Moreover, Tioman has species that are endemic to its shores. The soft-shelled
turtle and the Tioman walking catfish are both unique and can be seen on
rainforest walks.
The island is served by ferries from the Malaysian mainland, and a propeller
plane service by Berjaya Air from Singapore (Seletar Airport ) and Kuala
Lumpur (Kuala Lumpur International Airport )
Development
The Malaysian government has big plans for Tioman. In 2004 , Kampung Tekek was
put up for development as part of a RM40 million (USD$10.9 million) public
marina project, despite criticisms from the Malaysian Nature Society,
WWF-Malaysia, and the like, who have described the project as a disaster for
the environment in Tioman and the surrounding sea. The project covers 127,000
sq metres of the village and includes a yacht marina and also a cargo jetty
which will extend 175 meters into the sea. Villagers, residents and business
owners had submitted a petition with 165 signatures to the government to halt
this project. Natural Resources and Environment Ministry parliamentary
secretary Sazmi Miah accepted the petition on behalf of the government,
although the project is still going
ahead.
Now one year into its construction, the New Sunday Times , a
Malaysian national daily, reported on 24 September 2006 that "the
surrounding coral reef is breathing its last." The report added:
" "Experts like coral reef ecologist Affendi Yang Amri estimate that
all coral life within a 30-meter radius of the site has been devastated by
construction sediment and heavy piling... Prior to the construction,
[Affendi and his students] found 220 coral species in waters surrounding the
site, 17 of which were considered rare worldwide. These included at least 200
giant clams , classified as "vulnerable" on the Red List of threatened species.
"All the clams in this area have died," he says. "They're all being smothered."
Affendi is also reported to have said: "Huge table corals, some as wide as an
eight-seater dining table, have toppled over from the force of piling.
Gorgonian sea fans have disappeared. Fishes have fled, and the seabed is full
of dead corals covered with algae ." He added that the number of black sea
urchins in the area was three times higher than normal, a sign of unhealthy
levels of dead corals.
In the same report, Hasnizah Hassan, a chalet manager at the Kampung Tekek
beach front said the beach was the most popular beach and tourists could
snorkel around the reefs which grew just meters from the beach line where her
chalets were located. "The corals are now all choked by sand. You have to swim
much further, or take a boat out to see some 'okay-looking' corals... I don't
understand it. It's not the duty-free shops that makes tourists come to Tioman.
It's the corals. But this is what they are destroying."
A major road linking Kampung Tekek in the west and Kampung Juara in the east is
currently under construction and is open to offroad vehicles. The path follows
a much earlier road built by the British during the second world war and cuts
straight through the jungle. It is slated for completion by 2008.
The various projects that the government is pursuing are having a
catastrophic effect on the environment. The marina project has drastically
increased sea pollution, and the future enlarged airport will destroy acres of
Tioman's best coral reef
Kada diberi 10 notis perlanggaran alam sekitar di Lojing
Roslan M Zain
Fri | Apr 06, 07 | 03:34:41 PM KOTA BHARU, 6
April (Hrkh) * Mengapa isu Lojing benar-benar dipertahankan Umno Kelantan
sehingga isu tersebut diheret lebih seminggu. Mungkinkah ada udang di sebalik
batu.
Tanpa disedari kawasan dilaporkan gondol dan mencemarkan alam sekitar,
rupa-rupanya difahamkan turut berada di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (Kada), di mana pengerusinya, Dato' Seri Annuar Musa.
Menurut sumber sebanyak 10 notis perlanggaran terhadap alam sekitar telah
dihantar pihak berkuasa kepada agensi tersebut, namun tiada tindakan diambil.
Malah katanya, lebih mengecewakan lagi apabila kertas pendakwaan ke atas Kada
telah dihantar kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), namun ia juga
sepi begitu sahaja.
"Pencemaran terhadap alam sekitar berlaku di tanah milik Kada di Lojing yang
disewakan kepada petani-petani dari Cameron Highlands. Agensi itu terus
membiarkan perkara itu berlaku biar pun berkali-kali notis sudah dihantar,"
katanya di sini.
Mengulas perkembangan itu, anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa hari
ini secara terbuka meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan
tersebut.
"Saya meminta pihak berkuasa terbabit turut mengambil tindakan dan mendakwa
Kada yang turut dikatakan melanggar syarat alam sekitar di Tanah Tinggi
Lojing," katanya menjelaskan isu Lojing pada kuliah mingguan di Medan Ilmu.
Baru-baru ini Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Dato' Sazmi Miah dilaporkan mendakwa sebanyak 22 projek sedang rancak
dijalankan di Lojing, namun lima sahaja yang mendapat kelulusan EIA.
Malah dakwanya, kemusnahan ekologi dan alam sekitar sedang berlaku di kawasan
seluas 25,000 hektar di Lojing di mana bukit setinggi 1,200 meter gondol tanpa
sebarang pokok.
Dan Isnin lalu, Annuar dan Sazmi bersama wakil-wakil rakyat Barisan Nasional
dengan memakai t-shirt bertulis 'Selamatkan Lojing * Sayangi Kelantan' melawat
Lojing sambil mendengar taklimat mengenai isu tersebut di pejabat Kada.
Sedangkan tidak jauh dari situ, petani yang menyewa tanah milik Kada dengan
rakus mengondolkan tanah bagi aktiviti penanaman sayur-sayuran sehingga
mengeruhkan anak sungai.
Husam turut meminta BPR menyiasat Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar yang dikatakan masih gagal meneruskan pendakwaan terhadap Kada.
"Mungkinkah kerana Kada dipengerusikan pemimpin Umno maka kertas pendakwaan
hanya sekadar disiapkan tanpa diambil tindakan lanjut," katanya.
Penyelia Dun Galas, Chek Hashim Sulaima melahirkan rasa hairan bagaimana Sazmi
mengeluarkan kenyataan JAS baru memulakan siasatan terhadap pencemaran di
Lojing, sedangkan difahamkan pendakwaan terhadap sebuah agensi kerajaan pusat
tidak dilakukan sehingga sekarang.
Katanya, isu Lojing ditimbulkan Sazmi yang dianggap menjadi 'budak suruhan'
Annuar bagi menutup kes sebenar berlaku di sebalik kecaman yang dihala kepada
kerajaan negeri.
Husam sekali lagi menafikan isu pembalakan yang cuba dikaitkan Umno di Lojing
sehingga menyebabkan kawasan tanah tinggi itu gondol, sebaliknya ia adalah
kerja-kerja tanah bagi aktiviti pertanian.
"Saya juga kecewa terhadap JAS yang tidak memainkan peranan dengan berkesan
terutamanya menyuarakan pandangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Tinggi
Lojing mengenai isu sebenar biar pun ada wakilnya hadir."
"Ketika ruang bercakap diberi, mengapa mereka tidak mengemukakan sebarang
masalah sehingga dipergunakan pula pemimpin politik bagi mendedahkan perkara
itu," ujarnya.
Beliau juga melahirkan komitmen kerajaan negeri untuk mengheret pihak-pihak
tertentu yang membuat tuduhan liar ke muka pengadilan dalam masa terdekat ini.
Oleh itu diharap rakyat turut berdoa usaha untuk membawa pihak tersebut ke
mahkamah dalam isu Lojing berjaya bagi membuktikan kedudukan sebenar. - /mj
---------------------------------
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.